Series
454
KREK..
ZARITH perlahan-perlahan menolak pintu rumah utama itu agar isteri dan anaknya itu tidak terbangun dan sedar yang dia baru sahaja pulang. Sebaik sahaja lelaki itu memusingkan badannya ke belakang terkejut dia melihat kini Thea berada di hadapannya.
" Baru balik? " soal Thea.
" Ermm, Thea tak tidur lagi? Thea tunggu abang ke? " soal Zarith.
" Abang pergi mana lambat balik? Thea call abang tak angkat mesej abang tak reply. Abang pergi mana sebernanya ni? " soal Thea berkali-kali.
" Haishh, kan abang dah bagitahu Thea yang abang balik lambat.. " ujar lelaki itu.
" Memanglah abang bagitahu tapi Thea tak sangka lah sampai subuh macam ni. Abang pergi mana sebernanya ni? "
" Hishh Thea ni bising betul lah. Sakit telinga abang ni, abang pergi kerja lah. Abang nak pergi mana lagi " Suaranya sedikit tinggi.
" Apa Thea ingat abang balik lambat ni abang berfoya-foya? Abang ni dah lah letih cari duit nak bagi Thea dengan Umar makan "
" Balik-balik Thea marah memekak, Thea ni tak der otak ke tak boleh fikir. Orang balik kerja penat nak rehat bukan nak dengar Thea memekak " Marah Zarith.
Thea terdiam.
" Kalau abang tak kerja siapa nak bayar rumah, air, elekterik? Makan semua? Takkan nak mintak Thea, Thea pun tak kerja "
" Duduk rumah makan je kerja, setakat kemas rumah ni apa lah sangat. "
" Tak payah nak terpaling penat sangat, stress semua. Duduk rumah nak stress apa? Bila-bila masa je boleh tidur, bukan macam abang ni "
" Setiap hari kena kerja, sebab apa kerja nak cari duit bagi Thea dengan Umar makan lah "
" Abang.., Thea faham abang penat kerja. Thea risau abang tak angkat call Thea, sampai subuh Thea tunggu abang " Suaranya mula keserakkan.
" Abang ada suruh Thea tunggu ke? lain Kali orang tak suruh tak payah buat. Dah lah abang nak naik atas rehat, melayan awak ni sampai bila tak habis "
" Balik rumah je aku stress! " Ujar Zarith dengan kasar sebelum kakinya melangkah naik ke tingkat atas.
" Cubalah bagi aku senang sikit sehari "
Thea perlahan-perlahan merebahkan badannya itu di sofa, tanpa sedar ada air matanya yang mengalir membasahi pipinya saat ini.
" Kenapa nak menangis pulak ni.., " ujarnya sendiri.
PAGI-PAGI lagi Thea sudah mula mengemas rumah, selesai mengemas ruang tamu, dia mengemas ruang atas pula. Selesai mengemas ruang atas dia mencuci tandas, melipat kain,menjemur kain.
" Alamak, baju Zarith lupa nak ambik pulak dekat atas. " Thea melepaskan keluhan perlahan.
Thea mengambil baju Zarith yang berada di atas tilam itu, sedang Thea membelek baju suaminya itu untuk mengeluarkan kemungkinan barang yang ada di dalam bajunya itu sebelum masuk ke mesin basuh.
Namun Thea perasan ada kesan lipstick di bahagian kolar baju lelaki itu, dan juga bau baju suaminya itu. Bau vanilla, yang selalunya di pakai oleh perempuan.
Dan ini bukanlah bau minyak wangi suaminya,
" Tak.. tak mungkin, Zarith bukan macam tu " ujarnya sendiri.
" Ya allah kau jauhkanlah fikiran yang tak baik tentang suami aku, aku kenal Zarith. Dia bukan lelaki macam tu " Thea cuba menyakinkan dirinya.
TOK ! TOK ! TOK !
" Ehh Seera! " Thea terkejut.
" Hai.., nah untuk kau.. " ujar Seera sambil menghulurkan sejambak bunga mawar kepada Thea.
Thea tertawa kecil melihat kawan baiknya itu, wanita itu terus mengambil bunga mawar yang diberikan oleh Seera itu.
" Haihh kau punya sweet kalah suami aku tau, Zarith sendiri pun tak pernah bagi aku bunga " ujar Thea.
" Alaa biar lah si Zarith tu, aku datang ni sebab aku tahu kau tengah sedih kan? it's okey aku ada dekat sini " Seera mengukir senyuman memandang ke arah Thea.
" Hurmm, ehh jom lah masuk.. aku buatkan kau air..lepastu kita sembang-sembang " ujar Thea sambil menarik lengan Seera.
" Kau duduk lah dulu ya, aku buat air.. lepastu tadi aku ade buat burn cheese cake"
" Lah kau ni buat susah-susah je, tak per.. "
" Mana ada susah, kau duduk kejap ya "
Bibirnya mengukir senyuman memandang sekeliling rumah itu, bingkai gambar perkahwinan Thea dan Zarith yang berada di hadapannya itu di ambil dan di pandang.
" Tak lama lagi perkahwinan kau akan hancurkan Thea, aku minta maaf...aku terpaksa, "
" Aku pun nak bahagia macam kau, aku pun nak duduk rumah besar macam ni "
" Aku jugak nak ada hidup yang sempurna macam kau, dan tak lama lagi rumah besar ni akan jadi milik aku "
" Bukan hanya rumah ni tapi Zarith.. dan anak kau Umar pun akan jadi milik aku.. " ujarnya sendiri.
" Amboii nak terkeluar biji mata tengok gambar kahwin tu dah kenapa? " Suara Thea di belakang itu mengejutkan Seera.
" Mengidam nak kahwin jugak ke tu " usik Thea sambil meletakkan secawan air dan satu potongan kek burnt cheese itu di atas meja.
Seera hanya tertawa, sambil menggeleng sendiri.
Seera kini memandang ke arah Thea, jelas kelihatan di wajah wanita itu sembab sahaja. Jelas sekali lah wanita itu keletihan.
" Kau okey ke ni? "
" Hurm? okey.. kenapa nampak aku macam tak okey ke haha " soal Thea.
Seera mengangguk.
" Aku tahu kau tak okey, kenapa? kau ada masalah ke. Kalau ada masalah ceritalah dengan aku, janganlah pendam sendiri "
" Kau tahu kan, kau ada aku.. " Seera meraih tangan Thea sambil bibirnya mengukir senyuman.
" Entahlah Seera, lately ni aku asyik bergaduh je dengan Zarith. Dia macam dah lain lah, dia macam Zarith yang dulu " ujar Thea suaranya perlahan.
" Maksud kau? kenapa dia ada pukul kau ke? kalau ada bagitahu aku " ujar Seera.
" Ehh tak der lah sampai pukul, just dia nampak lain.. dan.."
" Dan? "
" Ermm tak der apa lah, "
" Hishh kau ni Thea, bagitahu je
lah kenapa? "
" Ermm, tadi aku kemas baju dia. Lepastu aku jumpa kesan lipstick dekat baju Zarith. Aku yakin tu bukan lipstick aku "
Membulat mata Seera mendengar Thea berkata sedemikian.
" Lepastu bau baju tu, aku tahu tu bukan bau suami aku. Aku tak tahu lah kenapa aku rasa, aku rasa.. aku bukan nak cakap "
" Tapi.. aku rasa.. " berat sekali Thea ingin katakan.
" Kau rasa Zarith ada perempuan lain? " Sambung Seera.
Thea memandang ke arah Seera.
" Kau rasa macam tu jugak ke Seera? Sebab tu dia nampak lain. "
" Aku tak berani nak cakaplah Thea, tapi kau lebih kenal suami kau kan? "
Thea mengeluh perlahan.
" Tapi Thea.. if one day dikatakan Zarith ada perempuan lain, apa kau akan buat? " soal Seera.
" Aku mungkin jadi gila kot, kau pun tahu kan aku ni bergantung dengan Zarith. Kalau Zarith tinggalkan aku, macam mana aku dengan Umar nak hidup "
" Jadi kau akan maafkan dia? Kalau dia ada perempuan lain, dan kau tetap akan setia dengan dia? walaupun dia dah khianat kau? " Soal Seera lagi suaranya serius.
Lama Thea berdiam sebelum menyambung.
" Untuk perempuan suri rumah macam aku ni ada pilihan lain ke selain bertahan? " soal Thea semula.
" Tapi aku yakin Zarith bukan lelaki macam tu, dan tak mungkin dia akan buat macam tu.. "
" Sebab mesti dia sayangkan aku, Umar.. " ujar Thea lagi.
" Tapi Thea.. " belum sempat Seera menghabiskan tutur katanya itu, bunyi pintu di ketuk itu mematikan perbualan di antara Thea dan Seera.
" Kejap ya Seera, rasanya tu Zarith tu.. " ujar Thea. Wanita itu terus bangun dari sofa dan mengatur langkah kakinya ke arah pintu, sebaik sahaja pintu di buka kini dia melihat Zarith berada di hadapannya.
" Awal abang balik.. " ujar Thea sambil mengambil beg kerja suaminya itu.
" Balik awal salah, balik lambat salah. Habistu awak nak apa sebernanya ni? " soal Zarith.
Thea terdiam.
Zarith terus mengatur langkah kakinya, meninggalkan Thea di belakang. Namun langkah kakinya itu terhenti apabila dia melihat Seera kini berada di hadapannya.
Thea perlahan-perlahan mengatur langkah kakinya dan berdiri di sebelah Zarith, lengan suaminya itu di paut. Anak mata Seera jatuh ke arah Thea yang sedang memaut lengan Zarith itu.
" Abang nak saya hidang makanan sekarang ke? atau kejap lagi? " soal Thea sambil memandang ke arah Zarith.
Zarith memandang ke arah Seera yang sedang memandang ke arah lengannya yang sedang di paut oleh Thea itu. Perlahan-perlahan Zarith melepaskan tangannya itu yang berada di dalam genggaman Thea.
Thea hairan, pada masa yang sama dia berasa malu apabila Zarith berbuat sedemikian lagi-lagi di hadapan Zarith.
" Awak hidang lah makanan, jap lagi saya turun "
" Okey lah Thea aku balik dulu yaa " ujar Seera. Pada masa yang sama hatinya berbunga-bunga melihat Thea di permalukan oleh Zarith itu tadi.
" Hah? Oh okey "
" Ehh awak nak balik dah ke Seera? sebelum balik jom lah makan dulu. Thea ada masak banyak tu " ujar Zarith sambil bibirnya mengukir senyuman memandang ke arah Seera.
" Ermm, tak per lah.. awak makanlah dengan Thea, "
" Ehh tak elok tau , kalau orang dah jemput makan tapi tolak rezeki. Dah Thea awak pergi sediakan pinggan untuk Seera sekali. " Ujar Zarith.
" Err.. ermm, jom lah makan sekali Seera. " Ujar Thea.
SUASANA di meja makan pada petang itu dipenuhi dengan perbualan antara Zarith dan Seera. Sejak tadi, Thea hanya menjadi pendengar setia kepada perbualan mereka berdua. Sesekali wanita itu menyuapkan nasi ke mulut tanpa mencelah.
Saat ini Thea menyedari perubahan sikap suaminya itu. Kebiasaannya, setiap kali mereka makan bersama, Zarith lebih banyak mendiamkan diri. Dialah yang akan memulakan perbualan, bercerita tentang perkara-perkara kecil dan bertanyakan tentang hari suaminya. Namun, tidak banyak yang akan dibalas oleh lelaki itu.
Tetapi hari ini berbeza.
Zarith yang sedang menjamu selera tiba-tiba mengalihkan pandangan ke arah Seera. Dia memerhatikan wanita itu yang hanya mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit.
"Patutlah awak cantik dan kurus je. Makan nasi pun sikit," puji Zarith sambil tersenyum.
Seera tersenyum malu.
"Alah, bukanlah. Saya memang tak boleh makan banyak. Nanti cepat sangat kenyang."
Thea yang mendengar perbualan itu hanya mengangkat wajah sekilas sebelum kembali memandang pinggannya.
"Tengok tu, Thea. Kalau nak cantik macam Seera, awak pun kena makan sikit macam dia. Cuba awak tengok badan awak tu, dah naik."
Gerakan tangan Thea yang sedang menyuap nasi terhenti. Dia mengangkat wajah memandang suaminya. Terasa panas pipinya mendengar kata-kata itu, lebih-lebih lagi apabila Zarith mengatakannya di hadapan Seera.
Dia tidak tahu harus memberikan reaksi bagaimana. Mahu membalas, bimbang dianggap terlalu sensitif. Mahu berdiam diri, hatinya pula terasa pedih.
"Zarith, janganlah cakap macam tu. Tak baiklah. Thea ni penat kemas rumah, sebab tu dia kena makan banyak," sampuk Seera seolah-olah cuba mempertahankan Thea.
"Awak tengoklah nasi dalam pinggan dia penuh. Macam mana nak kurus?"
Seera hanya tersenyum nipis, kemudian menyambung suapannya.
Thea perlahan-lahan meletakkan sudu ke dalam pinggan. Selera makannya tiba-tiba hilang. Dia cuba menahan rasa malu yang semakin menebal di wajahnya.
Zarith mengambil sesudu sambal udang yang terhidang di atas meja sebelum meletakkannya ke atas nasi. Lelaki itu kemudian menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Namun, belum sempat dia menghabiskan suapan tersebut, dahinya mula berkerut.
"Ya Allah, masin betul sambal udang ni!" rungut Zarith sambil meletakkan semula gelasnya.
Thea yang sedang makan terus mengangkat wajah.
"Kenapa abang?"
Zarith menjeling ke arah isterinya.
"Awak masak apa ni, Thea? Masin semacam. Udang ni pun macam tak basuh betul-betul. Ada bau lagi!"
Thea terkedu. Dia memandang ke arah sambal udang di dalam pinggan suaminya sebelum kembali memandang Zarith.
"Eh, betul ke? Tadi Thea dah basuh udang tu beberapa kali sebelum masak."
"Kalau dah basuh betul-betul, takkanlah masih berbau macam ni?"
Thea terdiam. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Seera yang sejak tadi turut menjamah hidangan tersebut.
"Betul ke Seera? Masin? Udang ni berbau?"
Seera yang sedang mengunyah segera memperlahankan gerakan tangannya. Dia memandang Thea sekilas sebelum memberikan senyuman kecil.
"Err... ye Thea, tapi sikit je. Jangan risau. Tetap sedap kau masak."
Belum sempat Thea memberikan sebarang reaksi, Zarith sudah mencelah.
"Tak payah jaga hati dia lah, Seera. Benda macam ni kena tegur. Biar nanti dia lebih peka bila masak."
Seera hanya tersenyum kecil sambil meletakkan sudunya.
"Yalah, mungkin Thea terlepas pandang kot."
Zarith menggelengkan kepala. Dia menolak sedikit pinggannya ke hadapan sebelum menyandarkan tubuh ke kerusi.
"Hish, hilang selera aku. Dah, Seera. Jangan makan. Nanti sakit perut."
Thea terkaku.
"Kalau macam tu, Thea ambilkan abang lauk lain "
"Tak payahlah. Dah tak ada selera."
"Tapi abang belum makan banyak pun."
Zarith mengangkat wajah lalu memandang isterinya dengan riak kurang senang.
"Thea, abang dah cakap tak nak. Susah sangat ke nak faham?"
Seera yang melihat keadaan itu segera bersuara.
"Tak apalah Zarith. Saya rasa sambal udang ni masih boleh makan. Sayang pula kalau membazir."
"Awak jangan makan. Nanti kalau sakit perut, siapa yang susah?"
Share this novel