BAB 4

Spiritual Completed 1117

“Kalau pada mak, jadi cikgu pun okay”.

“Jadi cikgu? Seperti kawan mak, Hajah Kalsom tu ke?

“Iya sayang, mak juga dulunya teringin jadi guru, tapi sayang cita-cita mak tidak kesampaian.”

“Iya sayang, mak nak sangat jadi seorang guru, kerana setiap apa yang kita ajarkan kepada pelajar kita nantinya akan mengalir pahalanya kepada kita kalau pelajar kita mengamalkannya, apalagi ilmu yang mak ajarkan nantinya diajarkannya kepada adiknya, sama keluarganya, atau nantinya dia juga menjadi seorang guru, pasti dia juga akan mengajarkan Ilmu yang mak pernah ajarkan kepada muridnya. Pastinya banyak pahala yang akan mak tuai nanti di akhirat.”

“Hmmmm, jadi guru? Betul kan apa yang mak katakan tadi?

“Benar sayang, kerana kata nabi dalam Hadisnya “Apabila kematian telah tiba maka akan terputus amal ibadah anak Adam kecuali tiga perkara, pertama amal jariah, kedua Doa anak yang soleh, dan ketiga Ilmu yang bermanfaat.”

“Bermakna walaupun kita nanti sudah meninggal juga dapat dapat pahala ya ma?”

“Ia sayang. Misalnya yang pertama mak sudah meninggal, namun sebelum mak meninggal mak pernah bersedekah Jariah memberikan dua karung simen kepada pekerja yang akan memperbaiki jambatan, mak bilang kepada mereka ini saya ada membawa dua karung simen tolong dipakai untuk memperbaiki jambatan ini, kemudian mereka terima dan mereka pakai untuk memperbaiki jambatan yang mereka perbaiki tadi. Itulah nantinya yang menjadi sedekah Jariah mak yang InsyaAllah pahalanya akan mengalir kepada mak walaupun mak telah tiada selama jambatan itu masih digunakan orang makan ia akan sentiasa menjadi saham akhirat mak.”

“Kalau jambatan itu masih tetap dipakai berpuluh tahun mak? Apakah masih mengalir pahalanya sama mak ?”

“benar sayang, masih mengalir pahalanya, sebab itulah kalau ada bangunan yang dihasilkan dari sumbangan masyarakat sangat berat masyarakat itu merobohkan bangunan yang sudah lama dibangun dikerana kan kemungkinan ada orang tua mereka menginfakkan hartanya untuk pembangunan itu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience