BAB 2

Horror & Thriller Completed 877

“Tak mungkinlah, hujan dah turun dari pagi, kejap lagi reda lah..” Gumam Zulfekar bosan dengan rengekan kawan-kawannya.

Sesekali parang di tangan melibas ke rimbun pepohon yang menghalang laluan.

“Dah nak masuk maghrib, boleh bakar obor..” Arah Zulfekar. Sebentar kemudian dua batang kayu obor menjulang api. Menerangi jalan denai yang mereka terokai.

“Kau betul ke nak buat jalan baru?” Meding mengintai Zulfekar dari belakang.

“Iyalah barulah boleh dapat banyak hasil. Kau jangan risau kawasan ni aku penah masuk. Patut kita cepat sikit ni. Nanti dah malam sangat tak nampak jalan. Malam ni kita tidur tepi sungai.” Zulfekar membuang rokok di bibir.

Sepenuh tenaga melibas pohon renek untuk membuat denai.

Dari kejauhan bunyi air sudah kedengaran menandakan mereka tidak jauh dari sungai. Asal sahaja mengikut bunyi air mereka tak akan sesat.

Api dari unggun menjulang tinggi. Ghani dan Meding menambah kayu api. Nasib baik mereka membawa gasoline, jika tidak payah juga mahu bakar kayu yang basah.

“Malam ni kita tidur awal sikit, subuh-subuh kita dah boleh gerak.” Zulfekar sibuk mengasah kayu tajam perangkap haiwan liar.

Rokok sentiasa tersisip di bibir bagi menghalau nyamuk. Ghani dan Hassan sudah mengunyah bekalan yang mereka bawa dari rumah. Meding yang keding sudah di dalam khemah berselubung kesejukkan.

Malam itu bulan mengambang terang. Rintik hujang makin melebat. Angin bertiup kencang, dedaunan dan ranting berterbangan.

Deru angin mengundang ribut. Keempat-empat sahabat itu sudah tidur nyenyak sebelum bunyi patahan ranting kayu mengejutkan mereka. Meding yang terpisat-pisat menggosok mata memandang sekeliling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience