#SWB 8

Fantasy Completed 4500

#pertengkaran,persahabatan dan tahun baru.

PERTENGKARAN

Aryne terus menumbuk Edrie tanpa usul periksa.

*Dub!*

"Kakak,kenapa tumbuk dia? Dia, tak bersalah!"kata Anne sambil menenangkan kakaknya yang sedang marah.

"Tapi,dia.." belum habis Aryne bercakap,Edward memotong."Adik aku tak sengaja jatuhkan adik kau."

Aryne malu akan perbuatanya sebentar tadi."Erm...maaf ya Edrie."katanya(tunduk malu).

"Edrie,awak maafkanlah kakak saya.Dia salah sangka dengan awak,maaflah ye"Pujuk Anne.

"Baiklah,sebagai ganti.Awak ajar saya menguasai magik dengan lebih mendalam lagi"Kata Edrie.

"Apa yang telah terjadi sebenarnya?" tanya Yuuki dan Yuuri (serentak).

"Tak ada apa-apa pun yang berlaku,ianya hanya berlaku sedikit salah faham saja"kata Len yang berada di atas pokok tersebut sambil memegang buku magik.

"woi,mangkuk! Kau turun dan berlatih sekarang"kata Yuuri (geram).

Yuuki hanya dapat ketawa dalam hati melihat ketegasan Yuuri."Garang jugak,tunang aku ni"katanya dalam hati(tersengih).

Yuuri berpaling menghadap Yuuki,dia nampak Yuuki sedang tersengih-sengih.Lantas,dia pun menegur.

"Tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa, kangkung betullah perangai korang ni,ish..ish..ish.."kata Yuuri,sedar tak sedar dia ketawa.

Semuanya terkesima melihat Yuuri ketawa.Selama ini mereka tak pernah melihat Yuuri gembira seperti ini.

"Ehem..Nak berlatih atau nak kena penumbuk aku?" ugut Yuuri

Mereka semua gerun melihat Yuuri yang sedang menahan marah, mereka pun menyambung latihan yang terbengkalai sebentar tadi mereka.

Yuuri berpaling,dia tersenyum..inilah kenangan paling indah baginya.

PERSAHABATAN

Selepas penat berlatih di siang harinya,mereka mempelajari ilmu magik pula di sebelah malam.

Bilik Bacaan 1

Guru: Aryne dan Anne

"sebutan tu mesti betul!"kata Anne sambil mengetuk perlahan kepala Edrie menggunakan pen.

"Edward,beri perhatian semasa saya sedang mengajar"kata Aryne apabila Edward menoleh ke arah Edrie semasa dia mengajar.

Bilik Bacaan 2

"Salah,sekali lagi!"kata Yuuri.

"Aduh,sakitnya kepala aku!"Rungut Len kepada Yuuki.

"Padan muka kau,main-main lagi kan dah kena marah."ejek Yuuki (ketawa kecil).

Semakin hari,semakin rapat hubungan persahabatan mereka.

*Pagi..

"hmm..sedapnya bau"kata Len.

"Selamat pagi Len,cuci muka dan gosok gigi dulu.Kejap lagi saya panggil untuk bersarapan sama-sama"kata Yuuri.

"Apa kata,saya kejutkan Yuuki,Edrie dan Edward dahulu"kata Len memberi cadangan.

"Idea yang bernas,nanti saya kejutkan Aryne dan Anne selepas saya habis memasak"kata Yuuri sambil memasak.

"Tak lama lagi tahun baru,nak bagi Yuuki hadiah apa ya?"kata Yuuri (dalam hati).

Setelah bersarapan,

Seperti biasa mereka akan mula berlatih seni mempertahankan diri di sebelah siang,manakala belajar ilmu magik pada sebelah malamnya.

Hari demi hari bersilih ganti,masa yang di nanti-nanti telah tiba.

TAHUN BARU

*Tok!Tok!Tok!

"Masuklah, pintu tak kunci."Kata Yuuki.

"Erm..boleh tak awak carikan saya buah Pic,saya nak buat makanan istemewa malam ni?" pinta Yuuri.

"Ok,tu je ke yang Yu-chan nak?"Tanya Yuuki.

"Ya itu saja yang saya minta"kata Yuuri.

Pada keesokan harinya.......

Awal pagi lagi Yuuki pergi ke hutan mencari buah Pic tersebut.

"Di mana, letaknya buah Pic tu ye?kata Yuuki.

"Penatnya.Eh!? Aku dah sesat ke?" kata Yuuki (kaget).

"Hari dah nak gelap,nak patah balik aku tak tau jalan balik lagipun ianya memakan masa yang untuk sampai ke rumah,baik aku cari gua"katanya lagi.

______________

#author note
nantikan bab seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience