“Abang cari madu buat Anzalna.” “Abang...” briefcasedi tangan aku lontarkan ke arahnya. Namun, pantas encik suami melarikan diri.
Aku tidak mampu memendam rasa kecewa. Lantaran itulah aku tanpa segan mengadu pada Emak mentua. Aku menangis teresak-esak dibahunya.
“Agaknya, kesepian yang dilaluinya mengingatkan dia pada kekasih lamanya.” Bagai hendak tercabut jantungku buat ke sekian kali.
“Kekasih lama? Abang ada kekasih sebelum Anzalna ?” tanyaku.
“Abang sangat sayangkan dia. Setiap kali abang balik kerja kekasihnya itu menunggu di depan pintu. Kalau boleh sebelum tidur, abang ingin dodoinya dahulu.”
“Habis... kalau ada kekasih, kenapa pilih Anzalna ?”
“Kekasih abang meninggal akibat demam panas. Kasihan, waktu terakhirnya kurus sangat sebab tidak lalu makan,” kata Emak mertuaku lagi dengan wajah kasihan.
Dengan wajah cemberut aku meminta diri. Tidak sanggup lagi aku menahan rasa yang berbaur di dada.
Kecewaku bukan sahaja tidak terubat. Malahan hatiku sakit bagai disiat-siat, bagai ditusuk sembilu. Aku bawa diriku ke rumah ibu. Setelah tiga hari berdiam diri, aku hamburkan rasa kecewaku pada ibu pula.
“Bawalah berbincang elok-elok. Tak baik bermasam muka.”
“Abang outstation seminggu.”
“Eloklah macam tu. Suami outstation, Anzalna merayap ke sana ke sini.” Ibu berleter pula.
“Ibu... Anzalna ingat datang sini boleh release tension. Dengar ibu berleter, sakit telinga Anzalna dengar.”
Share this novel