#SWB 2

Fantasy Completed 4500

PUTERI SHIRAYUURI

Keesokkannya, YUUKI pergi ke sekolah bersama adik angkatnya iaitu YUUMIEY .
Apabila tiada guru mengajar
Seperti biasa dia akan pergi ke library 3.

Di sana dia akan duduk sambil membaca buku dan termenung mengingatkan masa lampaunya..

????????????????????????

(Flashback masa YUUKI kecil)

"Ayahanda, cepat-cepatlah sembuh .Anakanda tak ada teman nak kongsi cerita nie"rengek putera YUUKI MASHIRO sambil mengoncang-goncangkan tangan ayahnandanya iaitu Raja MASHIRO HIRASHI yang terlantar di tempat peraduan baginda. Ibu tiri YUUKI iaitu permaisuri SEIRA menarik tangan putera YUUKI keluar dari kamar ayahandanya. Sesampai saja di luar kamar baginda Raja, permaisuri menengking putera YUUKI namun Puteri Yuuri sempat menggigit tangan permaisuri untuk melepaskan genggaman permaisuri kepada putera Yuuki, permaisuri melepaskan genggamanya daripada putera Yuuki lantas menyuruh menteri-menterinya menangkap putera Yuuki dan puteri Yuuri lalu membawa YUUKI dan YUURI ke hutan yang berasingan, sampai saja di hutan.YUUKI di tinggalkan seorang diri begitu juga Yuuri.

Tangisan demi tangisan bertukar menjadi senyap, oleh kerana Yuuki kepenatan akhirnya dia pun terlena di bawah pokok yang rendang itu. Apabila dia sedar dia berada di dalam rumah seorang lelaki tua dan seorang kanak-kanak yang muda setahun darinya ,putera itu merahsiakan identitinya agar dia tidak di bunuh oleh orang suruhan ibu tirinya lagi,malangnya pada umur Yuuki 13 tahun bapa angkatnya di bunuh oleh orang-orang suruhan ibu tirinya kerana gagal membayar sewa rumah dan cukai yang tertunggak,Yuuki sempat membawa adik angkatnya lari meninggalkan rumah itu dengan senyap supaya mereka tidak di bunuh.

Sehingga kini, dia masih lagi menyimpan dendam terhadap ibu tirinya kerana tidak ikhlas menjaganya dan membunuh orang yang tidak bersalah,permaisuri Seira juga cuba membunuhnya tetapi menteri-menteri kasihan dengan nasib putera dan puteri mereka hanya meninggalkan putera dan puteri di hutan tanpa
membunuh mereka,sebagai ganti menteri-menteri tersebut mengambil jantung monyet untuk membuktikan dan meyakinkan permaisuri bahwa YUUKI dan sepupunya YUURI telah mereka bunuh. Mereka(Yuuri dan Yuuki) dihukum dibuang dari istana untuk menghapuskan bukti kerana mereka berdua ternampak permaisuri Seira meletakan racun ke dalam makanan baginda Raja.

Puteri ShiraYuuri dan Putera Mashiro Yuuki di tinggalkan berasingan dalam hutan agar mereka tak dapat berjumpa lagi.

Puteri Yuuri sempat memberikan Putera Yuuki kalung pusaka bonda yuuki lalu berkata"Yuuki,cari saya dengan kalung bonda awak, apabila ia bercahaya bermakna saya ada dekat dengan kamu.Selamat tinggal".setelah kalung itu diserahkan kepada Yuuki,Yuuri memberikan senyuman perpisahan, antara dia dan yuuki.

(End flashback)

Lamunan yuuki terhenti apabila mendengar suara tegas dan garau pengetua sekolah yang di bencinya itu.

"Perhatian semua kelas kita akan ada murid baru mulai hari ini tolong bagi kerjasama dan jaga dia dengan baik, sila masuk.Kenalkan diri kamu dan pilih tempat duduk yang kamu rasa selesa"kata pengetua.

???????

Gadis tersebut mengenalkan dirinya.

"Hai, nama saya Shirayuuri, selamat berkenalan semua".

Shirayuuri membuat keputusan untuk memilih tempat duduk di sebelah yuuki. Apabila shirayuuri duduk di sebelah yuuki ,semua pelajar dalam kelas tersebut terkejut kerana Shirayuuri memilih tempat yang tak sepatutnya. Yuuki yang terkejut terus memalingkan mukanya menghadap tingkap kelas.

"Semua guru-guru mesyuarat, kamu semua jangan buat bising.Faham! "Kata pengetua.

Yuuki lantas berdiri lalu pergi ke perpustakaan seperti biasa. Setelah sampai di bilik bacaan 3 dia terus menuju ke rak buku paling hujung untuk memilih buku yang hendak dibacanya, semasa memilih buku,dia terpandang sebuah pintu yang berkunci, dia cuba untuk membuka kunci tersebut dengan penyepit rambutnya, selepas beberapa kali mencuba, akhirnya kunci manga terbuka,Yuuki pun membuka pintu tersebut lalu masuk ke dalam bilik misteri itu.

Dia nampak sebuah buku yang berada dalam sebuah kotak kaca itu menarik perhatiannya baru hendak menyentuh kotak tersebut dia terpandang pokok epal hijau di sebelah kotak tersebut lalu memetik buah epal hijau.
Baru saja Yuuki hendak makan epal tersebut, asap hitam mula mengelilingi pokok epal hijau tersebut lalu membentuk seorang wanita yang cantik tetapi berwajah dingin, sedang memandang sinis kepada Yuuki. Badan Yuuki menggeletar epal yang di pegang sebentar tadi jatuh bergolek ke arah wanita itu.

Riaksi wanita itu bertukar dari sinis kepada bengis apabila mengetahui bahawa epalnya di curi oleh orang yang menceroboh kediamannya lalu wanita itu berkata "disebabkan kamu telah menceroboh kediamanku aku akan sumpah kamu tidak boleh makan epal hijau lagi sehinggalah kamu menemui orang yang perlu kamu lindungi mu serta mencintai kamu dengan sepenuh hatinya". Setelah wanita itu mengenakan sumpahannya kepada Yuuki dengan perlahan-lahan ia bertukar menjadi debu lalu lenyap serta-merta. Yuuki yang ketakutan tadi terus terduduk. Dia menampar pipinya untuk membuat kepastian, ternyata pipinya terasa perit akibat perbuatannya sendiri.

Dia tergamam di lihatnya buku yang berada di dalam kotak tersebut lalu memecahkan kotak itu lantas mengambil buku itu, dengan kudrat yang ada dia berlari laju ke luar bilik Misteri itu. Sesampainya di pintu bilik Misteri itu, Yuuki terus menguncinya dari luar. Selepas penat mengunci pintu, dia pun keluar dari perpustakaan tersebut. Apabila sampai di kelas,dia mendapati hanya tinggal seorang pelajar saja yang masih tinggal di sekolah, pelajar tersebut ialah Shirayuuri.

Yuuki pun berjalan menuju ke arah tempat duduknya untuk mengambil beg sekolah, dengan tiba-tiba Shirayuuri menolak Yuuki ke dinding sambil memegang kolar baju Yuuki dengan erat, tanpa di sedari airmata Shirayuuri menitis "Yuuki-kun, awak tak ingat saya"kata Shirayuuri kepada Yuuki yang tergamam apabila dirinya di tolak kasar oleh Yuuri.

"Yuuri-chan, awak ke nie? "Tanya yuuki dengan teragak-agak dia mengeluarkan kalung yang diberikan oleh Shirayuuri 7 tahun yang lalu, kalung tersebut bercahaya menandakan bahawa orang yang berada di hadapan matanya ialah Puteri Shirayuuri sepupunya yang amat disayanginya, secara drastik jari Putera Yuuki menyeka airmata Puteri Shira
Yuuri sambil tersenyum lalu berkata"Maafkan saya kerana gagal melaksanakan janji saya untuk mencari awak, marilah kita pulang ke rumah adik angkat saya"kata Yuuki,lalu mereka pun beredar daripada sekolah itu,sebelum pulang ke rumah, Putera Yuuki berpesan kepada Puteri Shirayuuri supaya tidak menggunakan
bahasa istana ketika berada di luar istana. Shirayuuri mengangguk tanda faham akan arahan sepupunya itu .

Akhirnya, mereka sampai di kelas adik angkat Yuuki, mereka nampak Yuumiey seorang saja yang masih menyiapkan salinan nota kawan-kawannya. Seperti biasa Yuumiey selalu di buli oleh pelajar lain tanpa pengetahuan abang angkatnya, Yuuki menyuruh Yuumiey mengemaskan barang-barangnya, baru saja Yuumiey melangkah keluar kelasnya Yuumiey terkejut dengan kehadiran Shirayuuri yang tersenyum melihatnya. "Miey-chan, nanti sampai rumah baru boleh tanya macam-macam ye"kata Yuuki, kerana tidak mahu Yuumiey menanya hal pribadi di kawasan terbuka, dia takut ada orang yang mencuri-curi dengar maklumat yang cuba disampaikannya kepada Yuumiey. Mereka bertiga pun pulang bersama-sama..
????????????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience