BAB 1

Romance Completed 20419

Petang yg agak mendung itu seakan sama dengan hati Firash Dahari yang bergelumang dengan hati yang berkecamuk dan tak keruan.

Dia sedar, kawan jenis apalah dia yang berkira-kira memberi perasaan gembira mendengar khabar berita dari seorang sahabat. Sepatutnya berita sahabat sendiri mendirikan masjid adalah satu berita yg tak terucap rasa gembiranya.

Walaupun masih lagi dengan berpakaian pejabat dimana kot masih lagi disarung kemas tie masih lagi menjerut kolar baju dengan baik tidak dapat menutup hatinya yg telah dirobek hebat. Berita dari mulut Eddy Akram memang satu berita yg langsung dia tidak jangka dan duga.

"Aku nak kau org pertama tahu pasal benda ni" ceria betul suara Eddy sehingga Ash tak tahu apa yg sangat membahagiakan sahabatnya ini. Siapa boleh sabar dengan perangai Eddy yg suka buat orang tertunggu tunggu.

"Pasal apa??? Cepatlah cakap, banyak lagi benda lain yg aku nak buat" Ash dengan malas melayan jugak si Eddy yg suka sangat buat macam ni kalau nak cakap tu cakap aje la.

Dia dan Eddy dah berkawan sejak sekolah lagi dan sekarang ni jadi business partner. Mereka berdua ni boleh nak label macam belangkas la mana ada Eddy kat situ pasti ada Ash. Eddy banyak terhutang budi dengan keluarga Ash yg selalu menolongnya.

"Aku nak kahwin" jerit Eddy gembira sehingga menarik perhatian pekerja di luar. Ash yg kegembiraan meninggalkan kerjanya dan memeluk sahabatnya dengan erat.

Minah mana la yg malang dapat Eddy ni. Fikir Ash lalu tersenyum. Alhamdulilah... sekurang kurangnya mama dan papa tak bising lagi lepas ni sebab teruna dia dah ada yg nak kawin. Selamat dia lepas ni.

Walaupun dah berumur 28 tapi hati masih jugak setia pada seorang perempuan yg tak pernah dilafazkan cintanya sejak sekolah lagi. Macam mana nak menjadi kalau tak berani. Tak gitu????

"Awek mana yg teruk sangat test dia tu?" usik Ash sambil menepuk bahu Eddy sambil ketawa.

"Tak sayang mulut kau eh, awek paling femes kat sekolah kita dulu" bagai terhenti masa bila bibir yg tersenyum gembira itu mengatakan hal tersebut dah tiada yg lain lagi kalau awek paling femes kat sekolah mereka. Ainnur Nadia. Gadis yg selalu menyentuh hati Ash dengan segala sikapnya yg cukup menarik hati.

"Ha! Baru ternganga..." usik Eddy lalu ketawa sakan dan bersedia untuk beredar ke pejabatnya.

"Maksud kau Ainnur Nadia ke?" Soal Ash gusar walaupun dia dapat rasakan yg jawapannya ya tapi dia tetap nak bertanya untuk sedapkan hati sendiri. Rasa macam nak mati bila dapat rasa kehilangan yg pasti dan pencuri hatinya telah dicuri oleh sahabat malah orang yg paling dia sayang.

" Ainnur Nadia Hasmezam la. Dah. Tutup mulut kau tu kat rumah kita cakap lagi. aku just nak inform kau je" derap kaki Eddy kedengaran sangat kuat dan derap itu telah membawa sekali rasa cintanya. Hanya Allah yg tahu betapa tidak tertanggung rasa sakit hatinya itu.

"Lina, cancel semua meeting and appointment saya, saya tak sihat" hanya itu yg mampu Ash lakukan iaitu melarikan diri dari tempat itu dan berada di tempat yg lebih tenang.

Angin pantai langsung tidak menenangkannya malah ada bisikan syaitan yg menyuruhnya melakukan perbuatan bodoh. Dah bertahun hatinya dicuri oleh gadis itu tetapi tak sampai sesaat semuanya telah musnah dan hancur. Rasa seperti ingin menangisi semua ini tapi hatinya berat. Kenapa dia langsung tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan rasa cintanya kepada Ainnur. Menyesal yang teramat sekarang.

Dia menanggalkan kotnya yg tadinya tersarung kemas dan menarik kasar tienya lalu dicampak keatas pasir pantai yg halus dan putih itu.

"Bodoh!!!!" Jerit Ash kuat. Dia tidak kisah apa yg orang nak kata sebab hanya dia yg merasai tekanannya sekrang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience