BAB 4

Horror & Thriller Completed 877

Malam yang meribut makin larut. Hujan belum ada tanda-tanda berhenti. Obor api di luar sudah terpadam dengan sendirinya.

Gelap gelita. Keempat-empat sahabat itu sudah tidur nyenyak dalam satu barisan. Bunyi dengkuran mereka silih berganti.

Tiba-tiba terdengar bunyi derap langkah kaki makin menghampiri pondok. Langkah kaki itu berbunyi berat. Derapan menyeret itu memecah keheningan malam.

“Kreeekkk!!” pintu pondok terbuka perlahan. Kemudian seretan derap kaki kedengaran langkah demi langkah di hadapan mereka berempat. Mata Hassan terbuka. Sayup-sayup dia mendengar bunyi tapak kaki itu menghampiri. Kini makin merapati hujung kaki. Dadanya berdebar. Peluh jantan mula menitis di dahi. Dia pura-pura tidur.

“Heh… heee… berapa…?” Terdengar suara garau itu berbisik dengan kekehan kecil. Kini derap langkah itu berada di atas kepala mereka. Derap itu berhenti betul-betul di atas kepala Hassan. Telinga Hassan terasa dicuit dengan jari yang sangat sejuk.

“Ulat kelibir ngang…” seretan kaki itu melangkah selangkah lagi. Kini dia berdiri di atas kepala Ghani. Telinga Ghani dicuit.

“Ulat kelibir ngang ngang…” seretan kaki berbunyi semula berserta kekehan kecil. Kini dia di hadapan kepala Zulfekar.

“Ulat kelibir ngang ngang ngang…” giliran telinga Zulfekar pula yang di cuit. Hassan yang mendengar segala-galanya sudah menggigil ketakutan. Dia yang pura-pura tidur berharap rakan-rakannya akan terjaga. Dia sudah kecut perut, tidak berani membuka mata.

Kini derap langkah ini berhenti di atas kepala Meding.

“Ulat kelibir ngang ngang ngang ngang…. Heheh..heee… empat ulat kelibir..” Seretan kaki itu berhenti, kini hanya dengusan nafas makhluk itu jelas kedengaran.

“Empat ulat kelibir. Mana satu yang aku mahu makan dahulu ya? Hehe.. Ulat kelibir ngang badannya gemuk. Banyak isi, boleh tahan simpan berhari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience