BAB 4

Romance Completed 20419

"Fia terima ke?"

"Terima la. Datin tu baik sangat siap panggil Fia sayang lagi. Tak sampai hati nak tolak sebab rasa macam mama yg pujuk" sekalipun mamanya disebut air muka Fia langsung tak menunjukkan riak sedih.

Dia tahu yg mama dan papanya kembali kepada Allah. Yg penting dia masih lagi boleh menjadi seorang anak yg solehah.

"Fia rindu mama?" Soal Fiq menduga. Dari hari pertama ibubapanya pergi itulah kali terakhir Fia menangis.

"Mestilah. Sebab mama dan papa mesti tengah rindukan kita" ujar Fia ceria. Ikhlas hati Fiq terasa ingin memeluk adiknya kerana insan yg gembira itulah sumber kekuatannya. Sedangkan dia masih lagi ingin menangisi kematian ibubapanya tapi kerana Fia rasa sedih itu dah bertukar kepada rindu.

"Kalau dah setuju dengan tempahan tu nak mengeluh buat apa?"

"Takut tak sempat siap la. Nanti hampakan orang pulak."

"Abang ykin sempat. Nanti kita usaha sama2. Bila tempahannya?"

"Dua minggu lagi. Fia nak minta izin Hana tidur sini. Senang sikit" dengar je nama Hana disebut terus tersnyum.

Suka sangat la tu sampai nak cakap ya pun tak boleh. Angguk je mampu. Suka la tu. Fia malas nak fikir pasal dua merpati yg joli la sangat tu sebab banyak lagi yg dia perlu fikir dan tempahan Datin Maria yg paling penting sekarang. Bila dia teringat balik apa yg mereka bincangkan rasa macam dah kenal lama sangat.

"Aunty boleh tolong Fia buat"

"Takpe la datin. Saya akan usahakan" aku menolak lembut. Memang jenis orang cepat mesra agaknya datin ni sebab dengan senang hati panggilannya berubah dan yg pasti sangat rendah diri dan tak sombong.

"Apa kata Fia datang buat kat rumah aunty je. Aunty tambah payment" terkejut betul Fia bila dengar macam tu. Bersungguhnya nak aku jugak yg sediakan dessert untuk majlis kahwin anak lelakinya itu. Mungkin anak sulung yg kawin ni.

"Datin saya ok je. Datin just tunggu je. Tak payah nak tambah payment, ni pun dah lebih dari cukup"

"Tapi Fia buat sendiri semua ni, nanti Fia penat"

"Its ok datin. In sha allah niat baik kita ni Allah dengar dan permudahkan."

"Untungnya dapat anak macam Fia" Fia tersenyum senang. Untung ibubapanya memilikinya. Alhamdulilah. Perbualan itu berlanjutan dan Fia dengan senang hati memanggil datin itu aunty. Masih ada orang yg baik dalam dunia ini.

Dua minggu memang tak lama dan tibalah hari yg ditunggukan oleh Ainnur dan Eddy. Akad telah pun selesai dengan sekali lafaz sahaja terbuktinya cinta itu sekarang menambah luka di hati Ash.

Dia tidak betah berada di situ lebih lama lalu meninggalkan masjid dan ke tempat wuduk. Dia mengambil wuduk untuk menenangkan hatinya. Tiada seorang pun yg perasan ketiadaannya dan setelah masjid itu kosong dia melangkah dan terus solat sunat dua rakaat.

Sekalipun hatinya hiba doa untuk dua insan yg mendapat tempat di hatinya turut di doakan. Kuasa Allah sangat besar kerana menyedarkan Ash bahawa cinta bukan segalanya dan mencintai tak bererti memiliki. Hati kecilnya sedar yg dia terlalu mengharap pada cinta yg bukan untuknya itu.

Dengan hiba dan penyesalan air matanya menitis sekali. Cepat2 dia aminkan doa dan menyimpan sejadah di tempatnya. Telefonnya jatuh tatkala terlanggar seorang lelaki yg tinggi dan tegap badannya.

"Ya Allah, maafkan saya" pinta lelaki itu lalu mengutip telefon tersebut.

"Takpe. Maafkan saya jugak,tak perasan" Ash dengan sopan turut memohon maaf.

"Rosak ke dik? Abang boleh gantikan" lelaki itu membahasakan dirinya abang kerana melihat Ash lagi muda darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience