Completed
440
Ratu menutup pintu biliknya dengan kasar. Benci dengan Joongki . Dia
mencampak semua barang miliknya atas katil.
Dia benci dengan apa yang dirasai saat ini. Memang dia kalah. Entah
mengapa hatinya berdegup kencang saat merenung ke dalam mata Joongki .
Ada sesuatu tentang lelaki itu. Lelaki itu bagaikan menyembunyikan sesuatu yang amat sedih dan ia sudah cukup meruntun hatinya.
“Eh, jauh juga aku berfikir tentang Joongki .” Ratu mengeluh. Lelaki yang
dikenali sejak masuk ke Upsi itu kacukan Korea. Ibunya orang Korea dan
ayahnya orang tempatan sahaja. Selama Ratu berkawan dengan Joongki ,
lelaki itu tidak pernah cerita mengenai keluarganya.
“Ah! Kalau fikirkan Joongki , satu kerja tak siap. Esok ada Final test. Baik
aku baca buku.” Ratu menarik kerusinya lalu duduk. Dia membuka beg dan
mengeluarkan buku pelajaran lalu membacanya.
Share this novel