BAB 2

Romance Series 454

UMAR terus menyalam Thea sebaik sahaja tiba di sekolahnya itu, Thea melambaikan tangan kepada anaknya itu sebelum anaknya turun dari kereta. Namun langkah Umar terhenti dan anak lelakinya itu memandang ke arahnya itu semula.

" Mama penat ke? " soal Umar.

" Hah? ermm tak der lah. Mama mengantuk je, dah Umar cepat masuk nanti lambat. " Ujar Thea.

Umar terus memeluk Thea secara tiba-tiba, anak lelaki itu kini memandang ke arah Thea.

" Terima kasih tau mama sebab dah hantar Umar pergi sekolah, sediakan bekal untuk Umar. " ujar Umar sambil bibirnya mengukir senyuman.

Entah mengapa saat ini Thea seperti terasa hendak menangis mendengar anak lelakinya itu berkata sedemikian. Dia gembira di saat begini masih ada seseorang yang menghargai dirinya.

" Sama-sama sayang.., " ujar Thea sambil sebelah tangannya mengusap lembut rambut Umar.

Umar membalas senyuman itu, anak lelakinya itu terus turun dari kereta dan melambai ke arah Thea sebelum berlari anak masuk ke sekolah.

Thea melepaskan keluhan perlahan, wanita itu terus menekan pedal minyak dan terus memandu dan beredar dari perkarangan sekolah tersebut.

ZARITH melabuhkan duduknya itu di atas kerusi, beg kerjanya itu di letakkan di atas mejanya itu. Bunyi telefon bimbitnya itu di ambil dan melihat nama Seera yang tertera membuatkan lelaki itu tersenyum sendiri.

SEERA: Good morning sayang, you dah sampai office ke?

ZARITH: Morning sayangg, I baru je sampai. Jammed betul jalan pagi ni. By the way you tengah buat apa tu.

SEERA : I baru je habis breakfast, tiba-tiba pula rindu you.. tu yang I mesej you. I miss you lah sayang, malam ni jadi kan?

ZARITH: I miss you more sayang, of course lah jadi. I tak sabar nak jumpe you malam ni, nak tengok muka you yang cantik tu..

SEERA: Hahaha, kenapa? dekat rumah you tu tak cantik ke?

ZARITH: Euwww, tak payahlah cakap pasal dia. I tengok dia pun tak selera.

SEERA: Elehh, isteri you jugak kan. You jugak pilih dia dulu berbanding I kan hurmm.

ZARITH : Alahai I pun tak tahu lah kenapa I bodoh sangat pilih dia, yang penting sekarang I pilih you kan..

TOK ! TOK ! TOK !

bunyi ketukkan pintu itu mengejutkan Zarith, terus lelaki itu mematikan telefon bimbitnya itu lalu di letakkan di tepi. Kelihatan kini Nadya iaitu pembantu peribadinya itu masuk ke dalam biliknya.

" Selamat pagi encik Zarith, Dato Muqri dah sampai.. jadi kita boleh mulakan meeting sekarang ya? " Ujar Nadya sambil memgukir senyuman.

" Oh ye ke, awak pergilah masuk dulu saya nak ambik fail..jap lagi saya masuk " ujar Zarith.

" Baik encik Zarith.. " Nadya terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan pejabat tersebut.

Zarith terus membuka beg kerjanya itu, dan di selak satu persatu untuk mengambil fail yang akan digunakan pada mensyuarat sebentar lagi. Setelah hampir 20 minit mencari. Tiada!

" Alamak, aduhai.. ni mesti tertinggal atas meja kerja dekat rumah ni " keluhnya sendiri.

Telefon bimbitnya itu terus di capai, dan nombor Thea itu di dail.

THEA merebahkan badannya itu di sofa sambil melepaskan keluhan perlahan, plastik barangan basah itu di letakkan di tepi. Usai menghantar Umar ke sekolah tadi dia sempat menyinggah grocery untuk membeli barang basah.

KRING ! KRING! KRING !

Bunyi deringan telefon bimbitnya itu menyedarkan Thea yang hendak terlelap sekejap itu. Telefon bimbitnya itu di capai dan melihat nama Zarith yang tertera, wanita itu hairan.

Thea terus mengangkat panggilan telefon dari suaminya itu.

" Assalamualaikum hello, ya abang kenapa? " soal Thea.

" Waalaikumussalam, Thea ada dekat rumah ke sekarang? " Soal Zarith.

" Yaa, Thea baru je balik dari grocery.. kenapa? "

" Ni abang tertinggal fail meeting ni, Thea tolong pergi naik bilik kerja abang tu ambik fail yang warna biru tu lepastu datang hantar dekat office abang "

" Hah? Thea hantar? " Soal Thea kembali.

Sudahlah dia baru pulang, penat pun masih belum hilang lagi.

" Ye lah, alahai takkan mintak tolong sikit pun tak boleh Thea? Abang ni tak boleh keluar, kalau tidak tak der makna nya abang nak mintak tolong Thea hantar " ujar Zarith selamba.

" Bukan tu maksud Thea, okey lah. Abang tunggu sekejap ya Thea datang hantar fail tapi.." namun belum sempat Thea menghabiskan tutur katanya itu panggilan telefon itu terus di putuskan.

" Haishh, mintak tolong sikit pun susah bukan Jalan kaki pun pergi grocery tu. Penat sangat lah konon, padahal balik rumah boleh tidur "

" Bukan macam aku ni kena kerja cari duit bagi dia dengan anak makan! " Keluhnya sendiri.

ZARITH terus mengatur langkah kakinya masuk ke dalam bilik meeting, kini kelihatan Dato Muqri bersama pembantu peribadinya sedang duduk di kerusi. Zarith memgukir senyuman dan melabuhkan duduknya berhadapan dengan Dato Muqri.

" Good Morning Dato maaf ya boleh tak kita tunggu sekejap sebab ada masalah sedikit " ujar Zarith.

" It's okey take your time, kita banyak lagi masa. Just relax okey? " ujar Dato Muqri.

Zarith mengangguk sambil memgukir senyuman.

" Thank you Dato.. " ujar Zarith.

Zarith mengerling ke arah jam yang berada dinding itu, jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi namun Thea masih belum menelefonnya untuk memaklumkan kepadanya bahawa wanita itu telah sampai di pejabat.

" Zarith can we start now? , sebab nak masuk lunch dah ni.. kalau tidak kita kena postponed meeting ni next week " ujar Dato Muqri.

" Err.., sekejap ya Dato.. " sebaik sahaja Zarith bangun dan mencapai telefon bimbitnya itu untuk mendail nombor telefon isterinya itu. Bunyi ketukkan pintu di pejabat itu mengejutkan Zarith, dan sebaik sahaja pintu di buka kelihatan kini Thea berada di hadapannya.

Zarith yang pada mulanya kelihatan lega sebaik sahaja melihat kelibat isterinya itu, tiba-tiba berubah riak wajah. Senyuman yang tadi terukir di bibirnya mati serta-merta.

Matanya tertancap pada penampilan Thea yang hanya mengenakan blaus longgar bersama seluar kain dan rambut yang tidak rapi.

Wajah Zarith jelas menunjukkan rasa tidak senang.

"Thea..." panggilnya perlahan, namun nadanya kedengaran tegang.

Thea yang tidak menyedari perubahan riak wajah suaminya itu terus menghulurkan fail berwarna biru yang dibawanya.

"Ni fail yang abang minta tadi. Nasib baik Thea jumpa dekat atas meja kerja abang."

Zarith menyambut fail tersebut sebelum matanya kembali memandang Thea.

"Kenapa awak masuk sampai ke sini? Kenapa tak hantar dekat lobi sahaja?"

Thea terkedu.

"Hah? Abang yang suruh Thea datang hantar dekat office abang." Lurus Thea menjawab.

"Ya, tapi takkanlah awak tak boleh fikir? Ini bilik meeting, Thea. Ada orang lain dekat sini."

Thea mula mengerutkan dahinya. Dia mengalihkan pandangan ke arah dua orang lelaki yang sedang duduk di meja mesyuarat. Salah seorang daripadanya kelihatan sedang memerhatikan mereka.

"Jadi? Thea cuma hantar fail abang."

Zarith mengetap rahang. Dia merendahkan suaranya, cuba mengawal rasa malu yang mula menguasai diri.

"Awak tengoklah pakaian awak tu. Macam mana saya nak berdepan dengan orang kalau awak datang dalam keadaan macam ni?"

Thea terkedu. Dia menundukkan pandangan, memerhatikan pakaian yang sedang dipakainya.

"Kenapa dengan pakaian Thea? Thea bukannya tahu pun abang ada meeting. Thea terus datang sebab abang minta tolong."

"Sudahlah, Thea. Jangan banyak soal."

Zarith menghela nafas sebelum berpaling ke arah Dato Muqri yang masih menunggu di tempat duduknya.

"Sorry about that, Dato. This is my wife. She was just helping me with something."

Dato Muqri mengangguk kecil sambil melemparkan senyuman kepada Thea.

"It's okay. Thank you for bringing the file."

Thea membalas senyuman itu dengan sedikit kekok.

"Sama-sama, Dato."

Dia kemudian kembali memandang Zarith.

" Thea balik dulu, maaf abang Thea tak der niat pun nak malukan abang.. Thea cuma.. " belum sempat Thea menghabiskan tutur katanya itu.

Namun, Zarith hanya mengangguk acuh tidak acuh sambil membelek fail di tangannya.

"Yalah. Awak baliklah."

Tiada ucapan terima kasih. Tiada juga pertanyaan sama ada dia sudah makan atau belum.

Thea akhirnya mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Sebaik sahaja pintu tertutup, Zarith menghela nafas lega.

"Sorry about that, Dato," ujarnya sambil kembali mengambil tempat duduk.

Dato Muqri sekadar tersenyum nipis.

"No worries. Your wife seems like a nice person."

Zarith hanya tersenyum hambar sebelum membuka fail di hadapannya.

Namun jauh di sudut hatinya, dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya sendiri telah muncul di hadapan rakan perniagaannya dengan penampilan sebegitu.

JAM sudah menunjukkan pukul 3:30 minit pagi, Thea sejak tadi menjenguk kereta suaminya itu di luar. Ya memang Zarith ada memberitahunya yang dia akan pulang lewat tetapi tidaklah dia sangka selewat ini dia akan pulang.

" Busy sangat ke sampai nak telefon pun tak nak, nanti kalau aku telefon marah pulak " ujarnya sendiri.

Thea mencapai telefon bimbitnya itu dan mendail nombor telefon suaminya itu, berkali-kali nombor Zarith itu di dail namun tidak juga suaminya itu mengangkat.

Bunyi telefon bimbit itu benar-benar menganggu Seera yang sedang tidur itu. Sebelah tangannya itu menepuk lengan Zarith yang sedang tidur di sebelahnya itu.

" Sayang.. angkatlah telefon tu.. bisinglah.. sakit telinga I lah " ujar Seera sambil menggosok kedua belah matanya itu.

Zarith melepaskan keluhan kasar, telefon bimbitnya itu di ambil dan dia melihat nama Thea yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Lelaki itu terus mematikan telefon bimbitnya itu sebelum melepaskan keluhan kasar.

Seera mengerling ke arah Zarith apabila telefon bimbitnya itu di matikan,

" Siapa call? " soal Seera.

" Siapa lagi Thea lah, sibuk betul. Tak faham bila orang cakap orang busy " ujar Zarith berdegus sendiri.

" Tu lah sibuk betul tak faham agaknya bila you kata you busy, sayang bila you dengan dia nak berpisah? " soal Seera.

Zarith mengeluh perlahan dari posisi baring lelaki itu kini menyandarkan belakangnya itu di kepala katil, baju yang berada di sebelahnya itu di pakai..

" I pun sebernanya tak tahan dah dengan dia, makin lama I tengok dia makin menyampah "

" Tapi masalahnya mama I tu you pun tahu kan dia suka sangat dengan menantu dia tu, kalau dia tahu I nak berpisah dengan perempuan tu memang mengamuk lah dia " ujar Zarith.

" Alahai sebab tu je ke? ke you sengaja nak main-main dengan I? " Soal Seera kembali.

Zarith memandang ke arah Seera yang berada di sebelahnya itu, tangan wanita itu di raih dan digenggam erat sambil bibirnya mengukir senyuman.

" Sayang you pun tahu kan I sayang sangat dengan you, I memang nak kahwin dengan you. Tapi I akan kahwin dengan you lepas I bercerai dengan Thea.. "

" You nak ke kahwin dengan I sekarang and jadi isteri nombor 2? I nak you sorang je I tak nak you jadi yang kedua " ujar Zarith lagi.

Seera mengukir senyuman mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Zarith itu.

" You sayang I kan? " soal Zarith.

" Of course lah I sayang you, I sanggup buat apa saja untuk you.. " ujar Seera.

" Apa sahaja? " Zarith kini memandang ke arah Seera sambil mengukir senyuman nakal.

Seera menampar lembut pipi Zarith sambil mencubit lembut pipi lelaki itu.

KRING ! KRING !

Bunyi telefon bimbit Seera mengejutkan Zarith dan Seera, Zarith melepaskan keluhan perlahan dan Seera terus mencapai telefon bimbitnya itu dan melihat nama Thea yang tertera.

" Jangan angkat " ujar Zarith.

" Kenapa pulak? I bukan buat salah pun kan "

Seera tertawa kecil, terus dia mengangkat panggilan itu.

" Hello ya Thea? " ujar Seera sambil membuat suara mengantuk.

" Hello Seera, sorry Seera kacau kau tidur, ermm aku nak tanya kau.. Zarith ada call kau tak? " Soal Thea.

" Zarith? ermm.. hurmm tak der pulak kenapa kau gaduh dengan dia ke? " Soal Seera sambil sebelah tangannya mengusap lembut pipi Zarith yang berada di hadapannya itu.

" Tak der lah, aku risau sebab dah pukul berapa ni tak balik. Aku call pun tak angkat, risaulah aku.. "

" Alaaa kau ni, pandai lah dia jaga diri dia.. mungkin dia siapkan kerja dekat office lah kot.. kau tidur je lah jangan fikir sangat. Nanti kalau Zarith call aku..
aku bagitahu kau "

" Hurmm ye lah, maaf ya Seera ganggu
kau.. "

" It's okey, dah kau rehat tidur yaaa "

" Okey bye assalamualaikum.. " Thea terus mematikan telefon bimbitnya itu.

" You tahu tak Zarith I tak sangka you akan kahwin dengan perempuan bodoh macam ni "

Zarith berdegus sendiri.

" Kalau lah I tahu dia sebodoh ni you ingat I nak kahwin dengan dia ke? "

" Mungkin you kena minyak dagu kot dengan dia hahahah " Seera tertawa.

" Tapi I rasa minyak dagu Thea tak sekuat minyak dagu you dekat I lah "

Seera menampar lembut bahu lelaki itu sambil tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience