BAB 5

Romance Completed 2688

“Bukan ibu nak halau Anzalna. Anzalna kan sudah bersuami. Tempat isteri di sisi suaminya. Kalau arwah papa ada, sudah tentu dia pun tak setuju dengan tindakan Anzalna.”

“Jadi... ibu setujulah dengan tindakan abang tu?”

“Bukan macam tu...”

Belum sempat ibu menghabiskan kata-katanya, aku berlari keluar. Aku tidak sanggup lagi mendengar bebelan ibu yang lebih menyokong tindakan suamiku itu.

Aku tidak tahu lagi ke mana harus kutuju. Mahu atau tidak, aku kembali ke rumahku. Namun, aku pastikan pada ketika itu encik suamiku tiada di rumah. Aku tidak sanggup lagi mendengar pujukannya untuk menambah isteri lagi. Sungguh... aku tidak sanggup.

Aku mengemas beberapa helai pakaian. Malam itu dan malam seterusnya aku ingin bersendirian. Di mana aku belum pasti lagi. Yang jelas selagi belum genap seminggu aku tidak mahu bersua muka dengan suamiku lagi.

Dalam kalut aku menolak bagasiku, terdengar deringan telefon di ruang tamu. Aku tertanya-tanya siapa pula yang menelefon tengah hari itu. Oleh kerana perasaan ingin tahu membuak-buak, aku mengangkat juga gagang telefon.

“Hello... sayang!” kedengaran nyaring panggilan dari arah sana. Hampir terlepas gagang telefon kerana terkejut.

“Hello, hendak cakap dengan siapa?” aku pura-pura tidak kenal mendengar suara suamiku.

“Nak cakap dengan sayanglah. Dengan siapa lagi.”

“Maaf salah nombor,” ujarku sebelum meletakkan gagang telefon.

Sejurus selepas itu, kedengaran ada mesej masuk di peti pesanan ringkas telefon bimbitku. Lambat-lambat aku membacanya. Mesej dari encik suamiku rupa-rupanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience