13 Mac 2017
Yusouf dan Inara bersiap siap untuk ke sekolah. Hari ini , keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan. Sungguh perasaan gementar mereka melebihi perasaan gementar pada hari akad nikah mereka. Nervousnya !
" Are you ready sayang ? " soal Yusouf yang mengenakan kemeja biru cair dipadankan dengan tali leher dark blue. Sesuai dengan kulitnya yang cerah dan bersih itu.
" Wah hensemnya suami saya ni..nak pergi ambik result ke nak pergi shopping ? "
" Well isteri saya pun cantik sebab tulah saya pun kenalah hensem..kan princess Inara ? "
" Macam ni biy kata cantik ? " Dia membelek baju kurung berwarna biru cair seperti suaminya. Biasa je aku tengok.
" Iye cantik sayang..nah handsock..matching tak dengan baju ? " Handsock berwarna biru gelap dihulur kepada isterinya.
" Alaaa comelnya handsock ni..thank you my otherhalf..sayang biy ! Dah jom."
Yusouf memandu ke sekolah dengan berhati hati. Jarak rumah barunya dari sekolah tidak begitu jauh, lima kilometer aje.
" Assalamualaikum! " tegur seseorang.
" Waalaikumusalam, Ayden dah lama ke kau sampai? " Yusouf berpelukan dengan sahabat baiknya itu.
" Takde lah lama mana pun..dalam lima minit camtu.."
" Jom duduk..sayang gi lah jumpa kawan-kawan sayang..lepas ni semua dah buat hal masing-masing dah..entah bila pulak nak jumpa.." lembut bicara Yusouf.
" Weh kau jangan cakap macam tu..aku sedih ni..kau ni kan.." Mata Ayden sedikit berkaca.
" Ala ala sorry lah aku cakap je..dah takyah sedih sedih.." Yusouf menggosok bahu Ayden perlahan. Dia juga sedih. Ayden lah kawan susah senangnya dari dulu sampai sekarang.
" Baiklah, mari kita mulakan majlis penyerahan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016. Semua pelajar diminta tenang. "
" Dijemput Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Ali bagi mengiringi Tuan Pengetua, Haji Awang untuk menyerahkan slip kepada pelajar cemerlang SPM 2016. "
Nama pelajar cemerlang diumum satu per satu. Inara tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruhnya. Dia menunggu namanya diumum. Terasa lama sekali menanti keputusan SPM nya.
" Seterusnya diumumkan pelajar cemerlang dengan keputusan straight A's, iaitu Yusouf bin Yasif, Ayden bin Muhammad, Inara binti Afiq dan Anggun binti Farouq ! "
" Alhamdulillah ! Terima kasih Ya Allah.." Inara dan Anggun bersalaman sebelum keduanya naik ke pentas.
" Umi! Abah! Inara dapat straight A's ! Yusouf pun !" jerit Inara gembira.
" Alhamdulillah..tahniah Inara, Yusouf ! Umi dan abah bangga dengan result korang..!"
" Okay umi abah, Inara nak call mama papa pulak ni. I love you muah ! Assalamualaikum."
" Waalaikumusalam ! Drive elok-elok! " pesan uminya.
Ketika Inara sedang sibuk bercakap di telefon, kereta yang dipandu Yusouf dilanggar oleh kenderaan berjenama yang hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok besar menyebabkan kepala Yusouf terhentak kuat di cermin hadapan kereta. Manakala, Inara pula terpelanting keluar.
" Biy.." sayup sayup suara Inara memanggil suaminya. Seluruh badannya terasa sakit sekali. Air mata bercampur darah menitis ke tanah. Hidungnya menghidu bau petrol yang sangat kuat.
" Ya Allah..selamatkanlah suamiku ya Allah.." Doa Inara lalu pandangannya mulai kabur dan gelap. Inara pengsan.
" Umi...abah...mana abang Yusouf..." sayu sekali suara Inara. Sejak dia sedar tadi itulah soalan pertama yang keluar dari bibirnya yang pecah itu.
" Yusouf ada sayang..ada..Inara rehat ya sayang..Inara baru sedar.." Dahi anaknya dikucup sayang. Kuatkan aku ya Allah. Afiq mengesat air matanya. Bagaikan tersayat hatinya melihat keadaan anak tunggalnya itu.
" Inara dah tidur je ? "
" Ye kak Meena. Macam mana dengan Yusouf ?" soal Maira sedih.
" Yusouf...koma.." Air mata yang ditahan Meena mengalir jua. Sungguh dia tidak kuat. Melihat tubuh Yusouf yang berselirat dengan wayar amat meruntun jiwanya.
Inara yang berpura pura tidur melepaskan esakan hiba. Ya Allah..Selamatkan suami..Gantilah nyawaku dengan dia..Selamatkan dia Ya Allah! Inara mengongoi seperti anak kecil.
Inara dipeluk sekuat hati oleh abahnya. Pindahkan kesakitan anakku terhadapku Ya Allah..Lindungi puteriku dan suaminya..
9 April 2017
" Assalamualaikum biy..sayang datang ni.." Pipi Yusouf yang cekung dikucup kiri dan kanan. Walaupun suaminya sedang koma, namun dia tetap bersembang seperti biasa. Biarlah. Dia mahu Yusouf kuat. Dia mahu Yusouf sedar.
" Hari ni birthday biy.. Happy Birthday yang ke 18 suamiku..sayang tahu biy kuat..biy kuat sangat..tak apa..sayang ada..sayang selalu ada dengan biy.. kuat ya biy ?" Air mata mengalir laju namun diseka dengan pantas. Dia harus kuat.
Sedang dia membersihkan tubuh Yusouf, jari telunjuk Yusouf bergerak. Inara terkejut bercampur bahagia. Butang berwarna merah ditekan.
" Doktor tadi jari suami saya bergerak !"
" Ya puan. Sekejap." Doktor Luqman memeriksa keadaan pesakitnya. Sejurus itu dia tersenyum.
" Alhamdulillah puan. Suami puan telah menunjukkan perkembangan yang baik ! Saya jangka sekitar dua hari Yusouf akan sedar dari koma atau mungkin lebih cepat dari yang saya jangkakan. Sama-sama lah kita berdoa."
" Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.."
Share this novel