BAB 5

Romance Completed 20419

"Tak rosak pun."

"Baguslah. Btw abang Fiq. Nama apa?"

"Ash. Saya minta diri dulu bang. In sha allah ada jodoh kita jumpa lagi" Ash berlalu meminta diri dan menuju ke parkir kereta. Langkah digagahi hati ditabahkan untuk menuju ke rumah.

"Fia dah ada semua ke?" Kalut Hana bertanya dan berlari kehulu kehilir menyusun makanan yg perlu dihantar dengan segera. Majlis resepsi dalam taman itu membuatkan Fia teruja dengan cammynya. Kalau ada Fia tak payah upah photographer lagi dah.

"Jom gerak!" Ujar Fia ceria. Hana dan Fiq turut diundang ke majlis tersebut. Tetapi hanya Fia yg dapat menghadirkan diri. Kena pulak tarikh tu Fiq nak pergi jumpa dengan keluarga Hana pasal hari bahagia mereka. Akhirnya mereka hanya mampu menghantar Fia dan kuihnya ke sana. Pun jadi la.

"Fia, jom ikut aunty. Makanan tu semua biar pelayan yg susunkan" tak menyempat betul datin ni. Entah ke mana dia nak tarik Fia. Langkah Fia semakin laju mengikut rentak datin yg terlalu gembira ini.

"Nah" satu bungkusan diserahkan kepada Fia dengan berat hati Fia mengambil bungkusan itu.

"Apa ni datin?" Soal Fia pelik.

"Aunty la sayang, mama pun boleh" memang Datin Maria dah jatuh sayang dengan Fia sejak melihat senyuman Fia lagi. Sayangnya bertambah bila mengenali hati budi Fia. Dalam dua minggu lepas masanya banyak bersama Fia kerana bersama sama menyiapkan tempahan sendiri. Lucu pulak rasanya.

"Baju? Fia dah pakai baju"ujar Fia jujur mengundang tawa datin. Datin mendekati Fia dan memeluknya erat.

"Izinkan aunty melayan Fia macam anak aunty sendiri. Aunty dah jatuh sayang dengan Fia" terkejut Fia mendengarnya tetapi ikhlas di hati dia juga sayangkan wanita ini.

"Aunty tak kisah layan anak yg degil macam Fia ni?" Soal Fia lembut.

"Takpe., anak mama kan buknnya orang lain" begitulah drama mereka berdua.

"Ma, Fia pakai baju ni lain kali ok? Hari ni Fia nak jadi photographer jadi kena gangster sikit" Fia tergelak senang. Hatinya sangat senang dengan kehadiran wanita itu.

Allah memang sangat adil kepada hambanya. Kegembiraan hati Fia hanya Allah dan Fia yg tahu.

Fia yg memang sentiasa aktif itu tidak sekalipun duduk diam. Seronok dia ambil gambar situ sini dah tertukar pun dengan jurugambar. Senyuman Fia lagi indah jika dibandingkan dengan malam yg sangat indah dengan hiasan yg menakjubkan.

Majlis telah pun bermula dan tetamu telah memenuhi setiap sudut untuk melihat raja sehari. Memang pasangan yg ideal sama cantik sama padan. Tapi Fia tak lama disitu kerana terlalu ramai orang. Dia ke bufet untuk mengisi perutnya yg kosong.

Entah kenapa dia tercuit melihat Ash yg sedang memandang pasangan pengantin dngan hiba. Cintakah dia pada isteri org itu? Entah kenapa soalan itu menjengah otak Fia tapi segera dia berfikir dengan waras dan melarikan pandangan dari lelaki itu.

Ash mengeluh lagi dan menarik satu kerusi lalu menjamah makanan yg telah diambilnya tadi. Fia pula berada si seberang sana. Fia dah start hobi dia. Setiap pergerakan Ash menarik minatnya lalu di ambil beberapa keping gambar dan dia tergelak kecil bila melihat air muka Ash terus berubah bila makanan masuk ke dalam mulutnya. Nampak sedap benar.

"Eh, kek aq la" ujar Fia ceria. Tak sangka betul keknya boleh mengubah ekspresi Ash.

tiba tiba Ash dapat rasakan yg Fia tengah memerhatinya lalu dengan rajinnya dia bangkit dari kerusi dan duduk bersama semeja dengan Fia. Gila tak terkejut. Masaklah Fia kalau Ash tahu.

"Kenapa pandang saya?" Soalan pertama Ash buatkan Fia tersenyum dan senyuman itu turut membuatkan Ash tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience