BAB 6

Horror & Thriller Completed 877

Hassan meracau-racau. Sudah puas jururawat cuba menenangkannya. Ketua kampung yang sudah ada sedari tadi datang menghampiri. Hassan membuka mata. Mulutnya membebel tak tentu biji butir. Matanya melingas ke sana sini.

“Hassan, ini aku Tok Ketua. Apa yang dah jadi ni?.” Tok ketua memegang bahu Hassan. Perlahan Hassan merenung tok ketua.

“Tokkk! Tokkk!! Tolong saya takut…” Pantas Hassan memeluk Tok Ketua. Beberapa orang kampung yang berada di bilik itu sabar menunggu. Semua mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Dah, tak ada apa-apa, Ghani, Meding semua dah jumpa. Mereka selamat…” Pujuk Tok Ketua.

“Zu…Zulfekar r??” Hassan terketar-ketar.

“Hurm, Mayat Zulfekar kami jumpa dalam gaung. Pagi tadi kami dah sempurnakan..” “I..itu yang saya takut Tok.. Uuu..lattt Kelibir nak makan dia dulu.. Dia pilih Zulfekar dulu, lepas tu mungkin saya..” Hassan mengetap bibir.. Mukanya bertambah pucat.

“Apa kamu merepek ni Hassan. Zulfekar maut sebab tergelincir dalam gaung… Mana ada kena makan.. Merepek apa kamu ni. Cuba cerita apa dah jadi?”

“Be..tul Tok.. Ulat..kelibir….hiiii…” Hassan macam orang tak siuman. Dia menggaru-garu kepala yang tak gatal. Sekejap ketawa, sekejap menangis.

“Ulat kelibir ngang ngang ngang, ulat kelibir ngang ngang ngang…” suara malam itu bergema di pendengaran Hassan. Dia ketakutan lalu terkencing dalam seluar. “Tidakkkkkk!!!” Lantas lelaki itu menyorok di balik selimut. Orang kampung dan Tok ketua menggeleng kepala.

“Macam tu la jugak Ghani dan Meding Tok, balik-balik meracau ulat kelibir..” Kata salah seorang anak buah Tok ketua.

“Ulat kelibir itukan maksudnya cuping telinga. Apa yang dah jadi pada diorang ni?” Tok Ketua memicit-micit kepala.

“Itulah Tok, orang kata jangan sembarangan menjerat binatang liar dalam hutan tu. Kadang kala ada ‘tuannya’. Sekarang ni agaknya mereka pula yang kena jerat..” Utar salah seorang orang kampung. Mereka mengeluh sebelum masing-masing beransur pulang…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience