BAB 4

Romance Completed 2688

“Itulah kamu. Ibu kuat berleter merajuk. Marah sikit merajuk. Suami gertak sikit saja dah merajuk. Betul-betul dia cari lain baru tahu,” kata ibu seolah-olah tidak percaya pada apa sahaja kataku.

“Mana ada abang gertak Anzalna. Dia cakap betullah ibu. Anzalna cuma ajak abang jumpa doktor sebab abang selalu cakap dunianya sunyi tanpa anak-anak.”

“Pergilah rumah anak yatim. Ambil anak angkat. Manalah tahu berkat jaga anak angkat, Anzalna ada rezeki dapat anak sendiri.” Ibu memberi cadangan.

“Apa ni ibu ? Anzalna boleh mengandung. Abang tu yang degil. Anzalna cuma nak abang buat rawatan. Manalah tahu ada masalah di pihak abang. Tak sangka abang berniat nak tambah cawangan lagi.”

“Melarikan diri dari suami itu bukan penyelesaian masalah. Apa salahnya duduk berbincang elok-elok. Sepakat cari jalan keluar.” Ibu memberi pendapatnya pula.

“Ibu... Anzalna dah cuba. Abang degil juga. Katanya, dalam masa tujuh hari dia mencari madu buat Anzalna. Dalam masa tujuh hari dia jumpa calon yang sesuai, dia balik jumpa Anzalna.” Ibu terlopong seakan tidak percaya.

“Seminggu outstation ni, dia pergi cari madu buat Anzalna la ni?” tanya ibu lagi.

“Iyelah ibu.” Mulut ibu terlopong lagi.

“Kalau tak jumpa?” tanya ibu.

“Kalau tak jumpa abang akan dengar cakap Anzalna. Tetapi, kalau dah jumpa calon yang sesuai, dia persembahkan pada Anzalna.”

“Pulak!” ujar ibu sambil menepuk dahinya.

“Macam inilah. Sudah beberapa hari Anzalna duduk di sini. Elok Anzalna pulang ke rumah Anzalna.”

“Ibu halau Anzalna. Sampai hati,” kataku hampir hendak menitiskan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience