BAB 7

Romance Completed 20480

"Tak nak la ma. Mama sayang la daughter mama tu sorang2" jawab Ash malas. Dia pun dah pindah keluar selepas Eddy kahwin jadi ada masa dia akan balik ke rumah orang tuanya.

"Kalau tak mama pinang Maya!" Datin memberikan kata putus. Berpisat Ash berpaling. Anti betul Ash dengan nama tu.

"Apa ni ma, main ugut Ash pulak, kalau Ash tak balik sini lagi jangan mama menangis call Ash" kali ini Ash pula yg mengugut mamanya. Suka sangat jadi matchmaker.

"Ugut mama ke?" Soal datin geram. Keras hati betul Ash ni. Entah apa yg dia takut sangat dengan Fia.

"Ash cakap je...." Ash tersengih kerana mamanya telah mengalah. Senang betul nak menang dengan mama dia ni.

"Apa salahnya kenal Fia. Cantik budaknya. Baik."dah datang dah ajinomoto penambah perasa terbaik di malaysia. Ash dah buat muka dan menghilangkan diri ke dapur. Entah apa yg ada pada Fia dia sendiri tak berminat nak tahu.

Fia yg selalu datang ke rumah datin sejak anak2 datin pindah keluar. Eddy pindah sebab dah kahwin tapi Ash pindah sebab dia dah kerja tempat lain yg agak jauh dari rumah.

"Pa. Nak makan apa?" Soal Fia mesra. Sayangnya pada keluarga itu tak dapat disorokkan. Kehadiran dia dirumah itu selalu dinantikan dan dia sentiasa ada bila diperlukan datin. Bff datin la katakan.mana datin nak pergi mesti tak lupa Fia. Maklumlah takde anak permpuan.

"Anak papa nak masak apa?" Soal datuk Fahim mesra. Suka betul dia dengan Fia. Memang betul apa yg isterinya cakap. Boleh jatuh sayang dengan Fia.

"Nak tolong tengok je. Fia tak pandai masak makanan macam ni. Kalau mat salleh style ada bakat" Fia tersengih. Datin yg tengah masak turut tersenyum.

"Kupas bawang pun dah menangis, macam mana nak masak?" perli datin lalu tersenyum. Fia tergelak sama dengan datuk. Perli la sebab benda betul kut. Biar ambil iktibar sikit.

Suasana yg ceria dengan gelak tawa di dapur membuatkan Ash hairan. Entah myvi siapa yg parkir kat luar kalau Eddy dan Ainnur lagi seminggu bulan madu dorang. Katanya nak tambah sikit. Selamat bergembiralah kat sana. Salam Ash memang dah tinggal kenangan.

"Mesti Fia ni" fikir Ash lalu mendekati ruangan dapur. Langkahnya terhenti dan senyumannya terukir bila melihat senyuman kedua ibubapanya. Tak pernah dia melihat mereka ketawa macam tu sekali.

Suara datuk yg selalunya tegas juga boleh berlembut dengan Fia siap bergurau senda lagi. Entah macam mana rupa budak ni?

Fikir Ash sambil mencuri pandang wajah Fia yg sedang memeluk mamanya erat. Dia berselindung sedikit daripada pandangan orang lain dan mengesat air matanya yg menitis.

Dah lama dia tak tengok orang tuanya segembira ini. Ke manakah tanggungjawabnya sebagai anak untuk bahagiakan org tuanya.

"Fia kemas meja" ujar Fia lalu berjalan keluar dari dapur dan tika itu juga Ash ingin berjalan masuk ke dapur pertembungan mereka membuatkan Fia hampir terjatuh tetapi tangan Ash sempat memaut pinggang Fia.

Drama sekejap dan Fia yg dah segan tak tahu nak buat apa. Dia menjarakkan dirinya dari Ash lalu cuba untuk membuat muka selamba tapi mukanya terasa panas. Ash boleh pulak tersengih melihat Fia. Rupanya ini la Fia yg dipuji puji tu. Perempuan dengan kamera tu.

"Awak ni cute la. Merah macam tomato muka" usik Ash senang. Hanya dia dan Fia tahu apa yg dicakapnya. Sja je Ash nak mengusik. Hari tu dah kena batang hidung sendiri.

"Ni la Fia,Ash." Datin memeluk bahu Fia dengan berani Fia mengangkat muka dan tersenyum. Dah hilang pun rasa segannya dan dia memang rasa ni kali pertama dia jumpa dengan Ash. Memang daya ingatan tak berapa nak bagus.

"Ni la daughter mama.ni Ash. Boy mama" ujarnya ceria. Pelik sungguh Fia tapi dengan ceria dia turut memperkenalkan diri. Hari2 kut dia dengar pasal Ash dari datin. Hari ni baru kenal muka.mungkin lepas ni tak lupa lagi dah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience