bab 5

Family Series 2799

" kak, Lina macam mana?" Tanya hidayah. Selama dua hari dia di hospital dia mula teringat akan pekerjanya itu.
" Akak pun try call, tapi tak berjawab. Bila dayah keluar?"
" Hari ni, petang." jawabnya pendek.
" esok kita pulang kampung ya." Kata Amir perlahan. Hidayah hanya akur, lagipun lama dia tidak berjumpa ayahnya itu.

Mereka bertiga keluar dari hospital. Amir yang terkejut melihat naim ada di sana terus ditegur. Hidayah di suruh duduk di kerusi.
" Apa kau buat kat sini, bro?" kata Amir.
" Allah, amir. Aku ambil ubat mak aku." Kata naim, dia melihat di bangku sana ada isteri dan adik amir.
" kau buat apa kat sini?"
" aku bawa adik aku." kata amir.
" kenapa? Dia sakit?" Amir pelik.
" dia cuma kurang rehat." kata amir. Naim hanya mengangguk dan terus berjalan ke farmasi.

' kenapa hati aku berdebar saat melihat dia, aku suka dia ka? Ya Allah aku tak layak untuk dia. Moga kita berjumpa d syurga nanti.' doanya dalam hati.

Pagi² mereka balik ke kampung mereka. Hidayah hanya berdiam diri. Dia fokus dengan telefonnya. Banyak tempahan di buat. ' mana awak lina?' sudah 5 hari gadis muda itu tidak pergi ke kerja. Di telefon tapi tidak berjawab.
" mana ayah, mak?" tanya hidayah setelah bersalaman.
" kat dalam bilik." jawab mak timah dingin.
Hidayah terus masuk ke dalam bilik. Dia kesian melihat keadaan ayahnya itu.
" ayah sihat?" kata dayah perlahan. Pak amit hanya mengangguk.
" Dayah nak minta maaf pada ayah."
" kenapa tiba² ni?"
" saja. Maafkan semua kesalahan dayah ya."
" ayah dah maafkan dayah sejak dulu. Ayah faham kenapa dayah tak nak pulang." hidayah memeluk ayahnya itu. ' dayah sayang ayah.'

" bini kamu ni bila nak mengandung? Kalau kamu dengar cakap mak kahwin dengan azlina dulu. Tentu kamu dah ada anak." sinis mak timah berkata.
" belum ada rezeki lagi, mak." jawab amir pendek. Tangan humairah dipegang agar isterinya kuat.
" mairah, kamu dah beritahu dayah?"
" dah, mak." kata humairah.
" mak, saya tak nak kahwin dengan azlan tu?" kata hidayah tiba².
" ada aku kesah." kata mak timah.
" mak tu cuma mak tiri saya saja. So, mak tak berhak nak atur kehidupan kami. Jaga ayah pun mak acuh tak acuh." kata hidayah berani.
" kau jangan nak kurang ajar dengan aku." Mak timah cuba nak tampar hidayah tapi di halang oleh amir.
" kenapa ayah boleh sakit? Kenapa tak bawa ke hospital. Atau mak dah racun ayah saya." kata hidayah lagi.
" hidayah.." humairah cuba menegur adik iparnya itu.
" kak, kalau kita asyik nak ikut cakap mak, sampai mati pun tak habis."
" biadap kau." Mak timah menolak badan hidayah sehingga hidayah terjatuh.
" saya nak bawa ayah pergi hospital." hidayah masih lagi terduduk.
" kau jangan nak masuk campur."
" dia ayah aku. Ambulan dah dalam perjalanan nak ke sini." kata hidayah. Mak timah hanya merengus kasar.

Setibanya di hospital doktor telah mensahkan pak amit telah di racun. Mak timah hilang serta merta. Setelah itu ayah mereka telah meninggal dunia.

" ayah tunggu dayah ya." kata² terakhir hidayah buat pak amit.
" mak timah dah kena tangkap." kata amir. Kalau nak diikutkan marahnya ini nak saja dia tumbuk wajah wanita tua itu.
" syukurlah."
Setelah seminggu mereka di kampung, mereka pulang ke rumah mereka. Malam itu hidayah terus masuk ke bilik kerana terlalu penat.
Dia melihat sepi ubat di sebelahnya itu. ' pedulilah. ' katanya dalam hati. Dia terus tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience