Series
454
TUJUH tahun bukanlah tempoh yang singkat untuk membina sebuah rumah tangga. Namun, bagi THEA SALSABILA, segala pengorbanan dan kesetiaannya seolah-olah masih belum cukup untuk mempertahankan perkahwinan itu. "Kenapa? Abang dah tak sayang Thea ke? Apa kurangnya Thea? Beritahu Thea. Thea janji Thea akan berubah..." Thea. "Perasaan abang dah hilang, Thea. Abang dah bosan hidup dengan Thea." Zarith. "Abang sanggup pilih perempuan ni berbanding Thea dan anak kita?" Thea. ZARITH IMRAN, lelaki yang pernah berjanji untuk mencintainya seumur hidup, akhirnya memilih Seera. Demi wanita itu, Zarith sanggup melepaskan Thea dan anak lelaki mereka tanpa menoleh ke belakang. Semuanya musnah dalam sekelip mata. Kehidupan Thea yang dahulunya dipenuhi kebahagiaan kini bertukar menjadi hari-hari yang penuh kesedihan. Namun, dia tetap perlu kuat demi anak perempuan yang menjadi satu-satunya kekuatan hidupnya. Sehinggalah NOAH ARIAN hadir membuka lembaran baharu dalam kehidupan Thea. Lelaki itu sedikit demi sedikit mengembalikan senyuman yang telah lama hilang daripada wajahnya. Namun, Thea sedar akan jurang usia antara mereka. Baginya, Noah terlalu muda untuk seorang wanita sepertinya. Tetapi bagi Noah, usia bukanlah alasan untuk dia mengalah, apatah lagi apabila dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap wanita itu. Mungkin inilah peluang yang selama ini dinantikannya. "Akak dah terlalu lama bahagiakan orang lain. Apa kata kali ini, bagi saya pula peluang bahagiakan akak?" Noah. "Hah?" Thea. "Ermm... akak nak kahwin dengan saya tak?" Noah. "HAH?!" Thea. Tetapi, mampukah Thea membuka hatinya untuk seseorang yang begitu bersungguh-sungguh ingin membahagiakannya? Dan Zarith kembali mengetuk pintu kehidupannya, adakah Thea masih akan memilih lelaki yang pernah menjadi dunianya? Kerana kali ini, Thea cuma mahukan satu perkara... Bahagia. Sekali lagi.
Update 10 November 2026