Rate

1

Other Series 1914

"Rina. Mama nak minta tolong Rina, boleh." Lembut Datin Zainab berbicara kepada anak gadisnya yang baru bangun dari tidur itu. Nak minta tolong kenalah cakap elok-elok. Cakap kasar nanti mahunya dia tak nak tolong. Tambah pula baru bangun tidurkan. Anaknya pula seorang yang jenis kalau dikatakan tidak maka tidaklah jawapannya.

"Emm. Mama nak minta tolong apa?" Arina berubah ke posisi duduk sambil menggosok matanya yang masih lagi mengantuk. Kacaulah mama ni. Orang nak enjoy weekend pun tak boleh. Dahlah semalam tidur lewat, berjaga study nak SPM ni.

"Boleh tak Rina jadi photographer untuk wedding sepupu Rina, kak Syaf." Datin Zainab sudah mengambil tempat di sebelah anak gadisnya itu.

"Kenapa Rina? Family kak Syaf kan kaya, takkan tak upah profesional punya photographer kot?" Arina sebolehnya malas ingin membantu. Bukan nak jadi anti-sosial dengan kaum keluarga tapi, dia cuma ingin menghabiskan masanya seorang diri di rumah. Time for me, myself and I, gitew.

"Katanya tak ada. Alah kalau ada pun, Rina jadi ajelah. Untuk family sahaja. Please, sayang." Datin Zainab tidak mahu menghampakan harapan abangnya iaitu ayah kepada Syafinas. Abangnya mengharapkan kehadiran gadis itu kerana selalunya jika ada hari berkumpul untuk keluarga, gadis itu tidak ikut. Malas katanya. Jadi, dia mahu gadis itu turut serta hari ini. Datin Zainab pun tipulah anaknya supaya gadis itu akan turut serta hari ini. Bohong sunat.

"Erm. Ya, sekejap. Rina mandi bersiap semua." Usai berbicara, Arina segera menonong menuju masuk ke dalam tandas. Kerana mama, aku relakan juga. Huhuhu, goodbye my sleep.

Datin Zainab melakar senyuman yang sangat lebar kepada anaknya. Akhirnya, nak juga dia ikut ke majlis macam ni. Mak mana yang okay bila anaknya dicop anti-sosial. Datin Zainab berdiri dan melangkah ke walk-in closet milik anaknya.

Usai mandi, dia keluar dari tandas menuju ke walk-in closet miliknya. Mama ni bagitahu last minute. Aku ni baju pun tak gosok lagi. Setibanya di dalam walk-in closet itu, terdapat satu dress yang siap digosok, digantung di tepi tempat baju. Arina memegang dress itu. Sudah lama dia tidak memakai dress yang pernah dibelinya dulu.

"Rina! Mama dah gosokkan baju Rina! Rina pakai yang itu ye sayang!" Suara Datin Zainab bergema dari ruangan dapur yang terletak di tingkat satu banglo tiga tingkat itu.

"Okay, Ma!" Jerit Arina membalas kepada Datin Zainab. Dress labuh berlengan panjang dengan corak bunga itu dicapai dan disarungkan. Rambut panjang blonde miliknya dibiarkan lepas. Rambutnya itu asli tapi selalu disalah anggap oleh orang lain. Dia sendiri tidak tahu asal usul rambutnya itu. Mungkin kerana dia ada kacukan Sepanyol.

Usai menempek bedak nipis di wajah, lip tint berwarna merah jambu asli dioles sedikit dibibir. Nak make-up tebal-tebal bukan hobinya. Arina jenis yang sempoi dan tidak suka make-up.
Akhir sekali, Arina menilik dirinya di cermin walk-in closetnya.

Perfecto.

Arina mencapai kamera Canon EOS 60D yang sedia tersimpan di satu tempat khas di dalam walk-in closetnya. Arina baru sahaja mula berkerja sambilan sebagai jurugambar bersama seorang kawannya. Tapi, dia masih amatur dan perlukan latihan yang lebih lagi. Setiap kalau dia berkunjung ke majlis orang, dia akan berlatih untuk mengambil gambar dengan lebih cantik. Jadi, wajarlah dia dan kamera memang tidak dapat dipisahkan.

Arina menuruni tangga rumah dengan tali yang bersambung dengan kamera yang disangkutkan di bahu kanannya. Kasut wedges putihnya disarungkan. Usai mengunci pintu rumah, Arina berlalu ke kereta Mazda 3 merah Datin Zainab. Kereta itu memecut laju menuju ke Damansara di mana majlis berlangsung.

"Ma, papa mana? Kakak dengan abang pun pergi mana?" Arina memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Papa pergi wedding kawan dia dekat Brunei. Kakak dengan abang ada urgent meeting dekat Singapura." Jujur Datin Zainab kepada si anak. "Oh, ya. Mama lupa nak bagitahu. Rina jadi photographer sekali dengan Wany, ya. You snap the pictures, she record the videos." Bicara Datin Zainab dengan mata yang masih lagi fokus pada pemanduan.

Arina hanya mengangguk. Wany adalah sepupunya yang sebaya dengan dia. Mereka sangat rapat, tapi memandangkan Arina dah lama menyembunyikan diri, mereka sudah lama tak berjumpa.

Keadaan kembali senyap di dalam kereta, hanya kedengaran suara dj di radio berceloteh. Arina menyadarkan kepalanya dan tak lama kemudian dia terlelap. Datin Zainab menoleh ke arah Arina. Haih, Arina dan tidur memang tak dapat dipisahkan.

Tidur Arina terganggu apabila Datin Zainab memanggil namanya berulang kali. Mata perlahan dibuka. Aik, macam mana aku boleh ada dalam kereta ni? Oh, ya. Aku kena jadi photographer tak diiktiraf. Fine!

Kasut tumit tinggi disarungkan, takkan nak pakai selipar jepun pula datang majlis macam ni, ya tak. Buatnya terjumpa jodoh ke, kan dah jatuh saham amanah negara tu. Beg Canon EOS 60D dicapai di hujung kaki dan disangkut di bahu kiri, tas tangan disangkutkan di bahu kanan.

"Rina pergi masuk bilik kak Syaf dulu, letak beg, get the camera ready. Mama nak pergi tengok bahagian pintu masuk sekejap." Bicara Datin Zainab membuatkan kepala Arina terangguk-angguk seperti burung belatuk. Silap haribulan boleh tercabut kepalanya kerana banyak sangat angguk.

Kaki melangkah menuju ke arah bilik dandanan yang menempatkan sepupunya itu. Pintu diketuk sebelum tombol pintu dipulas perlahan.

"Assalamualaikum." Ucap Arina seraya menyuakan kepala di dalam bilik tersebut. Kehadiran Arina mengukir senyuman di bibir bakal pengantin.

"Rina! Akak ingat Rina tak datang. Akak risau gila takut Rina tak datang." Hanya suara teruja kedengaran. Kepala dan badannya tak dapat dipusingkan akibat sedang disolek.

"Mestilah Rina datang. Sepupu Rina kahwin kot." Arina mendekati sepupunya seraya menarik tangan kanan si bakal pengantin untuk bersalaman.

"Akak, katanya tak ada cameraman. Betul ke?" Arina bertanya sambil tangan lincah mengeluarkan lens kameranya dan dipasangkan kepada badan camera. Speedlite dicapai dan dihububgkan juga kepada badan kameranya. Akhir sekali, bateri kamera dimasukkan.

"Bukan tak ada. Ada tu memang ada. Tapi kalau guna khidmat dia orang kan nanti gambar tu lambat dapat. Lagipun mesti dia pilih-pilih gambar nanti. Ni akak minta tolong Rina dengan Wany untuk shoot family moment." Terang Syafinas panjang lebar. Arina meng'o'kan sahaja apa yang dikatakan sepupunya itu.

Pintu bilik pengantin perempuan itu diketuk dari luar membuatkan Arina, Syafinas dan juga jurusolek menoleh ke arah pintu.

Arina memandang ke arah Syafinas. Syafinas mengangguk meminta Arina membuka pintu bilik tersebut.

Arina memulas tombol pintu bilik tersebut. Terpampang satu wajah yang jejaka asing di mata Arina. Lelaki itu memegang kamera, jurugambarlah ni. Takkan tukang masak pulakan.

Bagai ada tarikan magnet, lama mata Arina memandang wajah jejaka itu, begitu juga lama mata lelaki itu menilik wajah Arina.

"Ehem ehem!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience