BAB 3

Spiritual Completed 1117

“Senang hati mak punya banyak impian dan cita-cita, semoga nanti dapat tercapai ya sayang cita-citanya. Jadi apa pun boleh, asalkan jangan dilupain Ayah dan Mak, abang, kakak, dan keluarga kita yang lain. Kalau Riduan sudah jadi nanti jangan sombong, ingat semuanya.

Jangan lupa juga Ibadah, Solat ya sayang, kerana apapun yang kita peroleh semuanya tidak terlepas dari kehendak-Nya.

Semuanya adalah milik-Nya, hanya titipan semata, kerana nanti di akhirat semuanya akan dipertanggungjawabkan, dari harta misalnya kalau Riduan punya kereta untuk bawa Ayah dan Mak jalan-jalan juga akan dipertanyakan nantinya, dari mana kereta itu didapatkan, bagaimana cara memperolehnya, apakah dibeli dengan wang yang halal,

apakah kereta nya dipakai kejalan yang benar atau jalan yang diredhai Allah, kemudian takhta, harta dan pangkat, bagaimana cara Riduan dapat jadi orang yang hebat, dapat pekerjaan yang gah,

bagaimana jabatan itu dilaksanakan, apakah diperoleh dengan tidak baik. Misalnya kalau mendapatkan pekerjaan itu pakai wang sogokan, pasti nanti akan dipertanggungjawabkan, kerana dosanya sangat besar. Apa nak jawab diakhirat nanti?”

“Owh bebegitu ya mak, kalau begitu jadi apa ya mak biar tidak melakukan kesalahan seperti yang tadi?” Tanya Riduan.

“Mak tidak melarang sayang, Riduan nak jadi apapun mak akan sentiasa sokong, yang pasti semuanya dari apa yang Riduan cita-citakan tadi pasti seiring dengan niat, jadi ustaz, jadi askar, jadi polis, pengusaha dan yang lainnya semuanya dapat punya kereta atau harta yang banyak, asalkan seperti yang mak bilang tadi harus sesuai dengan ajaran agama kita, harus benar dna jujur untuk semuanya, benar cara memperolehnya, benar cara memanfaatkannya, dan harus benar juga cara menjalankan semuanya. Agar nanti kita msudah mempertanggungjawabkan semuanya di Akhirat.” Jelas ibunya.

“Hmmm.. iya mak, nanti Riduan akan menjadi apa yang mak harapkan!”

“Owh ia ma, menurut mak Riduan bagusnya jadi apa Mak?”

“Hmmm, apa cita-cita kamu?” fikir Ibunya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience