P R O L O G

Romance Series 454

THEA berdiri memandang ke arah suaminya yang kini berada di hadapannya itu bersama wanita yang cukup dia kenali iaitu Seera. Kawan baiknya itu yang sedang memaut lengan suaminya. Jika ada pisau di sebelah ini orang pertama yang dia akan tikam ialah Seera.

" Thea..abang.. " belum sempat Zarith menghabiskan tutur katanya itu.

" Selama ni korang kata aku gila, aku meroyan.. siapa yang gila sebernanya aku ke atau korang berdua! " Jerit Thea.

Seera perlahan-perlahan melepaskan lengan Zarith yang sedang di paut itu, perlahan-perlahan wanita itu mengatur langkah kakinya ke arah Thea yang berdiri di hadapannya itu dengan wajah yang penuh kecewa..

" Kenapa ni? kenapa yang marah sangat ni Thea? bukan ke kau yang mintak aku untuk jaga suami kau? "

" Aku tengah jaga lah ni, macam yang engkau suruh. Ke salah eh? " soal Seera sinis.

" Aku tak sangka kau macam ni Seera, apa salah aku dekat kau? kenapa.. kenapa kau buat aku macam ni? " Perlahan-perlahan air matanya gugur membasahi pipinya itu.

" Aku buat apa? aku rasa aku tak buat apa-apa..kan sayang.. " ujar Seera sambil memandang ke arah Zarith yang membatu di belakang.

Zarith masih membisu. Langsung tiada sepatah perkataan yang keluar daripada mulut lelaki itu untuk mempertahankan isterinya sendiri.

Thea memandang wajah suaminya. Berharap lelaki itu akan mengatakan bahawa semua ini hanyalah salah faham. Berharap Zarith akan menafikan segala-galanya.

Namun, harapannya ternyata sia-sia.

"Abang..." panggil Thea perlahan.

Zarith menghela nafas panjang sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

" Hey Thea orang kalau dah tak nak janganlah paksa, apa kata kau kemas semua barang kau dan berambus dari rumah ni! " Ujar Seera.

PANG !

Satu tamparan terus melekat di pipi Seera, tindakan itu mengejutkan Seera dan Zarith di belakang.

" Yang patut berambus tu engkau! kau memang perempuan tak tahu malu! " Tengking Thea. Sebaik sahaja Thea ingin melempang Seera sekali lagi, Zarith terus ke arah Seera dan menolak Thea dengan kasar sehingga wanita itu terjatuh ke lantai.

"Sudahlah, Thea. Jangan buat kecoh dekat sini."

Thea terkedu, saat ini anak matanya tepat memandang ke arah Zarith suaminya yang sedang memegang pipi Seera yang di tampar olehnya itu tadi.

"Jangan buat kecoh?" ulangnya perlahan. Dia ketawa kecil dalam tangisan.

"Abang nampak tak apa yang sedang berlaku depan mata abang sekarang? Perempuan yang abang peluk tu kawan baik Thea sendiri!"

"Seera tak ada kena-mengena dengan semua ni. Ini antara abang dengan Thea."

"Jadi selama ni abang dengan dia memang ada hubungan?"

Zarith terdiam.

Satu soalan. Tetapi jawapan yang diberikan melalui diamnya itu sudah cukup untuk menghancurkan seluruh hati Thea.

"Ya Allah..." Thea menutup mulutnya. Air matanya semakin deras mengalir.

Suasana kembali sunyi, kini Thea mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Seera.

"Kau tahu semua masalah rumah tangga aku. Kau tahu apa yang aku lalui. Aku cerita semuanya dekat kau sebab aku percaya kau. Aku anggap kau macam adik-beradik aku sendiri."

Thea menarik nafas yang terasa begitu berat.

"Tapi dalam diam, kau sebenarnya perempuan yang suami aku cintakan?"

" Kau perempuan tu.. " air matanya mula merembes keluar membasahi pipinya itu.

Seera tidak menjawab. Sebaliknya, dia semakin merapatkan dirinya kepada Zarith.

Thea memandang perbuatan itu dengan hati yang semakin hancur.

" Thea boleh lupakan semua ni dan maafkan abang, tapi Thea nak abang tinggalkan perempuan ni " ujar Thea sambil memandang ke arah Zarith.

Dia melakukan semua ini bukanlah kerana dirinya tetapi kerana anak perempuannya yang masih kecil.

Mendengar apa yang di katakan oleh Thea itu mengejutkan Zarith dan Seera. Seera memandang ke arah Zarith.

" Abang tak minta kemaafan dari Thea, terpulang pada Thea nak maafkan abang atau tak.. tapi untuk tinggalkan Seera abang tak boleh buat " ujar Zarith.

Mendengar itu bagaikan ada berbilah-bilah pisau menusuk ke hatinya, ia sakit tapi tidak berdarah.

"Abang dah penat, Thea. Abang rasa kita patut berpisah."

Dunia Thea seakan-akan terhenti.

"Berpisah?"

"Abang nak kita bercerai."

Thea menggeleng perlahan. Bibirnya terketar-ketar menahan tangisan.

"Abang, kita ada anak..."

"Abang tahu."

"Anak kita perlukan ayah dia. Thea perlukan suami Thea. Kenapa abang sanggup buat keputusan macam ni?"

Zarith mengalihkan pandangan.

"Maafkan abang."

Hanya itu.

Dua patah perkataan yang begitu mudah diucapkan, tetapi terlalu sukar untuk diterima oleh seorang wanita yang telah memberikan seluruh hidupnya kepada lelaki itu.

" Sampai hati awak Zarith cakap macam ni.. saya tak sangka perkataan kejam macam ni akan keluar dari mulut lelaki yang sangat saya agungkan.. " ujarnya bersama air matanya yang menitis membasahi pipinya itu.

haii tunggu next chapter yaaa ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience