Completed
440
Joongki termenung dalam bilik. Hanya dengan Ratu hatinya gembira. Dia
dapat melupakan segala keperitan dalam hatinya.
“Ibu...” betapa Joongki rindukan ibunya. Dia amat sayangkan ibu tetapi ibu
meninggalkan dia dan ayah demi lelaki yang lebih kaya. Betapa peritnya
hati ini menjalani kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu sejak dia
berusia 5 tahun.
Memang benar dia masih kecil ketika itu tetapi dia dapat memahami
perasaan ayah. Ayah kecewa dengan sikap Ibu. Kecewa tidak dapat
membentuk ibu dengan baik.
Hampir 15 tahun ayah mendidik Joongki supaya dekatkan diri dengan agama
tetapi Joongki terus leka dan leka.
Sejak bertemu dengan Ratu , kehidupan Joongki berubah. Dia mula belajar
berpuasa tahun lalu. Syukur kerana dia melakukan itu semua dengan hati
yang ikhlas. Sesungguhnya semua perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas
mendapat keberkatan Allah.
“Mohammad Syamir Joongki kini sedang termenung...” kawan bilik Joongki baru
pulang dari kampus.
“Kau ni Malik...” marah Joongki . Dia rasa terganggu dengan kata-kata tersebut.
“Aku gurau aje. Jom cari makan. Ada sejam lagi nak berbuka.” Ajak Malik.
“Hmmm, jom!”
Mereka berdua berjalan ke bazar Ramadhan dan dia terserempak dengan Ratu .
“Kau tu tak puasa. Tak payah la mengada-ngada nak beli.” Sindir Ratu .
“Aku puasa la.”
“Kau kan tak pernah puasa sebelum ni. Macam pelik kalau kau puasa.” Kata
Ratu .
“Ratu , kau jangan tuduh orang yang bukan-bukan. Dosa orang buat fitnah
lebih besar daripada dosa orang membunuh.” Amaran Joongki . Dia sedih sebab
Ratu selalu kata yang dia tidak berpuasa.
“Aku tak fitnah kau. Tapi memang betul kau tu tak puasa. Lagi pun dalam
kelas kau selalu diam. Entah-entah kau makan sesuatu kot.” Ratu terus
meninggalkan Joongki .
Joongki benar-benar terasa hati. Dia diam dalam kelas ada sebab. Dia suka
dengan kata seseorang.
“Orang yang bijaksana adalah orang yang menonjolkan sifat sederhana dan
bersikap diam.”
Kata-kata itu membuat Joongki lebih matang dan berfikir dulu sebelum
melakukan atau berkata sesuatu. Joongki cuba tidak mahu marah kerana dia
sayang pada Ratu .
“Sabarlah Joongki .” Nasihat Malik.
“Aku sabarlah ni, Malik. Demi cintaku yang suci.” Joongki tersenyum.
“Mulalah tu nak jiwang. Sudah-sudah kita kena cari makan ni.”
“Yes boss!!” kata Joongki . Senyumannya nampak berseri.
Share this novel