bab 6

Family Series 2799

Pagi itu hidayah dikejutkan dengan deringan telefon.
" hello."
" kalau kau nak lina ni selamat kau datang ke sini?" hidayah terus terbangun.
" kau nak apa?"
" aku nak duit, tapi kau jangan beritahu siapa² termasuk polis." hidayah terkejut. Dia menyediakan duit 5 ribu dan membawa sedikit peralatan. Dia hanya mengirim sms kepada abangnya untuk menelefon polis.

Hidayah memberikan duit itu kepada lelaki itu. " kau lepaskan lina."
" kau ingat sesenang itu." kata lelaki itu dan menolak hidayah sampai terjatuh.
Hidayah sempat membuang pisau kepada lina.
" kau kena mati dulu." hidayah terkejut. Belum sempat dia mengambil pisau itu dia terus ditikam oleh lelaki itu. Tapi sempat lina menghalang. Lina yang terkena tikaman itu. Dalam masa sama bantuan polis telah tiba.
" lina, bangun.." hidayah menangis.
" kak, maafkan saya."
" kau tak da salah." setelah lina tidak sedarkan diri, sakit kepalanya mula datang balik, tapi dia cuba untuk bertahan.

Setelah sedar dari pengsan, hidayah melihat kaka, abangnya dan ustaz naim ada disisinya.
" mana lina, kak?" kata hidayah.
" dia dah tak da, sayang." humairah memberitahu dengan serba salah. Hidayah hanya mampu menangis. ' kenapa? '
" Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu." kata ustaz naim. Hidayah terus menoleh dan menunduk. Dia hanya berdiam diri. Cuba untuk menerima segalanya.
" lelaki tu mana?" tanya hidayah lagi, setelah sedar tentang sesuatu.
" dia dah kena tangkap." kata humairah.
' alhamdulillah.' kata hidayah di dalam hati.
Hidayah melihat keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan orang sakit. Dia melihat abang dan kakaknya hanya diam membisu. Ustaz naim pula dah balik ke rumah. Di dalam hatinya terdetik sebuah perasaan yang sangat sukar di gambarkan. Dia kehilangan lina hanya dengan sekelip mata dan semuanya bagai belati yang menusuk ke dalam hatinya.
Ustaz naim ada bagi nasihat ujian ku ini baru sedikit di bandingkan dengan orang lain. Tapi sangat pahit untuk aku terima. Betullah orang kata malang tu tidak berbau.
Aku cuba untuk bersabar tapi hati aku seakan² menolak semua itu. Aku rasa sangat kosong, di setiap sudut aku akan teringat Lina. ' moga engkau tenang di sana, tunggu aku di syurga.' dia hanya mampu berdoa.
" kak, bila saya bole keluar?" setelah lama berdiam diri hidayah bersuara.
" hari ni." kata humairah pendek.
" akak kenapa?" tanya hidayah pelik.
" entahlah akak rasa tak sedap hati."
" tak da apa² la kak. Everthing it okay." hidayah meyakinkan humairah.

Waktu berlalu dengan pantas hanya aku di butik ini. Tidak aku ambil pekerja baru. Aku lebih selesa uruskan sendiri. Dayah hanya termenung kosong di kaunter itu. Bunyi loceng mengejutkan dia. Dia sedia memberikan senyuman tapi apabila melihat pelanggan itu membuatkan dia tergamam.

" Butik awak ka?" kata Naim.
" ya, butik saya. Awak nak beli apa?"
" belum plan lagi."
" awak tengok² lah dulu, nanti kalau nak cari size bagitau saya." hidayah berjalan ke bahagian belakang untuk melihat humairah. Humairah menolong hidayah di kedai sementara ini. Humairah berhenti kerja kerana terlalu penat lagipun sekarang dia tengah mengandung.
" Akak bole tolong dayah layan pelanggan?" hidayah membuat muka kesian.
" maaf sangat akak pening sangat ni." Hidayah berasa serba salah.
" tak pa la. Dayah pi depan dulu. Nanti kalau ada apa² dayah panggil akak ja." Hidayah kembali ke kaunter. Dia sebenarnya tak boleh jumpa dengan ustaz naim, hatinya tidak tentu arah. Dia takut dia tak mampu kawal perasaannya.

" kak, ada warna lain kah shawl ni?" kata seorang gadis muda.
" warna apa awak nak?"
" warna biru."
" ada, jom ikut saya."
Setelah gadis muda itu dan ustaz naim keluar hatinya dilanda resah. " ya Allah apa perasaan ni? Sakit sangat.' dia terus meraup wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience