Rate

4

Other Series 1914

"Correction Tengku Qayla Naura. You used to be my girlfriend. Not anymore. I'm busy. Got to go." Hariz segera mematikan talian. Masa aku jadi boyfriend kau, kau buat aku macam tunggul kayu tepi jalan tu. Sekarang, sibuk nak mengaku aku girlfriend kau. Boleh jalanlah perempuan.

Hariz mengeluh. Walaupun dia sudah memutuskan hubungan, barulah Qayla kula mencarinya. Di mana gadis itu di saat dia memerlukan gadis itu dulu.

Hariz memusingkan kepalanya, meregangkan otot di tengkuk. Penat bhai seharian kerja. Tapi memang dah itulah kerja jurugambar. Apa boleh buat?

Hariz menangkap susuk tubuh dua orang yang sedikit terlindung di sebalik pokok ceri di halaman banglo itu. Hanya si lelaki yang kelihatan, seorang lagi terselindung disebalik pokok. Suaranya tak jelas kedengaran tapi dengar sedikit ton suara yang meninggi. Gaduhlah tu. Kepala dipusingkan ke hadapan kembali. Selang beberapa saat, kepalanya dipusingkan kembali ke arah dua orang itu.

Eh sekejap. Itu Rafiq, jadi depan tu mesti Arina. Perlahan Hariz mula bergerak ke arah dua figura itu. Ya, memang Arina dan gadis itu sedang menangis. Hariz mengekalkan jarak. Nak juga dia tahu apa yang terjadi kepada dua orang ini.

"Rina, please. Dengar Fiq explain." Mohon Rafiq dengan nada suara merayu.

"No! Now you listen!" Nada suara Arina yang sudah naik seoktaf membuatkan Rafiq terdiam.

"Rina percayakan Fiq tau. Tiga tahun Rina letak sepenuh kepercayaan kepada Fiq. You've promised me to stay loyal, Fiq. Sekarang, entah perempuan mana datang dekat Rina, serang Rina, cakap Fiq boyfriend dia. Siap tunjuk gambar Fiq dengan dia. You tell me what should I respond when I see my boyfriend intimately holding other girl." Sengaja ditekan perkataan intimately dalam apa yang dikatakan. Airmata masih lebat keluar dari mata Arina.

"Fiq. Fiq. Fiq just --" Kata-katanya dipotong oleh Arina. Mata Rafiq mula terhala ke bawah. Tidak sanggup Arina yang terus menangis kerananya.

"Fiq apa!? You look at me, Fiq. I am crying like this everyday for nearly one year. Where were you? Fiq pindah US tanpa sebarang kata, than you come home, searching for me. Mana perempuan yang Fiq selalu post dekat insta tu? Dah arwah? Nak Rina sedekahkan al-Fatihah dekat dia?" Selesai Arina berkata demikian, tangan Rafiq laju menampar pipi kiri Arina. Rafiq seolah-olah tidak menyedari perbuatannya. Namun, dia mula tersedar apabila Hariz hadir disebelah Arina.

"Rina. Sorry, Fiq. Fiq tak sengaja. Rina." Baru sahaja Rafiq berjalan menghampiri Arina. Dadanya ditahan dengan tangan Hariz.

"Rina. Jom, saya bawa awak tenangkan diri. Nanti saya hantar awak balik rumah." Arina hanya mengangguk dan berlalu mencari tas tangannya di dalam banglo.

Hariz memandang Rafiq yang sedari tadi ditahannya. "Aku tak faham dengan kau bro. Perempuan sebaik Arina tu kau duakan. Mana mata kau sampai kau tak nampak kebaikan dia. Mana otak kau sampai kau curang dengan dia. She deserve someone way more better than you. I tell you this, i'll make her mine. For me, she is perfect enough." Hariz baru sahaja ingin beredar, bahunya ditahan.

"Best man win." Sinis senyuman Rafiq sebelum berlalu masuk ke dalam banglo.

Rafiq berselisih dengan Arina yang baru ingin keluar dari pintu banglo itu.

"Rina. Kamu nak pergi mana?" Kedengaran suara Datin Zainab di belakang gadis itu.

Arina diam malas ingin menjawab. Tak lama kemudian Datin Zainab kelihatan betul-betul di belakang Arina. Rafiq hanya memandang Arina yang sedang memakai kasut. Ketat wajah gadis itu. Masih marahkannya.

"Eh Zarhan. Kamu ke mana tadi? Aunty cari kamu." Datin Zainab menegur Rafiq setelah perasan akan kehadiran lelaki itu di sebelah Arina. Fokus sangat pada anak gadisnya, orang di sekeliling pun tidak perasan. Mana taknya, ditanya hendak keluar ke mana, tidak dijawab. Ditanya keluar dengan siapa, jawapannya hanyalah 'hmm'. Jawapan jenis apakah itu.

"Hehe. Saya ada je aunty. Berbincang dengan kawan tadi, pasal masalah kita orang. Tapi, itulah. Kawan saya tak nak dengar penjelasan saya." Dipandang Arina yang masih memakai kasut tumit tingginya. Tersentak Arina seketika sebelum kembali menyambung lilitan di kakinya. Kenapalah aku pakai kasut ni? Sumpah menyusahkan.

"Ouh ya ke. Sabarlah Han. Ni, aunty nak kenalkan dengan anak aunty. Rina--" Kata-kata Datin Zainab dicantas Arina.

"Pergi dulu ma." Arina menyalam tangan Datin Zainab dan dengan pantas tangan cuba ditarik. Namun, Datin Zainab tetap menggenggam erat tangannya menahannya dari pergi.

"Zarhan, ini Arina. Rina ini--" Sekali lagi, tanpa sempat Datin Zainab habis berbicara, katanya dipotong.

"Ma, Rina dah lambat and Rina tak berminat nak berkenalan dengan lelaki macam ni." Arina terus bergerak ke arah Hariz yang sudah berada di pintu kereta Mercedez Benz S-Class Coupe kelabunya.

"ARINA XAVIERA!" Suara Datin Zainab yang susah naik seoktaf itu dibiar berlalu bak angin. Sorry mama. Rina cuma nak tenangkan diri sekejap je. Sekejap lagi Rina balik rumah.

Masuk sahaja ke dalam kereta Hariz, Arina menyandarkan kepalanya di tingkap kereta. Mata terpejam dan airmata kembali mengalir. Hariz menoleh ke arah Arina sekilas sebelum menyambung pemanduannya. Biarlah Arina tenang seketika. 

Setelah 30 minit perjalanan, Hariz memarkirkan keretanya. Arina yang sedang tidur dipandang seketika sebelum dikejut lembut.

"Rina. Awak, kita dah sampai." Lengan Arina yang berlapik disentuh lembut. Perlahan mata gadis itu mula terbuka. Kepalanya diangkat dari bersandar, kawasan sekeliling diperhatikan. Membulat mata Arina sebelum bibir mengukir senyuman lebar kepada Hariz.

"Theme park!" Bersinar mata Arina saat menyebutkan nama tempat di mana mereka berdua berada pada saat ini.

"Come. Let's have some fun." Usai berkata demikian, kedua-dua mereka keluar dari perut kereta. Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk taman tema itu.

"Hariz. Jom main tu." Arina menunjukkan ke arah roller coaster yang terdapat di situ. Hariz memandang ke tempat yang ditunjukkan.

"Are you sure?" Soalan Hariz dibalas dengan anggukan ceria Arina. Mereka berdua melangkah ke arah permainan itu dan beratur menunggu giliran. Selepas seketika, tiba giliran mereka. Mereka melangkah ke tempat duduk mereka. Seorang pekerja membantu Arina memakai penghadang keselamatan selepas selesai membantu Hariz. Mata Hariz memandang wajah Arina yang ceria. Tersenyum Hariz melihatkan Arina tersenyum gembira sebegitu.

"Hariz." Panggilan Arina pada dirinya menyedarkannya kembali.

"Ya saya." Balas Hariz. Kantoi perhati anak dara orang. Padan muka aku.

Tanpa sempat Arina ingin membuka mulut. Seorang pekerja memberitahu mereka bahawa gerabak roller coaster itu akan bergerak dalam beberapa saat. Tumpuan Arina dan Hariz kini menghala ke hadapan. Lima minit mereka bergembira di atas roller coaster itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience