BAB 1 : CERITA I

Thriller Completed 9984

"Jaja, teman aku pergi tandas."
Aku toleh pada pemilik suara itu, sepupu aku, Farah. Aku toleh semula pada jam di tangan.
"Kau pergilah sendiri." Aku jawab.
"Takut." Dia pun jawab.
"Kan ada makcik guard jaga depan tandas tu."
"Alaaa...temankanlaahhh..."

Dengan penuh berat hati dan berat punggung, aku gagahkan juga diri menemani sepupu aku yg baru berusia 18 tahun ke tandas. Sebenarnya sudah hampir 4 hari kami 'menginap' di hospital ini.

Waktu ini kami bergilir-gilir menjaga arwah nenek kami di hospital. Pakcik dan makcik juga sama-sama bergilir-gilir menjaga arwah nenek yang disahkan mengidap penyakit paru-paru berair ketika itu.

Kebetulan, ketika nenek aku ditahan di hospital, aku sedang bercuti semester dan sepupu aku si Farah ni baru saja menamatkan SPM nya.
Malam ini merupakan malam keempat nenek ditahan di hospital. Doktor kata sakitnya tenat. Maka, waris boleh berada di dalam kawasan hospital walaupun bukan pada waktu melawat.

Cuma, hanya dua orang waris sahaja dibenarkan masuk ke dalam wad, yang lain boleh menunggu di luar wad pesakit perempuan itu.

Malam ini, emak dan makcik aku dah pun berada di sisi nenek aku di dalam wad pesakit. Maka, aku dan si Farah ni bersantai-santai lah di luar wad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience