BAB 2

Drama Completed 440

“Joongki , kau puasa tak? Aku rasa kau mesti tak puasa. Bukti ada botol air
yang kau pegang.” Tuduh Ratu .

“Sedapnya mulut kau berkata-kata yang aku ni tak puasa. Mulut kau tu
puasa ke tidak?” soal Joongki semula. “Walaupun aku baru aje kenal Islam
tapi aku dah mula belajar puasa tau tahun lepas.”

“Dah aku tanya kau, kau jawab lambat sangat. Jadi aku jawablah sendiri.”
Kata Ratu lalu menyambung semula pembacaannya.

“Itu bukan alasan terbaik untuk membuat kau berkata-kata sedemikian.”
Kata Joongki dengan penuh tatatertib.

“Aku tahu kita ni ambil sastera kat sini tapi tak perlulah kau nak
bersastera dengan aku. guna ayat puitis kan lebih baik.” Pandangan
Ratu masih di buku.

“Disebabkan kau buat bakal suami kau berkecil hati, silalah belanja aku
berbuka puasa nanti.” Joongki menarik kerusi dan duduk depan Ratu . Ratu
menjeling tajam ke arah Joongki .

“Bakal suami?” dahi Ratu berkerut pula.

“Yelah! Bakal suami kau tahun depan.” Joongki tersenyum gembira.

“Tahun depan?” makin berkerut dahi Ratu . ‘Kalau tiap-tiap hari muka
aku berkerut macam ni, mesti aku jadi cepat tua. Tak boleh jadi ni.’

“Sebab kita tak habis belajar lagi. So, sabar okey. Kita kahwin tahun
depan. Aku akan masuk meminang nanti.” Joongki tersenyum lagi.

“Eh, siapa nak kan kau ni?” Ratu mula tidak puas hati. ‘Dia ingat aku
siapa? Boleh tempah-tempah untuk tahun depan pula.’

Ratu buat muka serius. Begitu juga dengan Joongki .

Lama mereka saling renung-merenung.

“Hello!!!” jerit Jayashanti . “Eh, diorang berdua ini berada dalam dunia
mana?” lagi sekali Jayashanti berkata hello.

“Malas nak layan kau!” tiba-tiba Ratu mengamuk. Dia mengemas
barang-barang miliknya.

“Jangan lupa belanja aku berbuka nanti!” kata Joongki . Dia yakin yang dia
sudah mendapat kemenangan dengan Game Renung-Merenung tadi.

“Tak nak!”

“Apa yang aku tahu, aku tuntut belanja tu.” Joongki tersenyum lagi.

“Tuntut? Aku tak pernah buat janji pun.”

“Suka hati!”

Ratu mengetap bibir menahan geram yang maha hebat. Dia terus berlalu
pergi tanpa mempedulikan Jayashanti dan Joongki .

“Macam ni ke nak jadi cikgu? Marah tak kena tempat! Rasanya UPSI ni
salah terima orang kot!” Joongki masih mahu menyakat Ratu .

Ratu yang semakn jauh dapat mendengar kata-kata pedas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience