BAB 3

Humor Series 1972

Kelopak mata Yusouf bergerak-gerak. Dia sepertinya sedang berusaha untuk membuka matanya. Meena memegang tangan anak tunggalnya itu. Hatinya sudah tidak sabar lagi untuk melihat anak tercinta sedar dan sihat kembali.

Akhirnya saat yang dinantikan tiba jua. Yusouf memandang keadaan sekeliling. Putih jek.. Mesti aku kat hospital ni.. kan.. memang betul tekaan aku.. Desis Yusouf apabila terpandang tiub air yang disambung ke tangannya.

" Aduh!" kepalanya dipegang. Terasa sakit mencucuk di bahagian belakang kepala.

" Alhamdulillah..anak mama..ya Allah...syukur..Yusouf dah sedar sayang..." dahi anaknya dicium berkali-kali. Betapa seorang ibu merindukan anaknya.

" Mama.. apa yang dah jadi.. kenapa Yusouf ada dekat hospital pulak ni..."

" Yusouf excident sayang.." Yasif yang sedari tadi dia bersuara. Hatinya lega melihat Yusouf kini bangkit dari koma.

" Biy...sayang rindu sangat dekat biy...alhamdulillah..biy dah sedar.."

Yusouf terkejut apabila seorang wanita yang tidak dikenali memeluknya. Tanpa sedar dia menolak pelukan wanita tersebut sehingga wanita itu terdorong ke belakang.

" Wait, wait.. Hei kau sape perempuan?!" Tiba-tiba datang peluk aku. Kau tak malu ke?!!!" Jerkahan Yusouf bergema di ruangan itu.

" Biy...tak baik bergurau dengan sayang macam ni..." Inara masih tersenyum. Dia menyangka suaminya hanya ingin bergurau walaupun lelaki itu menolaknya tadi.

" Kau ni dah kenapa hah ?!" Aku geli lah dengar kau panggil aku macam tu!! Aku tak kenal kau lah!!! Tiba-tiba datang peluk aku..gila ke apa.."

" Ya Allah! Yusouf! Ini Inara ! Isteri kamu ! " tegas Yasif.

" Papa...jangan buat lawak lah..Yusouf baru lapan belas lah pa..isteri..hahahah agak-agaklah papa ni nak tipu Yusouf pun.." tawa Yusouf masih kedengaran.

" Biy tak..ingat..sayang ke ?" Jari jemari Yusouf dicapai.

" Hei!!! Kau ni tak faham bahasa ke hah?!! Ni yang kau pegang- pegang aku kenapa bodoh?!" Aku tak kenal kau lah!!!" tangan Inara ditepis.

" Ya Allah.." Air mata Inara menitis jua. Sungguh dia gembira Yusouf akhirnya sedar, tapi bukan ini yang dia mahukan. Ya Allah..kuatkan hatiku..

" Doktor.." Inara berlalu pergi. Hanya Luqman sahaja yang tahu keadaan suaminya.

" Inara.. saya sudah pun mengenalpasti keadaan yang dialami suami awak. Begini, Yusouf sebenarnya hilang separuh ingatannya dan seperti yang awak tahu, Yusouf tidak mampu untuk mengingati siapa awak tetapi dia tetap mengingati papa dan mamanya. Hal ini terjadi disebabkan otak Yusouf mengalami gegaran yang kuat sewaktu dia dan awak excident dahulu. Namun, ingatannya akan kembali pada sedia kala dalam beberapa bulan." Jelas Luqman.

Inara menghela nafas berat

" Terima kasih Luq.."

" Jangan sedih Inara. Awak mampu kembalikan ingatan Yusouf." Luqman tersenyum. Tabah sekali wanita dihadapannya ini. Selama sebulan Yusouf koma, wanita ini tidak berhenti memberi semangat kepada Yusouf dan apabila suaminya sedar, dia terpaksa menghadapi ujian ini.

Inara mengangguk. Ya. Aku kena kuat . Aku akan bantu Yusouf kembalikan ingatannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience