BAB 5

Spiritual Completed 1117

“Tapi kenapa ya ma, sekarang senang betul orang merobohkan bangunan jika ada dapat dana dari kerajaan? tanya Riduan.

“Sebab itulah nak, orang-orang sudah tidak memikirkannya lagi, padahal dari bangunan lama itu kemungkinan orang tuanya yang telah tiada masih mengharapkan pahala dari sedekah Jariah yang pernah dia sedekahkan, malah tidak sensitive mengenai isu itu apa yang penting kita kena bergerak maju ke hadapan.”

“Iya mak, seperti Masjid kita itu mak, sudah diganti lantai jubinnya. Padahal Jubin yang lama masih saja bagus, kononnya yang lama dah buruk lebih baik pakai yang baru kata orang-orang masjid hasil dana kerajaan..”

“Yah bebegitu lah nak pemikiran orang-orang sekarang, setiap ada bangunan yang baru yang lama dilupakan, dengan alasan sudah tidak bagus lagi.” Jelas ibunya.

“Oh iya yang keduanya doa anak yang soleh, makanya mak mahu sekali anak mak semuanya jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Biar ayah dan mak sentiasa dapat pahala kalau sudah tiada nanti, doa kalianlah yang Ayah dan Mak harapkan, kerana ayah dan mak tidak dapat solat lagi, tidak dapat puasa, zakat, membaca Al-Qur’an, dan Ibadah lainnya. Hanya do’a kalianlah yang Ayah dan mak harapkan.” Harap ibunya.

“Iya mak, nanti Riduan akan doa kan Ayah dan mak setiap hari biar Ayah dan Mak bahagia di sana.” “Owh iya ma, yang ketiga Ilmu yang bermanfaat tadi ya ma?”

“Iya sayang.”

“Baiklah Riduan nak jadi guru mak, biar ilmu dan segala amalan yang Riduan ada dikongsi untuk mendidik anak bangsa. Doakan agar impian dan matlamat riduan ini tercapai mak!“

“InsyaAllah sayang, mak selalu mendoakan kesemua anak mak agar berjaya, abang-abang kamu, kakak kamu, biar jadi orang berjaya semuanya. Biar dapat bahagiakan orang tua, berguna pada Nusa dan Bangsa.” Kata ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience