BAB 8

Drama Completed 440

Hari raya kunjung tiba.

“Mana Jayashanti ni? Sesat ke? Kata dah nak sampai. Tapi tak
sampai-sampai.” Risau Ratu . Rumah Ratu agak pedalaman. Mungkin
Jayashanti susah untuk datang ke sini tetapi Ratu dah lukiskan peta
paling mudah untuk sahabatnya itu.

Pit! Pit! Bunyi hon yang agak kuat.

“Mesti Jayashanti .” Ratu berlari ke luar rumah. Dia tersentap apabila
melihat pemandunya. Joongki !

“Tak nak jemput kami masuk ke?” Kata Jayashanti . Jayashanti datang bersama
Khan dan Joongki . Mereka bertiga tinggal di satu kawasan. Maka tidak susah
mahu ke rumah Ratu walaupun agak jauh.

“Masuk! masuk!” Ratu baru sedar. Joongki masih diam dan tidak bercakap.
Dari mula sampai sehingga mereka mahu pulang. Dengan ayah Ratu sahaja
dia bercakap.

‘Aku ni macam tak wujud.’

“Kau puasa tak?” soal Ratu dengan sengaja. Dia rindukan suara Joongki .

“Kan ni bulan Syawal. Mana boleh puasa.” Balas Joongki .

“Sajer tanya. Aku ingat kau mogok tak nak cakap dengan aku.” wajah
Ratu ditundukkan.

“Mana boleh aku tak cakap dengan orang yang aku suka. Lagi pun ayah aku
selalu cakap, tak baik berdendam dengan orang dan tak maafkan orang tu
selama tiga hari berturut-turut.” Kata Joongki .

‘Joongki masih sukakan aku walaupun aku dah hina dia? Marah dia...’ Ratu
terkesima.

“Kita jumpa sem depan. Aku harap masa tu kita boleh menjalani hidup yang
lebih bahagia.”kata Joongki sambil masuk ke dalam kereta.

Faham sudah Ratu dengan kata-kata itu. Walaupun mulut tidak berkata
cinta tapi hati masing-masing dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

“Harap puasa akan datang, lebih diberkati. Insya allah.” Ratu berdoa
dalam hati....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience