BAB 2

Spiritual Completed 1117

“Tengah tengok berita sayang”. Jawab ibunya sambil memeluk anak bongsunya itu.

“Berita apa mak?” tanya Riduan

“Berita rasuah lagi sayang.” Jawab ibunya.

“Tak habis-habis lagi pasal rasuah, tidak hentinya rasuah di negara kita kan mak, ramai orang yang kena tangkap gara-gara rasuah, masih juga tak dijadikan iktibar.” Ujar Riduan.

“Nanti kalau kamu jadi orang tinggi atau pegawa kerajaan, jangan sama sekali melakukan korupsi. Tidak baik, buat rakyat merana saja.” Ucap ibunya.

“Ishh mak ni, takkan sama sekali takkanlah !” jawab Riduan.

Ibunya pun asyik dengan TV yang terus menayangkan berita-berita teraktual, berita rasuah pun menjadi berita yang paling viral dimasa itu, dengan Kolusi dan Nepotismenya.

Sedangkan Riduan asyik dengan buku cerita di tangannya yang diambilnya dari rak buku.

“Riduan, apa cita-cita kamu?” tanya ibunya

“Kalau boleh saya nak adi Ustaz mak, biar nanti dapat ngajari orang-orang mengaji, biar dapat ceramah di Masjid, biar dapat mengajak orang-orang solat ke Masjid mak.”

“Oh, nak jadi ustaz ya anak mak sorang ni! Bagus nak, semoga tercapai ya nak cita-citanya, biar dapat mendoakan ayah dan emak bila kami telah tiada, dapat juga bahagian kami di akhirat nanti dan dapatlah kita berkumpul semula di Jannag.

“Oh ya mak, Riduan juga mahu jadi tentera, jadi polis, juga jadi doktor. Eh banyak sebenarnya cita-cita Riduan ni mak. Tapi jangan risau, semua pekerjaan yang baik-baik mak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience