BAB 5

Horror & Thriller Completed 877

hari…hehehehehe….” Suara itu mendesir dengan kekehan yang menyeramkan. Hassan sudah terkencing dalam seluar.

“Ulat kelibir ngang ngang ngang ngang kurus sangat. Banyak tulang.. boleh buat sup! hihihihihihiiiii!.” Kekehan itu makin nyaring. Hassan sudah telan air liur.

“Ulat kelibir ngang ngang badannya busuk! Boleh cuci di sungai dulu baru dipotong-potong…hhihihiii” Terdengar bunyi kegesekan dua tapak tangan. Bunyi nafas makhluk itu makin mendekat. Hassan yang menggigil cuba membuka sedikit mata. Gelap gelita, dia tidak nampak apa-apa. Hanya bunyi rengusan rakus yang jelas kedengaran..

“Ulat kelibir ngang ngang ngang…” Telinga Hassan terasa di cuit lagi. Hassan yang terkaku makin pucat. “Ulat kelibir ngang ngang ngang” Telinga Ghani pula dicuit..

Kini giliran Zulfekar. “A..ku.. suka yang nombor tiga… Ulat kelibir ngang ngang ngang ni aku nak makan duluuu…Hihihihi….”

Kali ini Hassan nekad bangun dan lari. Dia terperanjat bila Ghani, Zulfekar, dan Meding serentak bangun. Rupa-rupanya mereka juga sudah terjaga. Menghambur keluar empat sahabat itu dari pondok. Ada yang meluru keluar dari pintu.

Ada yang melompat dari tingkap. Hassan tidak peduli lagi akan rakan-rakannya. Dia terus berlari tak cukup tanah, tanpa arah tujuan. Pokok-pokok dan dedaunan semuanya dia rempuh. Dia tidak peduli apa lagi selain menyelamatkan diri. Dia sangat ketakutan. Entah berapa kali dia terkencing dalam seluar..

Pagi itu orang kampung kecoh apabila menemui Hassan pengsan di tepi jalan bersebelahan hutan. Tubuh badan dan pakaiannya habis koyak rabak kerana merempuh pokok-pokok hutan.

Kakinya yang tak berkasut luka-luka tercucuk duri.. Keadaannya sangat lemah. Penduduk kampung membawa dia ke hospital. Pagi itu satu kumpulan orang kampung melakukan gerakkan mencari lagi tiga orang rakan-rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience