#SWB 1

Fantasy Completed 4500

Hai, nama aku YUUKI. Akulah snow white boy tu.Hobi aku, membaca buku,makan epal hijau dan melukis.Umur aku baru 15 tahun. Aku nie jenis yang tak minat berkawan dengan budak perempuan.

Aku seorang yang bersikap dingin memanjang. Aku menyampah tengok perempuan kat sekolah ni, bagi aku semua perempuan di sekolah nie sama saja. Aku dapat gelaran 'Snow White Boy'  nie pun dari semua pelajar perempuan kat sekolah nie. Dorang bagi aku gelaran tu ,sebab rambut aku special macam warna pelangi kejap² boleh bertukar warna begitu juga warna mata aku pula akan bertukar mengikut emosi (hebatkan)??
dan seorang yang  dingin.

Aku nie hanya ada seorang kawan je dekat sekolah ni, nama dia LEN, dia selalu bawakan buah favourite aku iaitu epal hijau. Sebab apa aku suka epal hijau, sebabnya aku suka tekturnya yang sedikit masam,dan warna favourite aku juga warna hijau sebab tu aku suka epal hijau..

Dulu Masa first day aku kat sekolah nie, ramai pelajar perempuan minat dekat aku tapi aku tak berminat nak berkawan dengan dorang.

Bila dorang tanya khabar aku diam je. Dalam kelas pula aku nie tak suka suasana bising. Kalau guru tak masuk mengajar sekalipun,aku akan ambil kesempatan tu pergi ke perpustakaan sebab nak isi masa lapang aku. Inilah diri aku sebenarnya..
               
              ??????????

Bunyi loceng yang nyaring membuatkan YUUKI terjaga dari tidurnya yang lena. Dengan keadaan yang mamai YUUKI berjalan menuju ke bilik mandi.Selepas membersihkan dirinya dia pun merapikan pakaian sekolahnya di hadapan cermin, setelah puas dengan penampilanya dia pun turun ke dapur untuk menyediakan bekal dan sarapan pagi untuk mereka berdua .Setelah mereka selesai bersarapan YUUKI dan adiknya iaitu  yuumiey pergi ke sekolah bersama-sama.

              
               ??????????

Di sekolah

*Dalam kelas

"Nervy Sensei tiada, so korang boleh buat kerja masing-masing"kedengaran suara Ervyn si ketua kelas menyampaikan amanah guru matapelajaran sejarah itu, inilah peluang keemasan bagi YUUKI untuk melaksanakan hobinya.
"Yo Ice,selamat pagi "sapa LEN kepada YUUKI yang sedang khusyuk membaca buku.Ice ialah nama samaran YUUKI .

YUUKI tidak mengendahkan sapaan LEN, dengan pantas LEN merampas buku YUUKI lalu dibacanya judul buku tersebut yang YUUKI baca sebentar tadi, setelah membaca judul buku tersebut LEN ketawa terbahak-bahak lalu berkata"hahahahahaha lawaklah kau nie, aku tak sangka kau suka baca buku dongeng nie".

LEN tersentak apabila buku yang di pegangnya ditarik kasar oleh empunya buku tersebut.
                  
                 ????????

YUUKI pov

Ish,Mamat sengal ni selalu sangat kacau aku, tak boleh nak tengok aku senang dah la rampas buku aku, pastu dia gelakkan aku sebab baca cite dongeng sampai tak ingat dunia. Suka hati akulah nak baca buku apapun sibuk je.Aku pun rampas balik buku tu sebelum dia promote kat orang lain.

Kalau ikutkan hati dah lama aku tumbuk dia, tapi bila difikirkan balik dia seorang je lah kawan aku kat sekolah nie.

Masa aku rampas buku tu ,dia masih lagi ketawa aku, tu yang aku tak puas hati then aku cakap kat dia "kau gelaklah puas-puas nanti kau tau lah langit tu tinggi ke rendah".Dia pun teragak-agak nak minta maaf kat aku, then dia pun blah pergi nyakat orang lain.

Aku tak dapat fokus membaca aku sebab kelas tu bising sangat, aku hempas meja guna buku aku semata-mata nak buat kelas tu senyap balik,tapi aku pulak yang kena pandang serong oleh dorang .

Aku tak tahan duduk dalam kelas tu, aku buat keputusan nak pergi ke perpustakaan .aku memang suka tempat yang privasi dan sunyi.

                     ???

Semasa YUUKI keluar dari kelasnya dia terdengar ada orang bercerita mengenai perpustakaan tingkat tiga di sekolah itu, YUUKI hanya dapat mendengar sedikit saja maklumat mengenai bilik bacaan di perpustakaan sekolah itu.
Dialog mereka berbunyi seperti:-

Girl1:wei, aku dengar dekat
          bilik bacaan 3 tu ada
          Hantu.
          Sebab tulah bilik tu tak
          digunakan.
Girl2:betul ke? Uish ..seram.
          aku tak nak pergi lagi
          lah ke perpustakaan tu.

Mereka pun beredar setelah
Nampak Yuuki pergi ke perpustakaan tersebut .

"Aku memang tak percaya,mana ada hantu dalam sekolah ni, baik aku pergi sana dan periksa"kata Yuuki.                                                          
               
Apabila Yuuki sampai di hadapan perpustakaan itu dia naik ke tingkat 3 dengan menggunakan tangga supaya dia tidak disyaki oleh sesiapa untuk naik ke tingkat tiga secara senyap-senyap.

Langkah demi langkah akhirnya YUUKI pun sampai
Ke anak tangga terakhir di hadapan pintu bilik bacaan 3 iaitu perpustakaan tingkat 3 di mana semua pelajar takut untuk menjejakkan kaki dan mencari buku rujukan di sana, ianya berpunca daripada cerita yang merepek itu.
YUUKI yang tercungap-cungap lantas duduk di tangga untuk merehatkan dirinya.

"Uish penatnya.. Tak sangka tingkat 3 ni banyak anak tangga"kata YUUKI.
Setelah beberapa minit merehatkan dirinya dia pun berjalan menuju pintu bilik tersebut, dengan pantas dia memulas tombol pintu
untuk masuk ke dalam bilik bacaan itu . Yuuki terbatuk-batuk apabila masuk ke dalam bilik bacaan tersebut.
Suasana didalam bilik tersebut berhabuk dan gelap.

Yuuki pov

Uhuk ... Uhuk.. Uhuk.. Hish, dah berapa tahunlah agaknya
bilik ni tak dibersihkan. Daripada aku banyak cakap baik aku bersihkan tempat nie. Aku tekan suis lampu, masih boleh guna walaupun bilik ni dah lama tak digunakan oleh pelajar.

Aku pun cari loker tempat simpan penyapu, bulu ayam,mop dan sebagainya dalam bilik bacaan tersebut. Akhirnya, aku berjaya juga jumpa sebuah loker lama, nasib baik loker tu tak berkunci.
Aku pun buka loker tu, penyapu ada ?,bulu ayam ?
,mop lantai ?,apron?,kain, topeng muka?, semua ada, WAIT..APRON?! Takpe pakai je tak da orang tengok pun, lagipun aku taknak kotorkan baju sekolah supaya tak ada orang curiga kat aku.

Setelah beberapa jam aku mengemas dan membersihkan bilik bacaan tu,aku yang kepenatan ni pun terus merebahkan diri ku di atas lantai. "Bilik bacaan nie akan jadi milik aku sorang je" kata ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience