BAB 1

Romance Series 454

" KENAPA monyok je ni? bergaduh dengan Zarith ke? " soal Seera sambil memandang ke arah Thea yang sejak tadi termenung jauh itu.

Thea melepaskan keluhan perlahan, jus mangga yang berada di dalam cawannya itu di kacau beberapa kali sebelum melepaskan keluhan sekali lagi.

" Entahlah Seera , aku dengan Zarith asyik bergaduh je. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi, mungkin aku ni kot yang tak faham Zarith "

" Tak faham? maksud kau? kenapa kau sorang je pulak nak faham Zarith? habis dia tak payah faham kau? " soal Seera berkali-kali.

Thea mengangkat bahunya itu.

" Mungkin sebab aku tak cantik macam kau kot, ye lah kau tengoklah aku dengan muka tak make up. mungkin Zarith tengok pun tak selera " ujar Thea lagi.

Seera hanya tertawa kecil mendengar Thea berkata sedemikian.

" Tapi sorry lah kalau aku cakap ni, aku faham kau dah kahwin. And setiap hari kau kena uruskan Umar tapi kau kene lah ada masa untuk diri kau jugak "

" Kau tengoklah cara kau pakai sekarang, baju nampak lusuh, rambut kau pun serabai. muka pun macam orang depression haha"

" macam mana Zarith nak pandang kau, kau kena jaga diri kau jugak " ujar Seera lagi.

Thea hanya mampu mengeluh.

" Aku cakap ni kau janganlah terasa, kau faham kan. Aku ni kawan kau mestilah nak yang terbaik untuk kau " ujar Seera lagi.

" Yaa, aku faham. Kau ajarlah aku macam mana nak cantik macam kau. " Ujar Thea lagi.

Seera hanya mengukir senyuman, bunyi telefon bimbitnya itu mematikan perbualan di antara dia dan Thea. Seera memgukir senyuman melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu.

Seera terus mengangkat panggilan telefon bimbitnya itu dan matanya memandang ke arah Thea sambil bibirnya memgukir senyuman memandang Thea.

" Hello sayang.. " ujar Seera.

Mendengar panggilan itu membuatkan Thea tertawa, dia memandang ke arah Seera dan cuba mengusik wanita itu.

" I ada ni tengah makan dengan my friend, you dah makan ke sayang? " soal Seera.

" Ermm ye kee, it's okey sayang. Okey lah sayang I have to go. Nanti kita jumpa malam ni, tempat macam biasa ya.. " ujar Seera sambil tertawa di hujung ayatnya itu.

Seera terus mematikan telefon bimbitnya itu dan memandang ke arah Thea yang sedang memgukir senyuman itu.

" Aikk tadi bukan main monyok muka, ni dah kenapa senyum pulak ni? " Soal Seera.

" Amboii bersayang-sayang, siapa tu? .. tak bagitahu aku pun yang kau dah ada" ujar Thea.

Seera tertawa..

" Alaa, kau kenal lelaki ni..nanti lah aku bagitahu bila semuanya dah selesai " ujar Seera.

" Lagi satu yang ni kena rahsia sikit.. "

" Rahsia? kenapa pulak? " soal Thea sambil menghirup air mangga yang berada di dalam cawannya itu.

" Sebab dia suami orang.. " ujar Seera perlahan.

Membulat mata Thea mendengar apa yang di katakan oleh Seera tika itu, serentak tangannya itu menampar lembut lengan kawan baiknya itu.

" Gile ke kau, jangan cari pasal Seera. " Ujar Thea sambil menggeleng.

Seera tertawa terbahak-bahak melihat wajah Thea yang kelihatan amat terkejut itu.

" Kau ni.. mana ada aku gurau je lah, kau ingat taste aku laki orang ke? " Ujar Seera.

" Don't worry, laki orang ni not my taste lah.. '' ujar Seera sambil memgukir senyuman.

THEA Salsabila melangkah masuk ke dalam rumah sambil meletakkan beg tangannya di atas meja kecil berhampiran pintu. Setelah menanggalkan kasut, wanita itu terus mencapai penyapu yang tersandar di tepi dinding.

Seperti kebiasaannya, sebaik sahaja pulang ke rumah, ada sahaja kerja yang perlu diselesaikannya. Ruang tamu disapu dan dikemas, habuk pada perabot dilap satu persatu, manakala pakaian yang telah kering dilipat dan disusun kemas ke dalam almari.

Selesai mengemas ruang tamu, Thea beralih pula ke dapur. Dia mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak makan malam. Sesekali, tangannya mengelap peluh di dahi sebelum kembali menyambung kerja.

Hari ini dia bercadang untuk menyediakan beberapa hidangan kegemaran suaminya. Sudah lama juga dia tidak memasak hidangan istimewa buat Zarith.

Setelah hampir beberapa jam mengemas dan memasak, akhirnya segala kerja rumah selesai. Thea menghela nafas lega sebelum merebahkan tubuhnya di atas sofa.

"Fuhh... penatnya."

Wanita itu memejamkan mata seketika. Belum sempat dia menikmati waktu berehatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan dari pintu utama.

Tok! Tok! Tok!

"Eh, abang dah balik?"

Thea segera bangun. Dengan langkah yang sedikit tergesa-gesa, dia menuju ke pintu lalu membukanya.

Sebaik sahaja melihat lelaki yang berdiri di hadapannya, sekuntum senyuman terus terukir di bibirnya.

"Abang!"

Zarith Imran hanya mengangguk kecil.

Thea mengambil beg kerja suaminya sebelum memberi laluan kepada lelaki itu untuk masuk.

"Abang dah makan? Thea ada masak lauk kegemaran abang hari ni."

Namun, Zarith tidak memberikan sebarang jawapan. Lelaki itu terus melangkah ke ruang tamu lalu melabuhkan duduk di atas sofa.

Thea meletakkan beg kerja suaminya di tepi sofa sebelum duduk di sebelah lelaki itu.

"Abang penat ke? Mesti banyak kerja dekat pejabat hari ni, kan?"

Zarith yang pada mulanya sedang memeriksa telefon tiba-tiba mengerutkan dahinya. Ada sesuatu yang kurang menyenangkan pada deria baunya.

Lelaki itu mengangkat wajah lalu memandang ke arah isterinya.

"Kenapa busuk sangat awak ni? Awak tak mandi ke, Thea?" Sambil sebelah tangannya itu menutup hidungnya.

Senyuman di bibir Thea perlahan-lahan menghilang.

"Hah? Ermm, Thea busuk ke? Saya baru siap kemas rumah. Saya dah mandi tadi, tapi badan saya berpeluh balik. Saya kemas rumah, masak semua tadi."

Zarith menggelengkan kepala.

"Masak? Dengan keadaan awak berpeluh macam ni? Ish, awak ni pengotorlah. Geli saya nak makan awak masak."

Thea terkedu. Matanya memandang wajah suaminya, cuba mencari tanda bahawa lelaki itu sekadar bergurau. Namun, riak wajah Zarith langsung tidak menunjukkan sebarang senyuman.

"Lain kali kalau dah siap kemas rumah dan berpeluh macam ni, tak payahlah masak. Aduhai, benda simple pun tak boleh nak faham ke?"

Perlahan-lahan, Thea menundukkan wajahnya.

"Maaf, abang. Thea tak sengaja. Thea ingat abang suka kalau balik rumah ada makanan yang dah siap."

" Tak per lah, Thea masak yang lain ya " sebaik sahaja Thea ingin bangun dari sofa itu.

" Dah tak payah haishh! " Keluhnya kasar.

"Haihh, orang dah lah balik kerja lapar semua. Dah, awak pergi order makanan. Makanan yang awak masak tu, awak makan je lah. Ataupun buang je lah."

Selesai berkata-kata, Zarith terus bangun dari sofa lalu melangkah menuju ke tangga untuk membersihkan dirinya.

Thea hanya memerhatikan langkah suaminya sehingga lelaki itu hilang dari pandangan.

Beberapa saat dia masih duduk kaku di situ.

Perlahan-lahan, pandangannya beralih ke arah dapur. Hidangan yang dimasaknya tadi masih terhidang elok di atas meja makan.

Dia bangun lalu melangkah ke dapur. Tangannya mencapai tudung saji sebelum membukanya sedikit.

" Penat aku masak.., haihh tak per lah salah kau jugak Thea.. " ujarnya perlahan.

Thea menarik kerusi lalu duduk. Dia memandang setiap hidangan yang telah disediakan dengan penuh teliti sejak tadi.

Niatnya cuma satu. Dia mahu suaminya pulang dan menikmati makanan yang dimasaknya dengan penuh kasih sayang.

Namun, nampaknya perkara sekecil itu pun sudah tidak mampu menggembirakan Zarith.

Thea mencapai telefon bimbitnya untuk memesan makanan seperti yang diminta oleh suaminya. Mungkin Zarith penat bekerja. Mungkin juga suaminya sedang mengalami hari yang sukar.

Itulah alasan yang selalu diberikan oleh Thea setiap kali hatinya terluka dengan sikap lelaki itu.

Kerana bagi Thea, selagi dia mampu memahami suaminya, dia akan terus cuba memahami.

Walaupun kadangkala, dia sendiri tertanya-tanya...

Siapa pula yang akan cuba memahami dirinya?

PERLAHAN-PERLAHAN Thea merebahkan badannya itu di katil, sebelah lengannya itu di picit beberapa kali. Lenguh terasa satu badannya, setiap hari mengulang rutin yang sama mengemas,mengemas dan mengemas. Pada waktu petang pula mengambil Umar pulang dari sekolah.

Thea membuka laci di sebelahnya itu dan membawa keluar minyak urut lalu di sapukan lembut pada lengannya itu. Lega rasanya apabila menyapu minyak urut yang sedikit panas itu.

KREK...

Bunyi pintu di tolak itu kedengaran membuatkan pandangan Thea beralih ke arah pintu. Saat itu dia melihat Zarith kini berada di hadapannya itu sambil di tangan lelaki itu terlihat memegang telefon bimbitnya itu sambil tersengih-sengih.

" Abang mesej siapa tu? " suara Thea itu mematikan senyuman Zarith.

Zarith mengangkat wajahnya itu dan memandang ke arah Thea, senyuman yang memgukir itu terus pudar. Telefon bimbitnya itu pula di matikan lalu di masukkan ke dalam poket seluarnya itu.

" Tak der siape, dah pergi lah tidur besok awak tu nak kena hantar Umar pergi sekolah kan " Zarith terus mengatur langkah kakinya ke arah katil dan merebahkan badannya itu di katil.

Sebaik sahaja lelaki itu merebahkan badannya itu di katil ada sesuatu bau yang menyengat, lelaki itu merengus kasar.

" Bau minyak apa pulak ni Thea busuk lah, kenapa lah awak ni suka sangat pakai benda busuk? " soal Zarith berdegus kasar.

" Malam-malam pakai minyak busuk macam ni, cuba lah pakai lotion yang wangi sikit. Sakit hidung lah bau! " Ujarnya kasar.

" Thea pakai minyak yang umi Thea bagi ni, lengan Thea ni lenguh sangat.. bau dia memang macam ni.. maaf abang kalau bau ni buat abang tak selesa '' ujar Thea sambil mencapai kain di sebelah dan mengelap semula minyak yang di sapu di lengannya itu.

" Aduhai! macam mana abang nak tidur dengan bau minyak busuk ni? dah lah awak tidur je lah sini abang tidur bilik sebelah je.. "

" Lain kali nak tidur tak payah lah pakai minyak kampung awak tu. Busuk tahu tak, sakit kepala saya ni. Dah lah saya ni banyak benda nak kena fikir, bukan macam awak duduk rumah goyang kaki aje " ujar Zarith. Lelaki itu terus bangun dari katil dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Thea yang sedang duduk di katil itu.

Saat ini tanpa sedar matanya mula berkaca-kaca, dia cuba menahan air matanya itu sedaya upaya. Wajahnya itu di raup.

" Dia dah berubah.., " ujarnya perlahan.

" UMAR sayang cepat sini pakai kasut dah pukul berapa dah ni, " ujar Thea sambil menyikat rambut anak lelakinya itu dengan kemas.

" Mama hari ni kalau papa yang ambik Umar boleh tak? " soal Umar sambil memandang ke arah Thea.

" Ermm, kenapa? Umar tak suka mama datang ambik ke? " soal Thea.

Umar menggeleng.

" Bukan macam tu lah mama, Umar nak papa belanja Umar makan ais-krim.. " ujar Umar lagi.

" Ermm kejap ya mama tanya papa, "

Thea kini mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Zarith yang sedang menjamu selera makan. Wanita itu perlahan-perlahan menarik kerusi dan memandang ke arah Zarith.

" Ermm abang.. "

Zarith memandang ke arah Thea.

" Ya? kenapa " soal Zarith.

" Hari ni kalau awak ambik Umar boleh? Umar ni dia nak awak belanja ais-krim" ujar Thea perlahan.

Zarith mengeluh perlahan, sudu yang berada di tangannya itu di hembas sedikit kuat.

" Ais krim apanya Thea, awak tahu kan saya ada meeting. Takkan saya tak attend meeting tu semata-mata nak belanja Umar ais-krim? "

" Awak tu sepatutnya fahamkan lah Umar yang papa dia ni busy pun sebab cari duit jugak untuk awak dengan Umar "

" Abang.. Thea cuma tanya je, kenapa abang nak marah-marah pulak ni. Lagipun abang dah lama tak ambil Umar dekat sekolah "

" Abang kerja kan, lain lah macam awak..tak kerja. Boleh lah sesuka hati awak.. " ujar Zarith lagi.

" Sudahlah Thea, malas saya nak bergaduh benda macam ni pagi-pagi ''

" Awak ni suka sangat besarkan masalah kecik, pagi-pagi dah buat saya stress.. saya ni asal balik rumah je stress" Zarith terus bangun dari kerusi..

Umar yang sedang memakai kasut itu terus berlari anak ke arah Zarith.

" Papa.., papa ambik Umar kan hari ni? " soal Umar sambil bibirnya memgukir senyuman.

Zarith mengerling ke arah Thea. Dan lelaki itu memandang ke arah Umar semula, lelaki itu menundukkan badannya itu.

" Maaf lah Umar, hari ni tak boleh sebab papa ada kerja.. Umar pun tahu kan papa kerja sebab nak besarkan Umar. "

Umar hanya mengangguk perlahan.

" Nak belikan toys banyak-banyak dekat Umar, Umar suka toys kan?"

Umar mengangguk berkali-kali.

" Suka!, Ya Umar suka toys.. nanti papa beli banyak-banyak toys dekat Umar Yaa "

" Mestilah boleh sayang, tapi hari ni tak boleh. Hari ni mama ambik Umar ya, next time papa pulak akan ambik Umar dan bawak Umar pergi kedai ais-krim"

" Janji ya papa? "

" Ya janji sayang.. "

KRING! KRING ! KRING !

Bunyi telefon bimbitnya itu mematikan perbualannya dan Umar, sebaik sahaja melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya itu. Bibirnya memgukir senyuman. Dan Thea perasan akan senyuman itu.

" Dah lah saya pergi dulu, petang ni tak payah masak.. saya balik lambat " ujar Zarith lalu terus mengatur langkah kakinya beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience