prolog

Family Series 2799

" Assalamualaikum, kak. "

Bunyi pintu ditutup kedengaran. tapi Hidayah masih termenung. Gadis muda itu jadi serba salah untuk menegur. Dia menarik nafas panjang².

" Assalamualaikum, kak." Hidayah terkejut. Dan melepaskan keluhan yang berat.
" Waalaikummussalam. kenapa Lina? " Dia mematikan telefonnya dan di letakkan di dalam laci.
" sehari suntuk ni akak kat bilik. akak ada problem ka? "
" akak tak sedap badan ja."
" kenapa akak tak cuti je? tenangkan pikiran."
" tenangkan pikiran? saya nampak macam tak tenang ehh?." Hidayah cuba membuat lawak.
" tak lah. nampak macam akak xfokus beberapa hari ni. Ambil lah cuti, saya boleh handle seorang² ni butik."
" nantilah akak pikirkan ya. kalau ada orang cari akak. cakap akak busy." Lina mengangguk dan keluar dari bilik bosnya itu.

' kenapa, wa? kenapa kau buat aku begini.' monolognya dalam hati. Air matanya juga jatuh berderai. Dia cuba untuk tenangkan hati, tapi tak berjaya. air matanya terus jatuh tanpa dipinta. kekecewaan terhadap sahabat yang paling dipercayai telah sirna.

Walaupun hanya Fac, tapi ini soal kepercayaan yang telah dikhianati. Hancur punah hatinya. ' Aku minta maaf, wa. Aku tak bole percaya kau lagi." Dia terus menangis.
Persahabatan yang hampir mencecah 10 tahun itu telah membuatkan hidayah kecewa. Dia cuba tenangkan pikiran. Telefon yang diletakkan di laci di ambil dan di hidupkan.

" Assalamualaikum, kak. "
" walaikummussalam, dik."
" akak busy ka?"
" Taklah. "
" kak..." dia kehilangan kata². hidayah menangis sebelum dia meluahkan kepada Kakaknya Humairah.
" sayang, kenapa ni? jangan buat akak takut." Humairah mula panik.
" Tak da, kak. Dayah cuma nak jumpa akak."
" tunggu akak. biar akak yang ambil dayah."

Hidayah kalah dengan perasaanya sendiri. Inilah adalah luka yang paling dalam untuknya. Hidayah melap sisa air mata dengan tisu.

" Assalamualaikum, lina. " Lina menjawab salam kakak majikannya itu. " Mana hidayah? "
" akak hidayah kat bilik dia. " Humairah mengucapkan terima kasih selepas itu dia berjalan ke belakang untuk mencari Hidayah.

Wajah sungul Adiknya itu kelihatan. Hidayah cuba untuk bersikap biasa. Dia memberikan senyuman manis tapi pada pandangan Humairah senyuman itu sangat pahit. Humairah menarik tangan adiknya. Dan berpesan kepada Lina untuk menjaga butik adiknya itu.

Di dalam kereta hidayah hanya termenung. Humairah memberikan ruang untuk hidayah.

" dayah nak order apa? "
" apa² ja."
" jus tembikai 2, mee goreng campur 2." Humairah mengucapkan terima Kasih kepada pelayan itu. Dia memerhati wajah muram adiknya.
" ada apa² nak cakap dengan akak?." Hidayah cuma mengelengkan kepala.
" okay." dia akur dengan sikap adiknya itu.

" akak.." Hidayah memeluk kakaknya dengan erat. serta merta air mata keluar dengan derasnya. Humairah membiarkan adiknya tenang dulu.
" kenapa, dayah?"
" wawa, kak."
" kenapa dengan dia?"
" dia khianat kepercayaan yang dayah beri kepada dia. Dayah tak tahu nak buat apa sekarang. Dayah rasa seperti diperbodohi oleh orang yang Dayah percaya."
" apa yang wawa buat, dayah."
" Dia tipu dayah, kak. dayah rasa macam bodoh sangat.. Dayah tak tahu nak buat apa."
" Dayah tenang dulu. Jom kita balik, dik. kejap ye. akak inform kat Lina tutup butik awal ya." Hidayah cuma mengangguk. Rasanya sangat mencucuk² di hati. Sesampai di rumah hidayah masuk ke biliknya.

" Dayah, makan. Abang Amir dah pulang ni." Humairah mengetuk pintu bilik hidayah. perlahan² pintu di buka, kelihatan wajah hidayah tak muram lagi.
" mana abang, kak?"
" ada kat meja makan tu. korang makan lah dulu. akak nak masuk bilik dulu."
" akak tak join sekali?"
" taklah. akak still kenyang." Humairah menghadiahkan senyuman kepada Hidayah.

" pukul berapa abang pulang?"
" baru ja. Jom makan."

nasi di pingan hanya di pandang kosong. Amir pelik dengan kelakuan Adiknya itu.
" kenapa ni?"
" lepas makan dayah cerita ye." hidayah terus makan tanpa berkata apa².

" abang nak minum apa?"
" macam biasa." Hidayah memberikan secawan kopi kepada adiknya itu. dia memandang wajah itu.
" janganlah pandang dayah macam tu."
" kenapa ni? macam ada masalah ja." Hidayah menceritakan apa yang jadi kepada abangnya.
" dayah, inilah petunjuk dari doa² dayah."
" Tapi...."
" dayah pernah doa nak sahabat yang sejati tak? " Hidayah mengangguk. " Itu maknanya dia nak tunjukkan pada dayah siapa sahabat sejati dayah. faham?"
" faham, bang. terima kasih." Hidayah memberikan senyuman kepada abangnya. dia terus masuk ke bilik..

' perlukah aku pi bercuti untuk tenangkan hati aku ni.' monolognya dalam hati. setelah puas berpikir dia keluar dari bilik dan menuju ke bilik humairah.

" maaf ganggu." Hidayah tersengih.
" tak pa. masuklah."
" Hidayah ingat nak ambil cuti lah. nak cari fresh air."
" Hidayah nak gi mana?"
" belum plan lagi. akak rasa mana tempat yang sesuai untuk dayah nak release tension."
" nanti akak bagi list. Dayah pilih lepas tu akak urus pasal tiket and everything." Hidayah memeluk kakaknya itu. Dia terlalu sayangkan Kakaknya.
" Selamat malam, kak. sweet dream." Dia keluar dari bilik kakaknya itu dan terus menuju kebiliknya untuk berehat.

" Boleh Abang masuk, mai."
" Boleh."
" apa hidayah cakap dengan Mai?"
" Dia nak bercuti tenangkan pikiran."
" ouh. sampai bila Mai nak benci abang."
" kalau abang nak cakap pasal ni, saya tak nak dengar. Baik abang keluar."
" Abang cuma nak tahu. Depan dayah Mai boleh tipu. Tapi pandangan mata Mai pada abang tak pernah menipu."
" Saya tak nak cakap pasal benda ni."
" Abang minta maaf kalau perbuatan abang dulu buat Mai bencikan abang." Amir berlalu keluar. Amir sebenarnya adalah suami kepada Humairah. Mereka di kahwinkan tanpa persetujuan dari Humairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience