Rate

3

Other Series 1914

Rafiq menoleh ke arah suara Hariz di belakangnya. Tangan Arina masih tidak dilepaskan.

"Mind your own business bro." Rafiq bertindak menarik tangan Arina mengikuti langkahnya. Setapak Rafiq melangkah, terasa Arina masih statik di tempatnya.

"Rina." Sebaris nama itu meluncur laju dari mulut Rafiq.

"Aku tak rasa dia nak ikut kau. Kalau dia nak ikut sekalipun, aku tak benarkan." Lancar tutur Hariz seraya menggenggam kemas tangan kiri Arina yang tidak dipegang Rafiq.

Arina hanya membatu di tengah-tengah kedua jejaka itu. Aih, dah kenapa berebut aku pula tiba-tiba ni. Tapi, macam seronok pula tengok drama ni. Nak tengok apa nak jadi lepas ni.

Rafiq mendekati Hariz.

"Sekarang ni, kau tu siapa? Apa hak kau ke atas Arina?" Soal Rafiq seolah-olah mencabar Hariz. Hariz terdiam. Kalau dijawab tipu sekejap lagi, risau Arina tidak selesa.

Rahang keduanya sudah bergerak-gerak. Arina mengeluh dalam diam. Kalau aku biar ni, ada yang end up bertumbuk dekat belakang ni sekejap lagi.

Arina yang kaku sedari tadi bergerak ke tengah-tengah ruang antara Hariz dan Rafiq.

"Eh sudahlah. Macam budak-budaklah kau orang ni." Dia memandang wajah kedua jejaka itu. Rafiq, ya, hatinya masih ada pada lelaki itu. Hariz, dia baru mengenali lelaki itu tak sampai 3 jam namun, dia dapat merasakan bahawa lelaki itu berhati baik dan ada sesuatu pada Hariz yang membuatkan dia ingin terus memandang wajah lelaki itu.

"Awak tanya apa hak Hariz ke atas saya?" Jari telunjuk Arina berada tepat di dada Rafiq seolah-olah menunjuk ke dalam diri Rafiq.

"What if I say that he is your replacement. My boyfriend." Arina memandang wajah Hariz yang jelas terkejut dengan penyataan yang keluar dari mulut gadis itu. Arina mengenyitkan sebelah matanya meminta Hariz faham mengapa dia bertindak demikian. Hariz hanya tersenyum sedikit. Ditoleh pula ke arah Rafiq yang jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan itu.

"Liar! Our business is not done yet, Arina Qirana." Rafiq terus mengangkat kakinya meninggalkan kedua manusia itu tanpa menoleh.

Arina menoleh kembali kepada Hariz disebelahnya.

"Err sorry sebab guna nama awak tadi. Saya cuma nak lari dari dia." Terang Arina sambil mengusap lengannya. Memang itulah tabiat Arina apabila dia malu.

"Eh, tak apa, saya faham and it is a pleasure for me to help such a nice girl like you." Hariz tersenyum manis ke arah Arina. Hatinya benar tertarik kepada gadis ini. Gadis ini tidak sama dengan semua perempuan yang pernah dikenalinya sebelum ini.

Memerah muka Arina apabila Hariz berkata sebegitu kepadanya.

"Saya masuk dulu." Arina segera berlalu ke dalam. Hariz geli hati melihat telatah Arina. Malu latew.

Hariz berlalu ke dalam banglo mewah itu menyambung kembali kerjanya. Mahal-mahal Syafinas membayarnya, takkan nak duduk melepak di luar banglo pula kan.

Dari gambar akad nikah sehinggalah kepada semua detik ceria para tetamu, semuanya dirakamkan di dalam kamera milik Hariz. Arina? Gadis itu juga sibuk merakamkan kenangan indah kaum keluarganya. Entah mengapa, gembira hati melihat senyuman gadis itu. Dia yakin bahawa gadis itu sedang menyorokkan seribu satu kesedihan. Jelas terpancar dimatanya ketika dia memandang kepada Rafiq pagi tadi.

Selepas kejadian pagi tadi, Hariz terus menuju ke bilik pengantin dan berjumpa dengan Syafinas. Habis dikorek tentang peribadi Rafiq. Dari situlah dia mengenali nama lelaki itu. Sempat juga dikorek tentang latar belakang Arina. Dan ternyata Rafiq tiada langsung pertalian darah dengan Arina. Rafiq ialah sepupu Syafinas sebelah ibu dan Arina sepupu Syafinas sebelah bapanya. Melalui Syafinas jugalah, baru dia tahu bahawa Arina baru berusia 17 tahun. Maknanya hanya 6 tahun muda darinya yang berusia 23 tahun ini.

"Hei awak. Termenung jauh nampak?" Arina mengambil tempat di hadapannya yang sedang duduk berehat di taman mini banglo itu. Mereka menjadi sedikit rapat dari pagi tadi gara-gara banyak bekerja bersama dan dek kerana peristiwa pagi tadi. Malah, Hariz sendiri yang cuba merapatkan diri dengan Arina.

Hariz memandang wajah Arina dan satu senyuman terukir di bibirnya. "Tak adalah. Mana ada termenung. Saja nak berehat sekejap. Lagipun majlis dah habis, saya pun nak gerak balik dah. Esok ada wedding dekat Ampang pula." Arina sekadar menganggukkan kepala dan meng'o'kan sahaja.

"Nak ikut?" Soalan yang keluar dari mulut Hariz membuatkan mata Arina membulat memandang Hariz.

"Boleh ke!?" Arina mula teruja. Dia memang teringin sangat nak buat job sebagai photographer, tapi dia takut.

Hariz senyum manis sebelum mengangguk kepada Arina.

"Hah!"

"Buat apa tu!?"

"Dating eh!?"

Hariz dan Arina segera menoleh apabila terkejut tiba-tiba disergah dari belakang. Muncul wajah tiga orang sepupu Arina termasuk si pengantin. Erman, Syafinas dan juga Wany. Syafinas sudah memandang Hariz dengan pandangan 'dah pandai kacau sepupu I sekarang'.

"Eh kau orang ni. Tahu tak fitnah tu dosa lagi besar dari membunuh. Daripada fitnah, baik bunuh je Rina dengan Hariz terus." Kenyataan yang keluar dari mulut Arina membuatkan keempat-empat orang di sekelilingnya itu ketawa lucu. Dia juga ikut ketawa apabila mereka mula ketawa.

Dalam diam Hariz memandang wajah Arina. Haih, Hariz kau dah gila ke. Arina ni baru 17 tahun. Still too young. Mengenangkan hal itu, wajah Hariz mula berubah.

Ketiga-tiga sepupu Arina mula meminta diri ingin mengemas apa yang patut. Syafinas pula ingin membersihkan diri memandangkan lagi satu jam mereka perlu keluar dari banglo tersebut.

"Hariz. Hariz." Arina mencuit sedikit lengan Hariz yang berlapik baju. Kenapa pula muka berubah ni? Tadi okay je gelak-gelak dengan aku.

Hariz baru tersedar dari lamunannya. Baru sahaja dia ingin membuka bicara kepada Arina, telefonnya di atas meja bergetar menandakan ada panggilan masuk.

"Erm saya masuk dululah. Nak tolong kemas. Nanti nak balik bagitahu tau." Ujar Arina sebelum bangun dan melangkah masuk ke banglo itu.

Hariz menjawab panggilan dengan perasaan yang dah bercampur macam nasi goreng. Ikon hijau diseret ke tepi.

"Yes Qayla. What is it this time?" Soal Hariz acuh tak acuh kepada si pemanggil.

"Tengku Hariz Iyyad. You ada dekat mana? Kenapa I call you dari pagi you tak jawab. One more thing, who's that girl? In your instagram post." Suara gadis yang bernama Qayla itu kedengaran bingit di telinga Hariz. Eh semaklah kau perempuan! Kau nenek aku ke nak soal macam-macam. Heh.

"Tak, yang you nak soal I macam mak I ni dah kenapa? Who are you to question me so many things? It's my life, biarlah I nak buat apa or berkawan dengan siapa pun. Just who are you?" Hariz mula bengang dengan Qayla. Suaranya juga sudah berubah keras dan tegas namun masih cuba dikawal. Nanti orang fikir dia gila pulakan.

"Hariz! I am your girlfriend!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience