BAB 8

Thriller Completed 9984

Pengalaman hampir serupa dialami oleh Aisy juga sebelum ini. Pukul 5.30 pagi itu sewaktu menunggang motosikal menuju ke gerai seorang kenalannya, dia terserempak dengan jiran yang bernama Pak Ngah baru keluar dari rumahnya.

Seperti biasa, Pak Ngah memakai baju Melayu, berkain pelekat dan kopiah. Orang tua itu menunggang motosikalnya keluar dari halaman sambil membawa bakul berisi kuih untuk dihantar ke gerai tersebut, yang terletak satu kilometer dari situ.

Aisy mengekori Pak Ngah sampailah kelibat orang tua itu hilang di sebuah selekoh. Begitulah rutin Pak Ngah, dia akan keluar sekitar waktu tersebut untuk menghantar kuih ke gerai.

Namun apabila sampai di gerai tersebut, Aisy terkejut. Dia diberitahu, Pak Ngah masih belum datang lagi.

Abu Bakar segera pergi ke rumah Pak Ngah. Sampai di sana dia bertambah terkejut kerana dilihatnya Pak Ngah sedang bersiap-siap untuk keluar.

Pakaiannya sama seperti tadi - berbaju Melayu kuning cair, kain pelekat dan kopiah serta membawa bakul berisi kuih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience