BAB 5

Humor Series 1972

" Biy nak balik rumah kita ke ? " soal Inara sambil tersenyum manis.

" Rumah papa mama la bodoh!! Rumah kau buat apa!! " jerkah Yusouf.

" Okay." Inara memicit micit kepala. Rasa pening menguasai dirinya tika ini. Perutnya juga rasa mual. Kenapa pulak dengan aku ni.. Janganlah tumbang sekarang wahai diriku.. Desis Inara.

" Biy..sayang nak rehat kejap..biy hati-hati drive.." Ujar Inara lemah. Dia sememangnya tidak mendapat rehat yang cukup, lingkaran gelap di bawah mata menandakan dia sudah tidak cukup tidur.

Yusouf ingin memarahi perempuan itu namun hatinya menghalang. Jelas ternampak kepenatan wanita tersebut. Hatinya sedikit merasa bersalah.

Inara terlelap. Sudah lama dia tidak tidur begini.

" Hoi. Hoi. Hei perempuan kau tak reti bangun ke ?!! Kita dah sampai !! " suara Yusouf yang kuat mengejutkan Inara yang sedang nyenyak tidur.

" Maafkan sayang, terlajak tidur pulak." Pinta Inara lemah lembut.

Sekali lagi hati Yusouf diruntun perasaan bersalah.

Inara keluar dari kereta namun dia terasa tubuhnya melayang. Inara pengsan di atas lantai marmar itu.

" Hesh!!!! Hei perempuan kau jangan nak drama !!!! Heii!!!!! " kepala Inara yang bertudung biru lembut ditunjal kuat.

" Mama!!!" Yusouf melaung memanggil mamanya. Namun panggilannya tidak disahut.

Hmmm. Biarkan jelah dia kat situ. Sapa suruh dia pengsan. Tubuh Inara dibiarkan terbaring di luar.

Yusouf masuk ke dalam rumah dan mendapati mama dan papanya tiada. Dia langsung lupa tentang Inara.

" Ya Allah Inara! Macam mana Inara ada kat lantai ni sayang..." Meena bersuara cemas. Dia yang baru menjejakkan kaki terkejut melihat menantunya di lantai.

" Inara pengsan ni Meen. Jom angkat dulu." Ujar Yasif. Dia turut pelik bagaimana Inara boleh pengsan.

Inara dibaringkan di atas katil. Yasif terdengar bunyi orang mandi di dalam bilik air di kamar Yusouf. Yusouf keluar dari bilik air dengan kimono sambil mengelap rambutnya.

" laa bila papa ngan mama balik?" Yusouf tersenyum.

" Baru je. Inara datang kamu tak perasan ke ?"

" Oh perempuan tu ? Dia pengsan waktu hantar Yusouf tengahari tadi." Yusouf bersahaja sambil melihat Inara yang terbaring di atas katil miliknya.

" Apa?!!!! Dari tengah hari tadi?!!! Tergamak Yusouf biarkan isteri Yusouf macam tu ?!!!!" Jerkah Yasif. Anak tunggalnya sudah melampau.

" Pa, dia bukan isteri Yusouf lah.. Kalau dia isteri Yusouf kenapa Yusouf tak kenal dia pa ??"

" Ya Allah... Kenapa kamu ni ?!"

" Sudahlah abang.. Call doktor cepat.. Dah lama Inara pengsan ni tak sedar lagi.." Arah Meena.

Inara tersedar. Dia melihat keadaan sekeliling. Bilik Yusouf. Hatinya sedikit berbunga.

" Congratulation Mrs Inara. " Doktor pribadi keluarga Yusouf tersenyum. Inara tercengang. Ek.

" You're pregnant. Eight weeks, probably. " sekali lagi doktor bernama Imirae itu tersenyum.

" A..pa..." Inara hampir tidak mengeluarkan suara. Dia gembira bercampur terkejut.

" Banyakkan berehat ya puan. Jangan angkat benda berat, buat kerja berat. Makan makanan yang berkhasiat ya. Itu sahaja. Saya balik dahulu ya. "

" Yusouf teman Inara mama dan papa nak hantarkan doktor ke pintu." Arah Meena tegas.

Setelah mereka keluar dari bilik Yusouf, Yusouf menampar-nampar pipi Inara.

" Anak haram mana yang kau kandung ni sial ?!!!!"

" Allahuakbar!!!" Rintih Inara.

" Cakap dengan aku anak sapa?!!!!!" Jerkahan Yusouf bergema.

" Anak Yusouf bin Yasif yang sah !!!" Inara kecewa.Sakit sekali hatinya.

" Hei kau jangan nak cakap tu anak aku!! Aku tak kenal siapa kau!!!!" Balas Yusouf.

" Ya Allah ... Bersaksikan Allah.. Anak yang sayang kandung ni anak biy.." Tegas Inara.

" Hei!!! Entah dengan sapa kau buat kau nak cakap tu anak aku ?!!" Sekali lagi Inara ditampar. Bibirnya mengeluarkan darah merah pekat.

" Ya Allah..kuatkan aku ya Allah...kuatkan imanku..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience