Dalam keadaan pelik itu, dia bertanya kepada Pak Ngah, ke mana orang tua itu pergi selepas hilang dari selekoh?
"Aku ada rumah, tak pergi mana-mana. Ni lah baru nak keluar hantar kuih," jawab Pak Ngah.
Nah, kalau begitu, `siapakah' yang dilihat oleh Aisy pagi itu?
Sebenarnya, kisah sebegini agak sering kita dengar berlaku di sekeliling kita. Lazimnya, ia dikaitkan dengan jin, qaJaja dan 'hantu.' Ada juga yang berlaku kepada orang alim dan ia dikategorikan sebagai karamah.
Untuk pengetahuan anda, dalam bidang paranormal, fenomena misteri ini dipanggil Doppelganger atau Double. Ia bermaksud jelmaan yang menyerupai seorang individu, sedangkan individu tersebut berada di tempat lain.
Share this novel