BAB 7

Spiritual Completed 1117

“Baiklah ayah, tunggu sebentar Riduan nak ambil wudhu dulu” jawab Riduan sambil pergi ke bilik mandi mengambil wudhu.

“Baiklah ayah tunggu,” kata ayah.

Usai makan malam bersama Riduan terus menuju ke biliknya untuk belajar, menyiapkan buku-buku pelajaran untuk esok, selepas itu dia pula menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu di sekolah tadi.

Disebabkan ada soalan yang kurang difahami, Riduan pun keluar dari biliknya dan bertanyakan soalan yang membuatkan otaknya buntu kepada ahli keluarganya.

“Ayah, ini maksudnya apa ya ? Riduan kurang faham.” Tanyanya kepada ayahnya sambil menunjukkan buku pelajaran bahasa Inggeris darjah empat kepada ayahnya.

“Owh ini, Riduan kena padankan nama tempat untuk setiap pekerjaan yang tertera dalam gambar ini. Contohnya yang ini gambar guru, padankan dengan gambar bangunan sekolah.” Jelas ayahnya.

“Owh, macam tu rupanya, barulah Riduan faham. Kalau receptionist di mana pula ayah? Tak pernah dengar pun sebelum ni?” tanyanya kepada ayahnya.

Owh, kalau receptionist maksudnya orang yang bertugas sebagai penyambut tetamu. Cuba fikir baik-baik, ada tak tempat atau pejabat yang ada penyambut tetamy?” soal ayahnya pula.

“Orang yang bertugas menerima tetamu, Apa ya?” tanyanya semula sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal cuba berfikir seketika.

“Cuba ingat semula, sewaktu kita sekeluarga ke Genting Highland kita mengeinap di mana?” tanya ayahnya semula.

“Oh iya, Riduan ingat h, di Hotel kan yah?” tanyanya kepada ayahnya

“Ya benar, receptionist itu tempatnya di Hotel“, jawab ayahnya

“Dan ada juga yang bekerja di pejabat.” Sambung ibunya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience