BAB 2

Romance Completed 2688

“Abang tak mahu. Tak mahuuu. Keturunan abang tak ada yang mandul,” ujar suami tetap berdegil.

“Abang... dengar dulu penjelasan Anzalna.”

“Abang dah ada cadangan lebih bagus dari ini. Abang cuma nak persetujuan Anzalna saja,” kata suami sambil tersenyum lain sekali.

Mataku terkebil-kebil memandangnya. “Apa dia bang?” aku tidak sabar ingin tahu.

“Sempena hari baik, bulan baik ini, abang nak Anzalna restui abang kahwin lagi.” Bagai hendak gugur jantungku dEmak atnya mendengar khabar itu.

“Abang mampu ke nak tambah lagi satu?”

“Mampu ke, tak mampu ke abang nak juga.”

‘Biar betul suamiku ini.’ Aku berbicara sendiri.

“Tergamak abang nak lukai hati Anzalna,” ujarku lagi demi meraih perhatiannya.

“Tak kiralah. Abang bagi tempoh seminggu saja. Selama tujuh hari abang akan cari madu yang sesuai buat Anzalna. Genap tujuh hari abang persembahkan pada Anzalna demi menuntut restu Anzalna.”

“Kalau tak jumpa dalam masa tujuh hari?”

“Abang turuti nasihat Anzalna.”

Tergamam aku jadinya sambil menahan rasa. Tidak aku sangka sama sekali suamiku sanggup menodai cinta suciku. Alahai... sayonara maduku, apa akan jadi padaku andai ianya berlaku?

“Abang outstation seminggu.”

“Abang outstation seminggu nak ke mana?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience