Completed
440
Jayashanti pelik dengan sikap sahabatnya itu. Yelah tidak pernah-pernah
berkata kasar dengan Joongki .
“Kau ni kenapa?”
“Kenapa apa?” soal Ratu kembali. Mereka baru sahaja sudah makan.
Begitulah mereka berdua setiap hari Ramadhan. Jayashanti mesti akan makan
bersama Ratu .
“Bukankah Joongki itu mahu berubah jadi baik?” Jayashanti juga membalasnya
dengan persoalan.
Ratu tergamam. Bangsa lain lebih memahami berbanding bangsa sendiri.
Tiba-tiba Ratu terasa malu dengan dirinya.
Benar!Joongki mahu berubah tetapi perasaannya terhadap Joongki membuat Ratu
tidak mahu berbaik dengan Joongki .
“Lebih baik aku jauhkan diri dari Joongki ...”
Jayashanti hanya mampu gelengkan kepala sahaja.
Share this novel