bab 4

Family Series 2799

Hidayah termenung panjang malam itu. Berpikir siapa kenapa bekas tunang Lina menganggu mereka. Untuk ke sekian kalinya dia mengeluh.
" Boleh abang ganggu dayah?" Kata Amir lembut.
" Boleh." Dayah membalas pendek.
" sejak dayah pulang ni, dayah asyik mengeluh dan mengelamun ja."
" Entahlah, bang. Banyak yang dayah pikir. Sampai otak pun tak boleh tampung dah." Dayah memicit kepalanya perlahan.
" Dayah jangan over thinking sangat ya. By the way minggu depan mak suruh kita pulang." Kata Amir perlahan, dia tahu adiknya tak suka sebut pasal balik kampung.
" Boleh tak Dayah tak pi." Dayah menatap mata abangnya itu meminta kesian.
" Dayah jangan lupa pada Ayah, dia tengah sakit tu. Dosa tau buat begitu." Amir memberikan nasihat.
" Dayah tak boleh nak hadap mak tu, Dayah tak sanggup." Air matanya mula bertakung.
" Dayah jangan nangis okay. Kita lawat ayah ja, lepas tu abang sendiri akan bawa dayah pulang." Amir cuba memberikan hidayah sedikit idea.
" okaylah. Dayah nak masuk tidur dulu, esok nak kerja." Pamitnya sopan. Dia menyalam Amir dan terus masuk ke dalam rumah.

" Dayah nak tidur?" Humairah menegur dayah tiba².
" iya, kak. Cari abang ka? Abang kat balkoni tu." Dayah menyalam humairah dan terus masuk ke bilik.

" Bang, jom minum." Humairah menegur suaminya yang sedang termenung itu.
" Jomlah." Amir bangun dan berjalan beriringan isteri kesayangannya itu.
" Sayang dah sedia nak jumpa mak." Amir bertanya kepada humairah. Nampak muka isterinya tu hanya tenang.
" Entahlah, bang. Saya pun tak tahu. Kita redha ja la apa yang jadi." Amir hanya mengangguk faham, dia pun faham perasaan isterinya itu.

Pagi itu dia membuka butiknya awal, Sarapan pun tidak sempat dia makan. ' Bismillah. Permudahkan segalanya Allah.' dia hanya berdoa sebelum keluar dari rumah. Moga dia lebih kuat dari semalam.
Dia hanya duduk di kaunter memandang Lina ambil cuti hari ni. Dia mahu bertanya tapi takut pula di kata jaga tepi kain orang lain.
" Assalamualaikum, cik."
" Waalaikummussalam. Nak cari apa?" Dayah melayan sopan wanita berumur itu.
" Saya nak cari jubah untuk anak saya." sopan wanita itu berkata.
" lelaki ka perempuan?" Dayah bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah koleksi jubah² di butiknya.
" Lelaki, nak." Dayah menunjukkan jubah untuk lelaki kepada wanita itu.
" Puan cari dulu ya. Nanti dah siap cari puan panggil saya." Dayah memberikan senyuman manis.
Setelah lama memilih wanita itu memanggil dayah dan menunjukkan jubah berwarna hitam.
" Ada saiz lain ka? "
" Saiz kecil atau lebih besar."
" Anak saya tu tinggi, jubah ni macam pendek."
" kejap ya. Saya cari di belakang."
Setelah lama mencari dia mendapat satu helai jubah hitam yang sesuai untuk pelanggannya. Sempat dia mengambil sehelai instant shawl untuk diberi sebagai hadiah.
" Semuanya 80 ringgit, puan."
" cik, saya tak order shawl ni?"
" setiap pembelian saya akan bagi free shawl. " Setelah selesai berurus niaga, wanita itu mengucapkan terima kasih.

Bunyi deringan telefon menganggu dayah. ' siapa pula call aku ni?' Dayah mengambil telefon pintarnya dan menjawab.
" kenapa?" Tanyanya selepas menjawab salam.
" jom lah kita pi makan, aku belanja." Wawa mengajak dayah. Tapi hati dayah masih lagi tawar.
" Aku tengah busy ni, kalau jadi aku adalah tu nanti." katanya dan terus mematikan panggilan.
" Maafkan aku, wa. Bagi aku masa." Dia meraup wajahnya perlahan dan terus fokus melihat stok shawlnya.

Tidak sedar masa berlalu, waktu petang mula menjelma. Dayah masih mengira stok² dikedainya dan memasukkan ke dalam fac dan instagram. Rasa ngantuknya mula menguasai diri. Makan pun dia belum lagi.
Dayah keluar dari butiknya untuk mencari makanan untuk di jadikan alas perut. Mungkin hari ni dia akan pulang lambat. Dia mahu menyiapkan order pelanggannya itu untuk di pos esok.

" Dayah tak pulang lagi?" Teguran itu mengejutkan dayah.
" Ya Allah. Abang rupanya. Kejap lagi dayah balik ya. Abang pulang la dulu." Dayah mengurut dadanya perlahan.
" Kaka mai awak tu suruh abang tengok dayah kat sini. Takut dayah tertidur. Dayah lama ka lagi?"
" tak lama dah. Dayah nak taruh kat belakang dulu ni bungkusan." Dayah mengangkat semua bungkusan itu ke belakang.

Setelah selesai semuanya dayah membawa abangnya itu pulang. Mereka mengunakan kereta masing².

" Lepas ni jangan lupa keluar makan." Humairah berpesan. Hidayah hanya mengangguk.

Hidayah masih dengan telefon di tangannya. ' mana kau ni lina?' Dia mula risau akan keadaan Lina.
" kenapa ni?" Amir bertanya.
" Lina ni saya call tak pandai jawab² dari tadi pagi." Dayah mula resah.
" esok kalau dia tak ke butik baru kita cari dia kat rumah." Humairah memberikan cadangan. Hidayah memegang kepalanya tiba² berdenyut sakit.
" Kenapa ni dayah?" Tanya Amir perihatin.
" Saya okay ja. Nanti saya makan ubat panadol ja." Kepalanya berdenyut² lagi.
" pergilah check kat hospital."
" InsyaAllah, esok saya pergi." Hidayah sambung makan lagi.

Hidayah merasakan sakit kepalanya kali ini lebih dari biasanya. Dia membawa tidur tapi tidak berjaya kerana rasanya sangat berdenyut². ' pukul berapa ni? ' dia melihat jam telefonya menunjukkan pukul 3 pagi. Dayah cuba bangun tapi sakit kepalanya masih terasa.

" Dayah.. Dayah.. Bangun." humairah membangunkan hidayah.
" Kak, sakit.." Hidayah terus tidak sedarkan diri. Humairah mula panik.

Mereka membawa hidayah ke hospital. Selepas sejam tidak sedarkan diri, dia mula sedar sakit kepalanya sudah beransur pulih.
" nurse, mana kakak dan abang saya?"
" mereka dah pulang, nanti cik boleh call keluarga. Nanti kalau cik dah ok, doktor nak jumpa." kata nurse dan dia pergi tempat ke arah lain.

" doktor, ada apa?"
" jemput duduk dulu." Hidayah duduk.
" Saya ada benda penting nak beritahu awak ni?"
" Apa?" setelah mendengar berita itu air matanya jatuh serta merta.
" Doktor, tolong jangan beritahu siapa² termasuk keluarga saya."
" Awak bawa bersabar." Hidayah meminta diri untuk keluar.
" Allah..." Mimpi itu mengejutkan naim dari tidurnya. Jantungnya berdegup kencang hatinya rasa tak sedap.
Dia bangun untuk berQiamulail. Setelah selesai solat dia membaca AlQuran. Baru hatinya rasa tenang.
" Assalamualaikum, umi." sapa naim sopan.
" Waalaikummussalam, naim. Sarapan jom." Naim menurut, dia duduk di kerusi dan membacakan doa makan.
" naim ada masalah ka? Muka naim nampak macam kusut ja." kata uminya.
" Entahlah. Naim rasa tak sedap hati lah." Uminya hanya mengangguk tanda faham. Mereka makan tanpa banyak bunyi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience