BAB 1

Humor Series 1972

23 November 2016

" Masa menjawab telah tamat, berhenti menulis. Kertas jawapan akan dipungut sekaran, sebelum itu sila pastikan calon menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan dengan tepat." Pesan pengawas peperiksaan.

Inara tersenyum menampakkan lesung pipitnya di pipi kanan. Akhirnya dia selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jayanya. Dia yakin berkat usaha dan doa yang tidak putus, Allah akan memberikan kejayaan buatnya.

" Inara ! "
Dia mencari gerangan yang memanggil itu.

" Oh kau Yusouf asal doh ? "

" Err... kau dah tamat exam dah kan ? Freedom arh ni ?"

" Yelah kau jelous eh ? Kau berapa paper lagi ? "

" Tiga lagi..bio, fizik dan kimia.." muka sememeh dipaparkan Yusouf. Inara tertawa kecil. Dia memandang jejaka yang sudah lama terpahat dalam hatinya. Hailah Yusouf asal la kau hensem sangat..eyy sabar jelahhhh... Mereka bertentangan mata untuk seketika namun keduanya tertunduk malu.

" Inara..lepas ni aky tak tahu bila lagi boleh jumpa kau...aku rasa aku patut confess sekarang.." Yusouf tersenyum manis. Seperti Inara dia memiliki lesung pipit tetapi di pipi kiri.

" Aku dah lama ukir nama kau dalam hati aku...Inara..."

" Laaaaa kau ukir nape.. tak luka ke hati kau tu hahaha.." Inara cuba menyembunyikan rasa terkejutnya. Dia tidak menyangka lelaki itu menyimpan rasa yang sama terhadapnya.

" Kau ni..aku serius niiii..kau sengaja kan buat aku malu..." Yusouf menutup mukanya dengan kertas exam. Kononnye malulah...

" Yusouf...kau suka aku...kan ?? Jadi..Dapatkan aku dengan cara yang halal dan sah di sisi agama.. okay ?"

" Kau betul ni ? Kau tak prank aku ann ?%

" Aku serius kau cakap aku prank kau pulak..buang dalam lombong baru tau..."

" Ya Allah...terima kasih... Inara tunggu aku okay..tunggu aku selesaikan perjuangan aku kat sekolah lepas tu kita kahwin okay.. janji dengan aku tau... " Kebahagiaan jelas terpapar diwajah Yusouf.

" Iye bakal suamiku...aku tunggu punya.."

" Tiga hari lagi...tunggu tau..aku nak jadi yang halal buat kau.."

27 November 2016

Seperti yang dijanjikan tarikh tersebut tiba. Tarikh di mana Yusouf akan melamar Inara untuk menjadi yang halal buatnya. Berdebar hatinya untuk bertemu keluarga Inara.

" Assalamualaikum..."

" Waalaikumusalam, kak Meena sekeluarga..masuklah..kami dah menunggu.." Puan Maira iaitu ibu Inara sudah dikabarkan akan kehadiran keluarga Yusouf ke rumahnya untuk meminang anak gadisnya.

" Rasanya Afiq sekeluarga dah tahu kan tujuan kedatangan kami.." Encik Yasif memulakan bicara.

" Ya kami sekeluarga dah maklum tentang Yusouf dan Inara..jadi..kita nak bincang apa ni..tarikh tunang ke..tarikh nikah ke..." Ayah Inara menyambut perbincangan itu.

Inara dan Yusouf menunduk bagaikan menunggu hukuman mati sedangkan mereka menunggu tarikh bahagia mereka.

" Err ...mama..papa...Yusouf tak nak tunang..nak nikah terus..." muka comel dihadiahkan kepada papa dan mamanya.

Gelojoh betul Yusouf ni..tadi kemain kau menunduk ye..

" Yusouf serius ke ni..tak tanya Inara dulu ke..?" soal mamanya sambil mengusap rambut Yusouf. Yusouf merupakan anak tunggal menyebabkan dia dimanjai oleh papa dan mamanya.

" Inara ikut je keputusan umi abah..kalau tak tunang pun Inara okay aje..lagipun yang pentung akadnya.. kan.."

" Hmmm kalau dah tuan punya badan cakap macam tu umi dengan abah okay je..." Uminya tersenyum.

" So kita bincang tarikh akad nikah dengan majlis resepsi jelah ye.."

Yusouf dan Inara sama-sama tersenyum manis.

Doa mereka cuma satu, moga Allah memudahkan urusan mereka.

1 Januari 2017

Suasana di masjid tenang dan nyaman. Masjid Berlian itu akan menjadi tempat penyatuan dua hati.

Dan..

" Aku terima nikahnya Inara binti Afiq dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran dan seutas rantai tangan."

" Sah ?"

" Sah. Sah. "

Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri. Doa dibacakan Yusouf dengan penuh syahdu.

" Tunggu apa lagi Yusouf, sarungkan cincin tu ke jari Inara." Arah Puan Meena.

Yusouf menggapai tangan isterinya, wuishh sejuknya jari bini aku ni gementar eh sayang.. Cincin platinum bertatahkan sebutir berlian disarungkan ke jari manis Inara. Setelah itu, Inara menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Yusouf. Cahaya flash dari kamera memancar bagaikan kilat. Sibuk betul bergambar ! Mentanglah adegan cium tangan, hmm!

Yusouf mendaratkan tangannya di ubun ubun Inara lalu dibacakan selawat sebanyak tiga kali. Cantiknya isteri aku... Bagaikan bidadari...Allah berkati lah hubungan suci kami...

Dah selesai satu chapter dalam kisah aku dan Inara. Desis Yusouf

" Inara ! Dah siap ke belum sayang ?!"

" Ya ! Kejap umi ! Nak turun lah ni !"

" Cepatttt !" balas uminya.

Inara tergesa gesa turun dengan persalinan pengantinnya yang bertemakan putih.

" Sayang, you look so beautiful. Bertuah biy dapat sayang.." dikucupnya tangan isteri tercinta.

Klik! Momen indah tersebut sudah pun diabadikan oleh photographer yang tidak lepas mengambil gambar di setiap kesempatan yang ada.

" Hati-hati sayang..itulah pakai gaun panjang benor..kan dah susah nak jalan.." bebel Yusouf. Eh mamat sebelah ni baru dua hari jadi laki aku membebel pulak kau ye nasib sayang, hmm!

" Yelah kalau dah panjang lepas ni sayang tak pakai kain.." Mulutnya dimuncungkan tanda merajuk. Mana panjang pun ! Normal lah ni,hmm!

" Cadangan yang bagus sayang ! Mudah kerja biy." Usik Yusouf tanpa menghiraukan muka cemberut Inara.

" Huhh, tanak tawan dengan bibi pergi syane !"

" Alala comelnya isteri saya ni merajuk pulak tu..Kalau sayang tak nak kawan dengan biy, habis tu biy nak kawan dengan sape ? Kesian biy tau.."

" Padan muka. "

" Okayyy I'm sorry princess.. sayang princess biy nih." Pinggang Inara diraih, dikucup dahi Inara. Sungguh aku bahagia bersama wanita ini...

" Sayangggg biy ! Muah !"

" Eleh, dah kena pujuk baru nak sayang biy ye, baru nak muah biy.. Cutenya.. Geramnya kita dengan dia.. Macam nak picit picit je pipi sayang tu.."

" Jangan nak mengada. Habis makeup sayang nanti, ni majlis sekali seumur hidup tau!"

" Don't worry sayang, you're still beautiful even without makeup.. I love you the way you are.." Terkeluar sudah bicara romantisnya.

Inara tersenyum bahagia. Beruntungnya aku kerana mendapat lelaki bernama Yusouf ini... Terima kasih ya Allah.

" Jom sayang.."

" Jom. " Mereka melangkah masuk ke Hotel Erande yang riuh dengan tepukan tetamu yang sangat meriah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience