BAB 1

Horror & Thriller Completed 877

Pada satu petang yang suram.

Bumi basah dek hujan renyai-renyai.

Empat orang pemuda melangkah berhati-hati ke dalam hutan.

Tujuan mereka adalah ingin mencari daun herba dan akar-akar kayu. Apa sahaja khazanah berharga yang di jumpai di hutan boleh menampung pendapatan.

Hassan, bakal bertunangan lagi dua bulan. Meding pula ingin mengumpul duit untuk berhijrah ke bandar. Ghani dan Zulfekar hanya ingin mencari pendapatan tambahan.

Zulfekar yang tahu selok belok hutan selalu memburu haiwan liar di situ. Malahan licik melepaskan diri dari di buru Perhilitan. Hutan dara inilah lubuk rezeki mereka.

Sejak kecil mereka sudah biasa masuk ke hutan simpan ini. Yang juga tidak jauh dari perkampungan mereka.

“Orang kata kalau hujan senja-senja petanda tak baik Zulfekar ” Hassan yang sedikit boroi merungut-rungut kerana tanah yang basah menyukarkan dia melangkah.

Sudah berapa kali dia tergelincir. Meding dan Ghani di hadapan hanya mendiamkan diri.

Sesekali mereka menepuk tampar nyamuk yang berdengungan.

“Hujan ni dari pagi lagi. Kalau tangguh lagi, bila lagi nak masuk. Lusa aku dah sibuk.” Sahut Zulfekar di hadapan. Kakinya tangkas melangkah. Hassan hanya mendiamkan diri. Permukaan bumi yang basah menjadikan jalan kecil laluan hutan sangat menyukarkan.

“Kalau hujan makin lebat macam mana?” Ghani menyambung. Gusar juga rasa hatinya dengan keadaan tidak selesa seperti ini. Hutan yang mereka teroka ini bukan calang-calang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience