Rate

5

Other Series 1914

Gerabak roller coaster berhenti setelah lima minit. Hariz yang turun terlebih dahulu, berdiri di sebelah Arina yang masih belum turun dari gerabak. Arina bangun dari duduknya, namun akibat putaran 360 darjah ketika permainan tadi, dia menjadi tidak stabil dan terduduk kembali. Hariz yang melihat hal itu terus mendekati Arina.

"Awak, okay tak?" Hariz mula kelihatan risau. Arina memandang wajah Hariz yang risau itu dan tertawa kecil. Hariz mengerutkan dahinya. Dah kenapa tiba-tiba gelak pula ni?

"I'm a bit dizzy and I cannot stand up." Arina menyambung tawanya kembali. Hariz mula tersenyum kecil. Aku fikir kenapalah tadi. Buat suspen orang saja budak ini.

"Lah budak ni. Saya ingat awak dah kena sampuk setan tadi. Come, I help you." Hariz menghulurkan tangannya kepada Arina. Arina memerhati tangan itu lama.

"I'm not doing anything to you. Saya cuma nak tolong awak bangun. Orang lain pun nak naik juga." Hariz mula bersuara apabila Arina seakan-akan blur memerhati tangannya. Arina bagaikan baru tersedar terus memandang Hariz dengan senyuman sebelum menyambut huluran tangan itu.

Arina bangun dari duduknya. Entah di mana silapnya, dia terpijak kain dress labuhnya membuatkannya ingin tersungkur mencium lantai. Hariz terkejut, namun dengan pantas dia menahan pinggang Arina dari hadapan membuatkan posisi mereka seakan-akan Hariz memeluknya dari belakang.

"Ehem." Arina berdehem setelah beberapa saat tautan itu tak dilepaskan. Orang ramai di sekeliling mula memerhati mereka. Ada yang memerhati dengan senyuman dan ada juga dengan muka yang penuh kecaman.

Tautan pada pinggang Arina dileraikan dan keduanya menunduk ke bawah.

"Sorry." Sebaris perkataan keluar dari mulut Hariz.

"No. It's okay. Thanks sebab tolong saya." Usai membalas kata Hariz, Arina tersenyum kepada Hariz. Biasalah kalau dalam situasi macam tu mesti terkejut. Tak hairanlah kenapa Hariz dan Arina keduanya kaku. Lagipun, kalau Hariz tak menyambutnya tadi, wajiblah dia sudah ke hospital.

Bagi membuang rasa canggung antara kedua-dua mereka, Hariz mengajak Arina meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan menuju ke permainan seterusnya, Arina mengajak Hariz membeli aiskrim.

"Bagi aiskrim coklat dua. Terima kasih." Ujar Hariz kepada penjual aiskrim.

"Comel je akak tengok awak dua orang ni. Pandai awak pilih." Penjual aiskrim itu membuka bicara dengan Hariz. Hariz hanya tersenyum. Tak tahu nak jawab apa. Arina di sebelah dengan muka blur bergilir memandang Hariz dan juga penjual aiskrim tersebut.

"Muka pun dah nak sama. Memang berjodohlah kamu berdua ni. Sepadan sangat." Tambah si penjual itu lagi. Arina faham akan tajuk yang sedang dibincangkan penjual itu, namun dia ingin mendengar apa yang akan Hariz jawab.

"Terima kasih kak. Doakan kami berjodoh, ya." Hariz menoleh ke arah Arina yang membelek segalan jenis manisan di hadapan gerai. Dia dengar apa yang Hariz katakan. Nak kata tak suka, macam menipu pula. Siapa tak sukakan. Tambah-tambah bila yang bercakap itu Hariz. Dahlah handsome, kaya pun ya juga, kalau tak, takkan pakai kereta mercedez kan? Tapi kalau nak kata suka, tak adalah suka sangat. Di hatinya masih ada nama Rafiq. Tambah lagi, dia baru kenal Hariz tak sampai 24 jam kot. Kau gila nak suka lelaki dalam masa kurang 24 jam? Tapi, benda tak mustahil. Hariz juga nampak macam lelaki yang baik.

"Rina. Nah, awak punya." Hariz menghulurkan aiskrim tersebut kepada Arina. Mereka berdua berura ingin berlalu ke bangku yang disediakan di bawab satu pokok.

"Dik!" Arina yang sedikit di belakang Hariz menoleh ke arah penjual aiskrim itu.

"Ya kak." Arina mendekati penjual itu yang memanggilnya tadi.

"Adik jangan lama-lama tau. Akak tengok ramai yang perhati dia tadi masa korang berjalan. Lagipun, cara dia pandang awak, nampak sangat perasaan dia pada awak." Penjual itu hanya tersenyum pada Arina. Arina masih bingung dengan apa yang dikatakan. Merepek weh. Takkan nak suka orang yang kita tak kenal hati budi dia macam mana.

Arina memusingkan badan dan menuju ke arah Hariz. Dia mengambil tempat di sebelah Hariz.

"Habis makan ni, saya nak bawa awak main satu game." Ujar Hariz sambil meneruskan kunyahan kon aiskrimnya. Arina hanya mengangguk.

"Game apa?" Soalan Arina hanya dijawab dengan senyuman misteri dari Hariz.

"Rahsia."

Selesai menghabiskan aiskrim, Hariz terus bangun menuju ke suatu tempat seorang diri. Arina hanya membiarkan. Ke tandas kot. Takkan nak ikut masuk tandas pula kan.

Seketika kemudian Hariz kembali dan mengajak Arina mengekorinya.

Setibanya disatu kaunter permainan, dua keping tiket dihulurkan oleh Hariz. Arina pula masih terkebil-kebil. Hariz menarik lengan Arina yang berlapik membuatkan gadis itu kini di sebelahnya.

"Awak jalan sebelah saya tau." Arina hanya meng'ok'kan sahaja apa yang dikatakan oleh Hariz.

Seperti yang diminta Hariz, Arina berjalan di sebelahnya untuk masuk ke tempat permainan. Arina terkejut melihatkan yang mereka sedang menuju ke dalam rumah hantu. Tempat yang paling tidak digemarinya. Sepanjang jalan Arina menjerit. Di hujung jalan, mereka dikejutkan dengan figura penanggal yang tiba-tiba muncul. Arina menjerit sekuat hati sebelum memeluk Hariz dan menangis. Hariz membawa Arina keluar dari situ apabila melihat Arina sudah terlalu ketakutan.

Di luar rumah hantu, Arina masih lagi menangis dalam pelukan Hariz.

"Rina. Janganlah menangis. Saya minta maaf, saya tak tahu sampai tahap tu awak takut. Saya janji ni last. Lepas ni kita balik." Hariz memujuk Arina. Tangisan Arina makin reda. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala memandang Hariz yang sedikit tinggi darinya. Segera dia menjarakkan dirinya apabila dia tersedar keadaan dia dan Hariz yang terlalu dekat. Berbakul dia memarahi dirinya kerana terpeluk Hariz tadi. Tapi, itu spontan. Dia terlalu takut dengan penanggal taguna itu tadi. Aduh Arina, kenapa kau kena peluk Hariz? Jerit je cukuplah. Adui.

"Sorry." Hariz berkata dengan wajah kesalnya. Dia tak tahu sampai tahap itu Arina takut kepada rumah hantu itu.

Arina hanya mengangguk.

"Saya hantar awak balik. Tapi kita singgah satu tempat sekejap. I promise it will take a short time." Hariz memandang mata Arina meminta pengesahan. Arina memandang jam ditangan. Pukul enam petang. Erm, bolehlah.

"Okay. Tapi, sekejap je kan?" Giliran Hariz mengangguk mengiyakan kata-kata Arina.

Mereka berdua melangkah ke kereta Hariz sebelum kereta itu laju meninggalkan kawasan taman tema. Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya diam membiarkan dj radio membingitkan suasana.

Tiba di satu kawasan lereng bukit, Hariz memberhentikan kereta.

"Awak. Dah sampai. Jom turun." Hariz menokeh ke arah Arina sebelum berlalu turun dari kereta. Selang beberapa saat, Arina keluar dari perut kereta. Enjin kereta yang tak dimatikan memancarkan cahaya ke hujung lereng bukit. Arina mendekati Hariz yang sudah duduk di lereng bukit.

"Kita buat apa dekat sini?" Tanya Arina kepada Hariz sebelum melabuhkan punggung di sebelah Hariz.

"Tengok depan." Hariz berkata sambil matanya dipakukan ke hadapan. Arina mengikut arahan Hariz. Satu pemandangan bandar yang indah menyergah pandangan mata Arina.

"Saya harap ni dapat tenangkan awak daripada masalah awak. Kalau boleh saya nak awak luahkan apa yang awak rasa. Kalau rasa nak menangis, menangislah sepuasnya sekarang. Kalau rasa nak menjerit, jerit sekuat hati. Saya nak awak legakan hati awak. Saya nampak awak senyum hari ni, tapi hakikatnya hati awak masih menangis sebab Rafiq." Ujar Hariz tanpa memandang wajah Arina. Memang niatnya membawa Arina ke sini untuk menenangkan hati gadis itu. Bukan mahu Arina mengingat kembali hal siang tadi, namun dia yakin dengan cara ini Arina mampu melegakan diri.

Usai Hariz berbicara, Arina mula menangis dan meraung sekuatnya. Airmata meluncur laju dari mata Arina, menggambarkan betapa sesaknya dada gadis itu dengan perasaan yang dipendam. Perkara inilah yang telah menukarkannya menjadi seorang gadis anti-social.

Setelah beberapa ketika, tangisan Arina mula reda. Hariz memandang Arina yang sudah berhenti menangis.

"Anything to share?" Tanya Hariz kepada gadis itu. Arina hanya menggeleng. Dia faham, mungkin Arina tidak selesa untuk bercerita dengannya. Lagipun, mereka kenal kurang 24 jam.

"Jom. Saya hantar awak balik. Dah malam ni. Nanti saya explain dekat parents awak." Hariz berbicara sebelum bangun dan menghulurkan tangan kepada Arina membantu gadis itu bangun.

Kereta mewah itu laju membelah jalan menuju ke kawasan bandar yang sedikit sesak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience