Kali ini jururawat tersebut pula terdiam.
Ini kerana, dia melihat sendiri Aisy mencuci lantai bilik mayat dan tempat pembedahan menggunakan cecair dettol serta klorin. Dia juga dapat mendengar bunyi air disimbah, baldi diseret dan mop digosok ke lantai.
Lagipun, jarak tempat mereka bertugas di Wad dengan bilik mayat itu hanya sepuluh meter sahaja. Lampu bilik mayat tersebut terang benderang.
Bagi mendapatkan kepastian, dia memanggil seorang lagi jururawat yang melihat kejadian itu.
Sah, jururawat kedua itu juga mengatakan yang dilihatnya dinihari itu ialah Aisy.
Bolehkah satu orang berada di dua tempat berbeza? Bagaimana boleh wujud jelmaan tersebut?
Share this novel