SST - 12

Romance Completed 72474

"Abang." Sapa Najemie melabuhkan punggung disebelah Hariz.

Hariz tidak membalas. Matanya juga tidak sedikit pon mengerling Najemie.

Najemie perasaan akan hal itu. "Kenapa abang? Naj ada buat salah?"

Tiada balasan.

"Abang.." Najemie menyentuh bahu lelaki itu.

Hariz menepis mengelak.

"Najmi.." Panggil Saodah yang sedang membawa semangkuk besar mi goreng ke meja makan.

Najemie berpaling kearah Saodah. "Hm?"

"Nanti ikut mak su balik kampung"

"Untuk?"

"Lawat kubur ibu dengan ayahlah. Sekali dengan nenek."

Najemie mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Eh budak ni. Kan Najmi nak ke luar negara." Kata Saodah tanpa memandang wajah anak buahnya yang sudah menghijau.

Najemie mengerling si suami. Hariz cuma diam tak berkutik.

"Kenapa diam pulak?" Barulah dia menatap wajah Najemie.

Hariz mengangguk kearah Saodah lalu mengambil kot dikepala kerusi Najemie tanpa mengendahkan pandangan gadis itu kepadanya.

"Kenapa tu? Muram semacam je. Kamu tak bagi ke semalam?"

"Apa ni pagi-pagi otak dah dicemar ni?" Dijeling Saodah tajam.

"Ke kamu tak bagitahu dia lagi pasal kamu nak sambung belajar tu?"

Najemie tidak menjawab. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak.

"Betul lah tu kan. Mana tak hanginnya suami tu."

"Ya. Naj salah." Balas Najemie malas. "Nanti Naj mintak maaf, oke"

......

Najemie meletakkan secawan kopi diatas meja office Hariz.
"Minum bang" Ajak Najemie.

Hariz mendongak. Jelas terukir seribu kerutan di dahinya.
"Najmi buat apa dekat sini?" Tanyanya sedikit keras.

"Naj nak lawat abang lah." Kata Najemie tersenyum manis. "Abang, jom kita lunch sama-sama, nak?"

Tok tok tok.

"Masuk." Izin Hariz memandang kearah pintu bilik officenya.

"Hariz, ni fail yang Hariz mintak tad.." Kata-kata Mia terhenti bila matanya menangkap bukan Hariz seorang sahaja didalam bilik itu. "Eh, awak yang tanya bilik Dato' Emer tadikan? Bilik dato' bukan dekat sini. Bilik dato' dekat.."

"No, its okay. Saya dah jumpa dah tadi." Potong Najemie. Hariz memandang gadis itu.

"Jadi, bukan hajat awak pon masuk sini nak jumpa saya kan?" Soalnya mendatar. Dialihkan pandangan kepada Mia. "Letak sini Mia."

Mia mengangguk. Dia menghampiri meja Hariz. "Hariz, jom teman Mia lunch. Mia teringinlah nak makan seafood haritu. Sedap sangat! Asyik terliur je teringat haritu kita makan."

Najemie tersentap.

Seperti tidak wujud Najemie dibuatnya, Hariz membalas ajakan itu. "Boleh. Nanti pukul 12, Mia tunggu Hariz. Hariz nak siapkan dulu kerja ni" Katanya dengan senyuman manis.

"Oke. Mia tunggu. Jangan lupa pulak. Macamlah Mia tak tahu Hariz tu, kalau dah kerja. Langsung tak ingat dunia." Omel Mia mencebik bibir lalu keluar dari bilik itu.

Hariz tersenyum senang bila mendengar omelan itu. Sungguh dia rindu.

"Siapa tadi?" Soal Najemie.

"Banyak hal lagi yang perlu abang fikir selain jawab soalan Najmi tu" balas Hariz mendatar.

"Hal apa? Hal fikir nak makan apa dengan dia lunch nanti? Nak makan apa tadi? Nak makan seafood, kan?" perli Najemie.

"Najmi, boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan."

"Bukan apa tu kalau dah depan mata Naj dia ajak abang makan. Naj yang ajak dulu kan? Tapi abang terima ajakan orang lain"

"Abang malas nak gaduh pasal hal ni" Jawab Hariz terus menyambung kerjanya.

"Abang.. Naj taknak kongkong hidup abang. Naj taknak abang rimas dengan Naj. Oke. Naj tak tanya abang dah. Abang buatlah apa yang abang suka. Sekurang-kurangnya abang tahu, Naj ni isteri abang dan abang suami Naj."

Hariz tersenyum sinis. "Takpelah lah Najmi. Buang je perkataan suami isteri tu. Buang jauh-jauh. Tak payah sebut langsung. Bukan wujud pon perkataan tu dalam hati Najmi tu. Isteri apa, kalau dah belakangkan suami. Sampaikan suami orang yang terakhir tahu tentang hal-hal penting macam tu"

"Pasal tu, Naj nak mintak maaf. Naj tahu, Naj salah. Memang tak patut Naj tak bagitahu abang pasal sambung belajar tu. Tapi kalau Naj bagitahu, Naj takut Naj tak dapat nak tinggalkan abang." Jelas Najemie.

"Itu alasan Najmi. Kalau betul pon tak dapat nak tinggalkan abang. Habistu kenapa? Ada masalah ke kalau nak bagitahu abang?" Mata merenung dalam mata gadis itu.

"Abang.. Abang lupa ke 365 days tu bermula masa kita akad haritu. Setahun abang. Setahun Naj dekat sana."

Hariz terdiam. "Najmi nak abang lepaskan Najmi?"

"No. I won't" Jawab Najemie tegas.

"Jadi? Apa masalahnya? Berat sangat ke mulut tu kalau nak bincang dengan abang?"

Kali ini, Najemie pula terdiam. "Ab.. Abang.. Abang marahkan Naj?"

"Abang marah sangat sekarang ni, Najmi. Najmi ketepikan abang dalam hal penting macam ni." Berkerut dahinya geram.

"Naj mintak maaf, abang" Pohon Najemie menunduk.

"Dah lah. Najmi baliklah dulu. Kita bincang dekat rumah. Abang banyak kerja sekarang ni." Suruh Hariz.

Najemie tidak membalas. Baru harini dia perasaan, kata-kata suaminya sudah mula kasar dengannya. Tidak banyak cakap, dia terus melangkah keluar dari bilik itu.

Beberapa langkah keluar dari bilik itu, Najemie mengeluarkan handphonenya. Nama seseorang ditekan. "Boleh kita jumpa? Ha, kat tempat biasa. Oke see you!"

* * * * *

.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience