BAB 2

Romance Completed 20419

Ash meraup mukanya dan memejamkan matanya dengan lama supaya dapat menghilangkan bayangan Ainnur dalam hidupnya. Dia melabuhkan punggung di atas batang kelapa yg telah tumbang dan termenung jauh.

Safia Aqashah yg leka dengan kameranya tersenyum puas dapat mengambil gambar dengan banyaknya. Dan padanya gambar itu memberikan kepuasan yg tak terhingga. Rasa macam profesional sebab gambar yg diambil terasa sangat cantik.

Biasalah masuk bangkul angkat sendiri. Lesung pipitnya yg sedang cantik menyerlah di pipi kian hilang bila matanya menangkap Ash yg sedang termenung dengan wajah yg tak boleh nak ditafsirkan tapi dia sangat macho.

Bisik hati Fia dan dengan berani dia mengambil beberapa keping gambar Ash untuk koleksi simpanan peribadinya. Seronok pulak hatinya buat kerja yg tak berapa nak senonoh ni.

Tiba2 Ash angkat punggung dan berlalu dari situ. Fia hanya menjongket bahu dan terus dengan hobinya. Memang Fia sangat sukakan alam dan selalu dengan kameranya malah seorang yg sangat cermat dan suka kitar semula.

Walaupun baru sahaja berumur 23 tahun dia telah memiliki sebuah cafe kecil yg sangat menguntungkan.

Tie berwarna kuning muda milik Ash yg terjatuh dikutip lalu disimpan oleh Fia.suka betul dia dengan mengutip barang2 ni. Tapi dia sedang mengambil master dalam pendidikan awal kanak2.

Katanya nak ajar budak2 menjaga alam sekitar dengan baik. Moga Allah permudahkan niat baik Fia. Abangnya, Syafiq Aqashah seorang arkitek yg berjaya sangat menyokong adiknya yg sangat rajin.

Dalam status pelajar dia telah berniaga sendiri dan cafenya boleh tahan femes even tak sebesar cafe2 lain yg bertaraf berbintang bintang.

Sebaik Ash tiba di rumah semua orang sedang menanti kepulangannya malah luka yg tak pernah sembuh itu rasa perit seperti dicurahkan garam apabil Ainnur dan Eddy sedang menghitung hari bahagia mereka berdua.

"Ash, mari sini" mama menarik tangan Ash supaya bersama mereka dalam suasana yg sepatutnya gembira tapi sangat menyakitkan bagi Ash. Berat kaki untuk melangkah tetapi digagahkan juga. Muka dimaniskan sedikit walaupun tak ikhlas.

"Congrats guys" ujar Ash tenang, nampak tenang tapi sebenarnya sakit yg teramat sangat. Kenapa mesti semua ini berlaku pada dirinya.

"Thanks bro!" Ucap Eddy tersenyum gembira. At least ada yg gembira di sini fikir Ash.

"Ash? Kamu tak sihat ke?" Papa bersuara bila Ash yg selalunya mulut macam machine gun senyap je hari ni kalau tak dia la johan paling kecoh dalam rumah.

"Sihat pa. Penat sikit" Ash membalas dengan senyuman hambar.

"Kamu pergi mana? Kenapa cancel semua meeting?" hati Ash memberontak untuk meluahkan rasa sakitnya tapi apakan daya dia hanya mampu berdiam diri.

"Kau ok tak?" Soalan yg meluncur di mulut Eddy malas nak dijawab.

"Ok. Kepala Ash sakit tadi pa." Ha. Tipu lagi ,bukannya kepala yg sakit sebab kalau sakit kepala makan panadol dah jalan tapi ni kes sakit hati tiada penawar.

"Kerja kuat sangat" mama dengan lembut mengusap kepala Ash. Akhirnya Ash tersenyum sedikit ikhlas. Sentuhan mamanya sangat menyentuh tangkai hatinya. Tangan mamanya diraih dan dicium lama. Dah nak beraya pulak ke mungkin la kut. Mana nak lari anak bila dalam kesusahan pasti disisi ibunya yg mengandung dan melahirkannya.

"Ash manja rupanya" suara ayu Ainnur kedengaran juga. Kalau nak dibandingkan hubungan antara Ainnur dan mereka berdua sudah pasti orang akan menyangka Ash kekasihnya sebab Ainnur lebih rapat dengan Ash walaupun suka buat dont know bila mereka berdua. Sejak bila hati Ainnur dicuri oleh Eddy hanya Allah yg tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience