Rate

2

Other Series 1914

"Finas. You dah siap ke? I nak shoot gambar you before rombong lelaki sampai." Suara lelaki di hadapan Arina terus bergema apabila matanya dialihkan kepada bakal pengantin.

"Ya. I dah siap. Come in Hariz." Arina mengundurkan badannya ke belakang memberi laluan kepada lelaki yang bernama Hariz itu untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Hariz memandang wajah Arina seketika sebelum melangkah masuk.

"Oh ya, Hariz. I nak kenalkan you dengan sepupu I." Syafinas mencapai tangan Arina mendekatinya. Arina terdorong ke depan akibat tarikan itu. Kuat juga sepupu aku ni. Badan je kecik, tenaga kuat betul.

"Hariz, this is Arina Xaviera, my cousin. Arina, ini Hariz Iyyad." Usai memperkenalkan keduanya, pandangan Hariz yang terhala kepada Syafinas kini berada pada wajah Arina.

"Oh ini ke Arina. Sepupu you yang you cakap jadi photographer for your family itu ya?" Soalan Hariz mengundang anggukan dari Syafinas.

Pintu bilik yang tidak ditutup itu diketuk sekali lagi. Ketiga-tiga orang mereka memalingkan muka ke arah pintu bilik itu. Terpampang wajah Wany di situ.

"Sorry kacau kak Syaf. Rina, dia orang panggil dekat pelamin. Nak minta snap gambar keluarga." Wany menyatakan tujuannya memanggil sepupunya itu. Mereka berjalan beriringan menuruni tangga ke arah pelamin yang terletak di ruang tamu banglo perkahwinan itu. Sempat mereka bersembang sedikit sementara menuju ke ruang tamu.

Setibanya di ruang tamu keadaan menjadi kecoh sebentar. Semua bertanya ke mana hilangnya gadis itu. Mengapa gadis itu tidak menyertai semua aktiviti keluarga. Arina hanya menjawab bahawa dia sibuk.

"Okay cepat in your position!" Arina menguatkan suaranya. Nak posing pun bisinglah kau orang ni. Keadaan yang bising itulah yang dia rindu sebenarnya. Bising tapi menenangkan. Ada sebab mengapa dia tiba-tiba menyembunyikan diri dari keluarganya. Biarlah masa yang mendedahkan sebabnya nanti.

"Rina! Cepatlah! Kami dah ready ni!" Ujar Ersyad, sepupu Arina, anak kepada Pakngahnya.

"Haha sorry! Okay, ready!? One, two, three." Gambar yang diambil disemak sesaat.

"Freestyle! One, two, three!" Sekali lagi gambar disemak. Setelah berpuas hati dengan gambar, Arina hanya membuat jari 'ok' kepada keluarganya.

"Rina! Jomlah ambil gambar sepupu semua. Lama tak bergambar sama-sama." Ujar Erman, adik kepada Ersyad menghentikan langkah Arina yang ingin menuju ke kawasan luar banglo.

"Okay, come Rina snapkan gambar." Arina sudah siap memgang kembali kamera yang disangkutkan di bahu kanannya tadi.

"Nope! This time, you must join." Kata-kata Aulia, anak kepada Paksunya, mengundang kebingungan Arina. Dahtu, siapa yang nak ambilkan gambar kalau semua masuk gambar. Makcik saudara, pakcik saudara semua dah sambung buat kerja masing-masing.

"Nak saya tolong tangkapkan gambar ke?" Satu suara garau datang dari belakang Arina menyebabkan gadis itu terkejut dan segera menoleh ke belakang. Hariz.

"B bo boleh ke?" Gagap Arina bertanya kepada Hariz membuatkan Hariz tergelak kecil. Entah kenapa dia tertarik untuk mendekati gadis ini. Macam ada sesuatu yang istimewa pada Arina dimatanya. Bila dilihat dalam mata gadis ini dia dapat melihat kesedihan yang dipendam membuatkan dia ingin mendekati gadis itu.

"Meh. Guna kamera awak." Arina menghulurkan kameranya kepada Hariz. Arina berlari anak ke arah sepupunya yang sudah ber'posing' di sekitar pelamin pengantin.

"Okay. Take your pose! One, two, three! Again, freestyle! One, two, three!" Hariz menyemak gambar yang diambil. Tanpa disedari matanya hanya terfokus kepada wajah Arina sahaja. Bibir Hariz spontan mengukir senyuman manis.

"Hariz. Terima kasih ye." Arina mengukir senyuman manis buat Hariz usai mengucapkan terima kasih. Haih Hariz nasib iman kau kuat, kalau tak, berterabur dah iman kau ni. Tak pasal pula nak kena kutip iman dekat wedding orang ni.

"I am a photographer. So, ya. No mention. Nah, kamera awak." Hariz menghulurkan kembali kamera itu kepada tuannya.

"Assalamualaikum! Maaf lambat, jalan jam tadi."

Arina yang baru sahaja hendak menyambut hulura kamera itu menoleh ke arah pintu masuk banglo. Bagaikan magnet, kepalanya terus bergerak pusing ke arah pintu. Memandang satu figura di belakang orang yang memberi salam tadi, jantung Arina bagai disambar petir. Nasib baik tak terlepas kamera di tangannya. Nasib baik Hariz masih memegang tali kamera itu. Kalau tak, semestinya kamera itu sudah 'wasalam' berkecai atas lantai marmar itu.

Figura manusia yang membuatkannya menjadi anti-sosial sampai begini sekali. Figura itu masib tidak perasan akan kehadiran Arina yang berada sedikit di penjuru pelamin.

"Arina. Awak okay tak?" Hariz terus bertanya soalan itu apabila melihatkan wajah gadis itu tiba-tiba pucat. Pegangan pada kamera pun terlepas, dengan muka pucat. Budak ni nampak hantu ke apa?

Arina menoleh memandang wajah Hariz yang memandangnya. Arina menggelengkan kepala. "Sa saya tak okay." Arina bersuara seakan berbisik. Hanya dia dan Hariz yang dengar. Hariz hanya diam memberiruang sedikit supaya Arina bertenang.

Arina menarik nafas dalam. Matanya dipejam. Suara hatinya berbisik menguatkannya. Kau kena kuat. Tunjuk dekat dia yang kau happy. Jangan lemah depan dia. Tunjukkan yang kau juga boleh bahagia walaupun tanpa dia. Kau boleh Arina. Arina membuka kembali matanya. Hariz di hadapan dipandang.

"Awak okay?" Soalan Hariz kali ini mengundang anggukan dari Arina. Dia mencapai kamera dari pegangan Hariz.

"Rombongan lelaki dah sampai dekat depan. Orang kat dalam sedia, ya. Ambil hantaran." Muncul Arfan, abang Aulia, di muka pintu utama banglo. Semua sepupu perempuan Arina kemudiannya menyambut dulang hantaran pihak lelaki dan menyusunnya di sebelah pelamin.

Arina dan Hariz mula bergerak untuk mengambil gambar dulang hantaran. Hariz ambil dari sisi yang lain dan Arina ambil dari sisi lain. Entah mana silapnya, bahu keduanya berlaga.

"Sorry."

"Sorry."

Serentak mereka bersuara. Terlepas tawa mereka apabila melihatkan perkara itu.

"Arina Xaviera."

Arina terus memusingkan wajahnya ke arah punca suara yang memanggilnya.

Damn it!

"Nak apa? Rina tengah sibuk ni." Arina menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi.

"Fiq nak cakap dengan Rina sekejap. Please."

"Rina tak nak cakap dengan Fiq. Rina banyak kerja." Arina tidak betah berdiri di situ lama-lama. Sakit mata. Sakit hati dengan lelaki itu.

Tangan Arina ditarik mengikuti langkah lelaki itu. Rontaan Arina tidak diendahkan. Akhirnya tangan Arina dilepaskan apabila tiba di halaman belakang banglo itu yang sedikit tersorok dari orang ramai.

"Zarhan Rafiq! Apa masalah Fiq ni!?" Suara Arina mula naik seoktaf.

"Fiq cuma nak bercakap dengan Rina sekejap. Susah sangat ke permintaan tu?" Rafiq masih merendahkan suaranya. Dia cuma ingin memberi penjelasan kepada gadis ini. Kenapa susah sangat?

"Fiq, Rina banyak lagi kerja nak buat and Rina tak ada mood nak dengar penjelasan Fiq. Just, not now, not here." Arina terus melangkah pergi dari Rafiq. Langkahnya terhenti apabila tangan Rafiq memegang lengannya dari belakang.

Arina menoleh ke belakang semula. Arina bingung apabila terlihat Hariz di belakang Rafiq.

"Bro. Let her go."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience